Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON ZAHIRKAN PENGHARGAAN BUAT PELANGGAN MELALUI DRAMA 'SAYAP BAGIMU' DI PLATFORM DIGITAL



SEMPENA
ulang tahun ke-38 AEON (AEON CO. (M) BHD), syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia ini menzahirkan penghargaannya terhadap pelanggan yang tidak berhenti menyokongnya dengan sebuah drama  berjudul ‘Sayap Bagimu’.


Nampak gayanya dan ada dua cerita yang mempunyai judul ‘Sayap…’ di mana kisahnya diadaptasi daripada cerita sebenar.  Bezanya ‘Sayap-Sayap Patah’ merupakan sebuah filem terbitan Indonesia manakala ‘Sayap Bagimu’ adalah sebuah drama bersiri 13 episod yang ditayangkan di platform YouTube penerbitnya AEON.


Kak Fas dah tonton filem 'Sayap-Sayap Patah' mahu pun episod pertama drama ‘Sayap Bagimu’ pada majlis Tayangan Gala dan Sidang Akhbar Sayap Bagimu” yang diadakan TGV, AEON Mall AU2, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Jika nak baca mengenai ‘Sayap-Sayap Patah’. boleh buka LINK INI kerana di sini Kak Fas mahu tumpukan pada cerita ‘Sayap Bagimu’ iaitu satu interpretasi kesungguhan AEON untuk memberikan perkidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan inklusiviti serta kelestarian ekosistemnya. 


”Sebagai sebuah syarikat yang amat mementingkan keutamaan pelanggan, kami sentiasa mahu menjadikan pasar raya kami bukan sahaja tempat untuk membeli belah, malah mampu menjadi organisasi yang sentiasa proaktif dan inovatif, “ ujar Keiji Ono, Pengarah Urusan AEON (gambar bawah, tengah)  pada majlis tersebut.



Turut hadir Pengerusi AEON, Datuk Iskandar Sarudin (tiga dari kanan); Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON (kiri); Dr Kasuma Satria, Ketua Pegawai Sumber Manusia AEON (kananserta beberapa barisan artis utamanya seperti Alif Satar, Siti Nordiana serta kakitangan AEON yang turut berlakon.


Berkongsi lanjut kata Keiji, penglibatan AEON di dalam industri pembikinan drama ini merupakan satu yang baharu namun  yakin pendekatan yang diambil mampu memberikan impak positif dalam memperkasakan operasi syarikat dan untuk terus merapatkan lagi hubungan di antara AEON dan pelanggannya. 


“Kami di AEON amat bersyukur dengan setiap kejayaan yang dikecapi oleh syarikat yang disokong oleh kesetiaan pelanggan selama 38 tahun. Kejayaan syarikat yang juga didukung kuat Kerajaan membolehkan kami untuk terus memacu setiap usaha kami ke hadapan,” sambung beliau. 


Barangkali ada yang tertanya-tanya apa yang mahu disampaikan melalui pilihan tajuk ‘Sayap Bagimu’?


Tajuk drama “Sayap Bagimu” ini diambil daripada inisiaitf AEON untuk kelestarian negara, di mana aspirasi 'Sayap Bagimu' ialah untuk menyokong antara satu sama lain sekali gus mengembangkan sayap dan terus bergerak ke hadapan bersama. 



Drama ‘Sayap Bagimu’ berkisar tentang cabaran, tekanan dan sokongan yang dihadapi di tempat kerja demi memajukan nama syarikat. 


Ia mampu memberi inspirasi kepada masyarakat untuk terus mengembangkan sayap potensi yang ada pada diri masing-masing untuk mengejar impian. 


Bahkan drama ini yang berdasarkan pada realiti suka duka AEON khususnya semasa pandemik melanda negara memperlihatkan cabaran yang dilalui syarikat dan kakitangan untuk terus kekal.


Dicetuskan pada tahun 2020 dengan penggambaran yang bernula pada April 2021 namun sering terganggu disebabkan oleh ‘Lockdown’ dan sebagainya.


“Sebenarnya sepanjang kerjaya Alif inilah satu-satunya penggambaran yang Alif berlakon mengambil tempoh 2 tahun untuk diselesaikan. Rasa gementar juga sebab dengan pemakaian face shield sukar hendak menonjolkan ekpresi tetapi alhamdullilah segalanya berjalan lancar dan bila menonton hasilnya hari ini, ia satu kenangan tempoh pandemik yang akan kekal dalam ingatan,” ujar Alif Satar yang melakonkan watak seorang kakitangan AEON yang ‘pemalu’ dan seperti kata Aliff ‘nampak silly’.



Namun tambahnya, ‘karakter seperti yang Alif bawakan itu memang wujud dan inilah pertama kali Alif membawa watak sedemikian.’ 


Jadi jika anda mahu menonton karakter yang disebut Alif tadi jangan lupa terus menyaksikan drama berdurasi 30 minit setiap episod pada setiap minggu hari Khamis bermula 13 Oktober  jam 6 petang di YouTube AEON Malaysia.



Selain Alif dan Siti Nordiana turut berlakon Dato' Sri Eizlan Yusof, Vince Chong dan Aznie Azmi manakala Alif turut membawa kumpulannya The Locos menyampaikan lagu OST drama 'Sayap Bagimu' dan lagu 'Isteri'.

Turut menyertai program ini ialah rakan-rakan niaga AEON dan para penaja seperti AmBank Malaysia, TGV Cinemas, Focus Point, Gintell, OSIM, Poh Kong, Tomei Gold & Jewellery, PANDORA Jewellery, Hype Energy Drink, Mahnaz Food, Samsung Malaysia Electronic, Mamee-Double Decker, Shogun Japan, Yeo Hiap Seng, BB Diapers dan Uncle Zam Rice 


#SayapBagimu #AEON #AlifSatar #YouTubeAEONMalaysia #SitiNordiana #Drama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan