'ADOI ... BABA' TEMUI PEMINAT TEATER DI MELAKA 14 & 15 OKTOBER INI!
ORANG-ORANG Melaka atau pun yang berdekatan dengan negeri pahlawan Melayu, Hang Tuah itu pasti sangat merindui untuk menonton pementasan teater kan?
Jika itulah keinginannya, barangkali boleh mengubatinya pada 14 dan 15 Oktober ini apabila Persatuan Gerakan Anak Seni (GAS) akan mementaskan teater bertajuk ‘Adoi…Baba!’ bertempat di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka.
“Adoi..Baba!” dibiayai oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya, Malaysia (MOTAC) menerusi Geran Sepadan Sektor Kebudayaan (GSSK) serta disokong oleh Bahagian Musaadah dan Pembangunan Belia Jabatan Ketua Menteri Melaka.
Naskhah adaptasi daripada karya asal Jhonie Habibie ini pernah dipentaskan buat pertama kalinya pada 2015 di Universiti Malaya.
Namun kali ini apabila dipentaskan di Melaka, ‘Adoi… Bapa’ disuntik dengan ‘rasa’ ala Melaka dimana penggunaan budaya, komunikasi, sosial dan seni warisannya mencerminkan landskap negeri bersejarah ini.
“Penyesuaian gaya komunikasi ala ‘oghang Melake’ menjadi perencah utama ditambah pula dengan kehadiran watak etnik seperti Cheti, Bibik untuk melengkapkan lagi hidangan persembahan teater “Adoi…Baba!,” ujar Pengerudi Persatuan GAS,, Fahmie Rayza (bawah, dua dari kiri) pada sidang media pementasn teater ‘Adoi..Baba’ yang berlangsung di The Ark Event Space, Plaza Damas, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir Timbalan Pengarah JKKN Negeri Melaka, Fiza Farika Mohd Yasin (tengah).
Menurut Fahmie, pada pementasan itu kelak penonton akan disajikan dengan kehijauan sawah padi yang terbentang luas di atas pentas sebagai latar persembahan.
“Adoi” merujuk soal nasib, kejayaan, perjuangan serta pengorbanan berkaitan perjalanan hidup seorang pemuda kampung yang bernama “Baba”, tambah Fahmie memulakan cerita.
Tambahnya, kisah bermula setelah Baba berjaya menamatkan pengajiannya di menara gading namun percintaanna dengan Lala mendapat tentangan dan halangan dari ayahnya, Mahmud diebabkan Mahmud ingin menjodohkan anaknya itu dengan Mimah, anak majikannya.
Keputusan menjodohkan anaknya itu dengan Mimah diambil kerana Mahmud banyak terhutang budi dan wang ringgit dengan majikannya itu.
Percintaan Baba dan Lala bukan sahaja mendapat tentangan dari ahli keluarga malah ia turut ditentang oleh rakan baiknya, Samsul.
Kemiskinan yang dialami oleh keluarga Baba membuatkan Mahmud seolah-oleh menyalahkan takdir dan ketentuan Sang Pencipta.
Kak Fas sempat menonton snipets pementasan yang dijayakan barisan pelakon teater berkenaan antaranya - Iejat Ashari, Saifulwazien, Syahidatul Munirah, serta penampilan khas ‘influencer’ Tik Tok terkenal, Nizam Rahman dan ramai lagi.
Apa yang Kak Fas boleh nyatakan walau pun dapat menonton sedikit fragmen daripada pementasan, teater ‘Adoi.. Baba’ pasti mampu menarik minat ramai khususnya generasi muda yang sedang di alam percintaan.
Ibarat kisah ‘Romeo & Juliet’ versi Melayu lah ibaratnya atau pun seumpama ‘Laila Majnun’ di mana kisah suka duka menjadi tunggak penceritaan dan menariknya diselit unsur humor daripada watak lelaki OKU lakonan Azizi Nazril (kanan) dan karakter lelaki lembut yang dibawa Nizam Rahman (bawah, dua dari kiri).
BARISAN pelakon, dari kiei: Saifulwazien, Nizam Rahman, Fazira Malik dan Azizi Nazril. |
Dialog yang dilontarkan oleh Meon (lakonan Azizi) ketika memberi amaran pada Baba (Saifulwazien) supaya tidak menganggu kakaknya, Lala (Fazira Malik) tetapi meminta upah mengingatkan Kak Fas pada filem Seniman Agung Tan Sri P, Ramlee, ‘Bujang Lapok’.
Ingat tak? Babak ketika adik Zaiton meminta 20 sen untuk menutup rahsia hubungan cinta antara Zaiton dan Sudin.
Apa pun, Kak Fas percaya produksi arahan Fahmie ini mempunyai gaya dan tarikan tersendiri untu menarik perhatian penonton yang dah lama rindu menonton teater,
Andai kata anda salah seorang penggemar teatee apa kata menampah awal tiket berhaega mampu dibeli iaitu RM25 (dewasa) dan RM15 bagi pelajar, kanak-kanak dan OKU.
NIZAM Rahman |
Pementasan selama 1 jam 30 minit ini yang akan berlangsung di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka selama dua hari pada 14 dan 15 Oktober mulai 8.30 malam ditaja bersama NTDOT Win Impact Networking Sdn Bhd dan “Ruang Kita” oleh Nizam Rahman.
Ia turut mendapat kerjasama strategik oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, JKKN Melaka FanPage, School of Media Technology & Art (SMART), Unit Alumni Hal Ehwal Pelajar, International College of Yayasan Melaka dan Giatmara Simpang Ampat Melaka.
Kak Fas percaya anda semua mesti suka teater ‘Adoi.. Baba’ ini… memang ‘adoiii sangat…’
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan tiket boleh hubungi talian 019-699 1573( STY MAT DESA) | 013-338 8930 (DIBA) | 017-674 4099 (SYAFIQ) atau layari laman faebook GAS di LINK INI.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan