CARING PHARMACY ANJUR KARNIVAL HARGAI PELANGGAN, PERKENAL APP KAD KEAHLIAN BAHARU
SEMPENA meraikan, sambutan ulangtahun ke-28, CARiNG PHARMACY menganjurkan Karnival Caring dengan pelbagai aktiviti percuma selari dengan slogannya, ‘Be Caring, Be Rewarded’. di mana seramai 1.3 juta ahlinya boleh mengumpul dan menebus mata ganjaran, menikmati ganjaran ulang tahun, menerima diskaun dan promosi eksklusif dan mengesan rekod kesihatan & transaksi melalui aplikasi Caring.
Dan selaras dengan objektifnya untuk meningkatkan status kesihatan di Malaysia, CARiNG Pharmacy menerapkan transformasi digital dengan memperbaharui aplikasi mudah alih untuk membantu para pelanggannya dalam pengesanan rekod kesihatan, mendapatkan tips kesihatan, dan pada masa yang sama memberi sepuluh kali ganda ganjaran kesetiaan kepada pengguna.
Keahlian Caring yang serba baru dan percuma ini terdiri daripada tiga peringkat iaitu Perak, Emas dan Platinum, di mana ahli pengguna akan mendapat lebih banyak faedah apabila peringkat keahlian meningkat.
Mensasarkan untuk memperoleh 2.5 juta ahli menjelang akhir tahun 2023, CARING menghargai pelanggan setia. mereka dengan memperkenalkan program keahlian khas tiga peringkat melalui program keahlian Caring Loyalty.
“Saya berbesar hati meraikan ulang tahun CARiNG Pharmacy yang ke-28 dengan memberikan ganjaran kepada pelanggan kami secara berterusan. Dengan pelancaran peringkat keahlian terbaru kami, kami berharap untuk menggalakkan masyarakat sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. CARiNG Pharmacy sentiasa bersedia untuk menghulurkan bantuan bagi mencapai sasaran kesihatan pelanggan,” ujar Loo Joi Leng, Pengarah Pemasaran CaRiNG Pharmacy pada majlis pelancaran Karnival Caring yang berlangsung di Centre Court, Level 2, Pavilion Bukit Jalil dari 6-10 Oktober 2022 lalu.
Turut hadir beberapa selebriti jemputan antaranya penyanyi dan pelakon Kaka Azraff (kanan) serta Emma Maembong, tv hos Hue Mei dan DJ Radio, Chan Fong (kiri).
Menurut Loo, dengan mempunyai keahlian yang paling ramai dikalangan farmasi di Malaysia, ia merupakan tanggungjawab CARING untuk menyediakan sebuah platform yang menyeluruh bagi memantapkan gaya hidup para pengguna.
“Semenjak Januari 2022, kami berjaya merekrut 300,000 ahli baru, menjadikan bilangan keahlian mencecah 1.3 juta ahli. Ini membuktikan orang ramai benar-benar memanfaatkan kelebihan yang kami tawarkan. Kami juga menyasarkan untuk memperoleh 2.5 juta ahli menjelang akhir tahun 2023,” tambah Loo.
Karnival CARING yang berlangsung menyaksikan pelbagai aktiviti percuma diaturkan seperti Sesi Zumba, Simulator Interaktif Sukan, Permainan Video Kinect Xbox tersemauk aktiviti mesra keluarga.
Karnival turut menampilkan booth jenama terkenal antaranya Brand’s, Ensure, Hada Labo, Iconic Medicare, Medicos, Redoxon, Scott’s, Suu Balm dan Tresor.
Para pembeli dihadiahkan dengan mata ganjaran Caring apabila mereka mendaftar sebagai ahli, membeli di booth pameran, dan menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Mereka juga berpeluang untuk menebus mata ganjaran dengan hadiah-hadiah yang menarik di karnival berkenaan.
Sesungguhnya, bertanggungjawab sebagai sebuah rangkaian farmasi tempatan, CARiNG Pharmacy bertindak untuk mendidik dan menggalakkan masyarakat menjaga kesihatan.
Sehubungan itu, CARING menawarkan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap glukosa, ujian kolesterol dan sebagainya secara percuma, dilaksanakan oleh ahli farmasi CARiNG.
CARiNG Pharmacy turut menggesa masyarakat untuk "Do It Right" berkaitan dengan perkhidmatan pembuangan bahan perubatan danubat-ubatan secara selamat.
Pembuangan bahan perubatan yang tidak betul akan mengundang kebimbangan global disebabkan oleh impaknya kepada alam sekitar, ekonomi dan kesihatan.
“Dengan menyediakan tempat pengumpulan di karnival ini, para pengunjung boleh membuang bahan perubatan dan ubat - ubatan secara selamat,” akhiri Loo.
Ahli-ahli baru boleh memuat turun. aplikasi Caring di Google Play Store, Apple App Store, dan Huawei AppGallery untuk menikmati 200 mata ganjaran permulaan yang boleh ditebus di mana-mana cawangan CARiNG Pharmarcy di seluruh negara dan melalui platform e-dagang khas.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari https://caring2u.com/member-privilege/ or CLICK HERE.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan