Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELUANG ANAK MUDA BUMIPUTERA MILIKI RUMAH PERTAMA MELALUI 'BPEX 2022' MULAI 1 OKT.


ANDA
masih ingat tak kira-kira dua minggu lalu Kak Fas ada muat naik berita mengenai 'Pameran Satu Rumah, Satu Keluarga Bumiputera Malaysia - Promosi Bumiputera Kuota' (BPEX 2022) yang bakal diadakan pada 1 dan 2 Oktober 2022 ini?


Nah sila baca LINK INI.


Ok,  kali ini Kak Fas nak ingatkan kembali... siapa berhajat nak membeli rumah yang dikhaskan untuk kuota Bumiputera, jangan lupa hadir ke Dewan 3, Pusat Pameran Mid Valley dari jam 11 pagi hingga 9 malam pada Sabtu ini ya.


Tinggal beberapa hari je lagi tau, masukkan dalam diari kut kut terlupa, putih mata pulak nak membeli rumah.


Dan Kak Fas percaya, kerana keprihatinan itu juga menggerakkan hati Pengarah Urusan Marvel Management Communication (MMC), Dato Hjh Nor’ashikin Taib,  selaku penganjur BPEX 2022 mengadakan sidang media secara santai buat kali kedua baru-baru ini yang turut dihadiri Hj. Mohd Azmi Hj Mohd Aris selaku Pengarah Pemasaran MMC.



Daripada pertemuan kali kedua itu, Kak Fas yakin beliau benar-benar  mengambil berat agar kaum bumiputera khususnya anak-anak muda yang belum mempunyai rumah menghadirkan diri dan merebut peluang memperoleh rumah daripada skim -skim ditawarkan Kerajaan.


Menurutnya, kira-kira hampir 8,500 unit kediaman dan pejabat untuk kuota Bumiputera ditawarkan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor bermula dari RM200,000 hingga RM1.6 juta. 



Program pemilikan kediaman BPEX Satu (1) Rumah Satu Keluarga Bumiputera Malaysia membawa pakej-pakej yang menarik terutama untuk golongan B40 dan M40 yang mana satu (1) inisiatif Pembiayaan Perumahan iaitu I-biaya akan memudahkan golongan ini memiliki kediaman di Lembah Klang yang mana Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) inisiatif dari Kementerian Kewangan bertujuan untuk membantu golongan yang tiada pendapatan tetap dan tiada slip gaji untuk memiliki rumah pertama mereka, seperti pemandu teksi, golongan petani dan perusahan kecil yang boleh memiliki rumah maksima berharga RM400, 000.


Selain itu, Skim Rumah Pertamaku (SRP) oleh Cagamas juga akan membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan kolaborasi bersama bank-bank yang terlibat seperti Maybank, Bank Muamalat, Bank Islam, dan Bank Rakyat dengan pembiayaan sebanyak 110 peratus dengan tiada bayaran pendahuluan. 



Wah! 110%  tu.. tunggu apa lagi kan?


Selain itu, pilihan yang lain ialah Skim PRIMA Sewa Beli (RTO) yang mana mereka yang berpendapatan rendah berminat untuk menyewa dahulu dan kemudian baru membeli serta memilikinya. 


“Kaum Bumiputera boleh merebut peluang ini selagi unit-unit masih ada dan inisiatif-inisiatif ini masih dikekalkan. Siapa cepat dia dapat,” ujar Nor’ashikin.



Tambahnya lagi, tujuan utama pameran  adalah untuk meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam bidang hartanah dan menggalakkan Kaum Bumiputera khususnya orang Melayu, celik hartanah dan menyahut aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan hartanah Bumiputera sebanyak 30 peratus hingga 60 peratus


“Pembeli Bumiputera dapat membuat pelbagai pilihan hartanah dan menikmati harga promosi kuota Bumiputera dan juga diskaun sehingga 20 peratus serta rebat-rebat diskaun yang tinggi bagi memudahkan pembeli. Promosi lain berupa subsidi percuma perjanjian jual beli, setem duti dan pelbagai lagi seperti kelengkapan kabinet dapur, baucar perabot dan peralatan elektrikal percuma juga akan di sediakan oleh pemaju yang mengambil bahagian,” tambah beliau.


Majlis pelancaran yang  akan berlansung pada 1 Oktober 2022 dijangka akan dirasmikan oleh  Dato’ Sri Dr. Haji Ismail bin Hj. Abd. Muttalib, Timbalan Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada jam 5.30 petang.


Memetik laporan yang disiarkan dalam akhbar beberapa hari lalu, Nor’Ashikin menyambut baik kenyataan  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,  Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican dimana beliau memberitahu di bawah program HOPE,  Kerajaan turut memperkenalkan inisiatif pemilikan perumahan Keluarga Malaysia (i-Miliki) melibatkan pemberian inisiatif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama mengikut kadar harga rumah. 



Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah sebanyak 100 peratus manakala rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak 50 peratus.


Berkongsi lanjut, Nor’ashikin memaklumkan,  kira-kira  55 pemaju perumahan bakal mempamerkan unit kediaman masing-masing di mana 25 daripadanya dari Kuala Lumpur dan 30 dari Selangor. 


Antara pemaju yang terlibat meliputi S SP Setia, Platinum Victory, PKNS, Mah Sing, Malton Berhad, OCR Group Berhad, MCT Berhad, IJM Corporation Berhad, UEM Sunrise, EUPE Corporation Berhad, MKH Berhad, Glomac Group, TS Law dan Sky World Development.


Pameran BPEX ini mendapat perhatian dan sokongon Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), 


Nor’ashikin berharap anak-anak muda yang baru di dalam alam pekerjaan, penjawat-penjawat awam mahu pun  peniaga-peniaga kecil dapat hadir dan merebut peluang memiliki hartanah di Lembah Klang sambil menimba ilmu daripada inisiatif-inisiatif ditawarkan Kerajaan bagi kemudahan mereka.


“Jangan lepaskan tawaran-tawaran hebat serta diskaun-diskaun oleh pihak pemaju kerana kebanyakan pemaju tidak mengenakan wang pendahuluan yang tinggi untuk memiliki kediaman,” akhiri Nor'ashikin.


Majlis penutupan akan disempurnakan Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim, Menteri Kementerian Wilayah Persekutuan pada 2hb Oktober 2022 jam 8.00 malam.


Untuk keterangaan lanjut boleh hubungi  talian 03-4142 3658 atau 03-4142 1151 atau layari DI SINI,



#BPEX2022 #RumahPertana #SJKP #PR1MA #RTO #iMilik #HOPE #IBiaya #Rumah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan