EVENT LEGACY RIDER 1.0 BAKAL HIMPUNKAN 10,000 PENGUNJUNG, YAKIN CIPTA REKOD
GOLONGAN penunggang jentera dua roda pasti berdebar-debar menantikan buat julung kalinya program mengumpulkan sukan pemotoran melibatkan kira-kira 10,000 pengunjung bermotosikal, ‘Legacy Rider 1.0’ yang bakal mengaumkan persekitaran kawasan MAEPS, Serdang pada 29 Oktober 2022 ini.
Lebih menarik acara yang bakal direkodkan dalam Malaysian Book of Records sebagai event yang terbesar melibatkan pengumpulan belia-belia yang terlibat dalam sukan pemotoran bakal dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri dan didampingi oleh Menteri Kewangan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul dan Senator Datuk Ikhwan Salim.
Mendapat sokongan dan kerjasama banyak pihal seperti dari Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Todak, Tobaki, Suzuki dan banyak lagi, menunjukkan juga pendekatan Kerajaan dalam mendekati golongan belia khususnya remaja yang terlibat dalam sukan permotoran.
“Berdasarkan jangkaan ribuan pengunjung itu, kami menjemput pihak Malaysian Book of Record untuk menyaksikan dan mengesahkan sambutan yang dahsyat ini," ujar Pengarah Urusan GGR Machine M Sdn Bhd, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi selaku penganjur utama.
Keyakinan untuk mencipta rekod itu, menurut beliau, diperkuatkan lagi dengan kejayaan pasukan yang berjaya menjual sebanyak 10,000 helai baju yang dijual khas untuk event ini.
Selain itu mungkin anda akan tertanya-tanya apa keunikannya event ‘Legacy Rider 1.0’ ini berbanding acara lain berbentuk seumpama?
“Keunikan EVENT LEGACY RIDER 1.0 bukan seperti program-program himpunan permotoran yang lain, Legacy Rider 1.0 bakal menunjukkan keunikan tersendiri seperti melibatkan ketibaan helikopter bersama ikon-ikon media sosial, mengadakan persembahan nyanyian dari selebriti tanah air serta mempelbagaikan acara-acara semasa event berlangsung,” jawab Muhammad Musaddiq (kanan).
Pelbagai acara dijalankan meliputi antaranya acara Dyno, Autoshow dan Pocket Bike malah program yang akan berlangsung selama sehari bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 6.00 petang pada 29 Oktober berkenaan menghimpunkan ramai selebriti-selebriti tanah air, dan ikon-ikon media sosial.
Barisan selebriti terdiri daripada antaranya Faizal Husin, Achey Raja Lawak, Afiq Shazwan, Johan Raja Lawak, Zul Huzaimy, Black Hanifah, Ajak Shiro, Farid Kamil, Tajul, Datuk Aliff Shukri dan Ustaz Ebit Lew.
Manakala ikon-ikon media sosial yang turut sama hadir untuk menyokong event ini antaranya; Muceedz, Dinda Maira, Zulfika Ahmad, Akim Rots, Ateynnlie, Fendy Blaze, Haqiem Stopa, Jas Aedin, Puteri Ibrahim, Cpix Swish, Ajack, Eikin Ibrahim, Abah Boss, Hamady Molik, Rudy GTB, Ahmad Syazwan, Sam KR, Wan Mieyol, Kechik Acoi, Ariff Ikhwan, Shah Kaizen, Kaki Besi, Fahmi JS, Roy PRM, Faten SR, Macem SG, Gaban Saleh, Dak Ajim, Bang Raf, Zaqtona, Khyrul VS dan ramai lagi.
Rata-rata ikon media sosial jemputan ini mempunyai bilangan pengikut yang ramai di platform sosial mereka sekali gus menggalakkan lebih ramai lagi pengunjung untuk turut menghadiri event Legacy Rider 1.0.
Akhir kata, paling dinantikan semua sudah tentu apa kah hadiah lumayan yang bakal diberikan kepada pengunjung?
Empat hadiah cabutan bertuah utama ialah motosikal Yamaha RXZ, Yamaha Y16, Yamaha LCV8 dan Kawasaki RR manakala hadiah utama merupakan Yamaha RXZ, bakal dicabut sendiri oleh Perdana Menteri selepas beliau merasmikan even Legacy Rider 1.0.
Wow! Hebat ke tak? Dapat hadiah motosikal dicabut PM lagi, siapa tak mahu kan?
Selain itu, program turut menyajikan pelbagai pengisian antaranya servis motosikal percuma untuk 100 motosikal dan persembahan kuda dan ATV.
Jualan-jualan juga akan diadakan melibatkan sehingga 70-80 buah booth termasuk jualan basah (makanan dan minuman) dan jualan kering (pakaian dan sebagainya).
Melihat kepada objektif event Legacy Rider 1.0, ia bertujuan untuk meningkatkan penyertaan ramai dan menerapkan amalan hidup aktif melalui aktiviti sukan serta mengeratkan hubungan silaturahim di antara peserta dan sekaligus menjadi landasan penganjuran pelbagai aktiviti sepanjang program berlangsung.
Penganjur percaya bahawa pengisian-pengisian yang ada dapat menarik minat para remaja dan belia untuk menghadiri event ini.
"Kami percaya program ini dapat mencapai objektif-objektif yang telah dirancang yang bakal memberi manfaat kepada banyak pihak,” akhiri Muhammad Musaddiq.
#EventLegacy1.0 #SukanPemotoran #MalaysianBookOfRecords #MAEPSSerdang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan