GO SHOP SAMBUT ULANG TAHUN KE-8 DENGAN TAWARAN HEBAT
ADA KAH anda penggemar membeli-belah dalam talian khususnya platform e-dagang popular seperti Go Shop.
Kak Fas antara pelanggan setia program Go Shop malah setiap hari pasti menonton apa produk menarik yang menjadi jualannya. Dah banyak juga lah produk yang dibeli sampai ada yang disimpan melebihi setahun sehingga bila nak pakai, tak berfungsi pula huhu...
Tup tup tak sedar dah tamat tempoh warantinya. Silap Kak Fas juga lah tak periksa produk terlebih dahulu ketika ia sampai.
Tidak megapa lah belajar melalui pengalaman kata orang ya tak…
Apa pun kita ketepikan dulu masalah itu, Yang penting sekarang sempena ulang tahun ke-8 Go Shop ada sesuatu yang istimewa menanti.
Iya, bermula 18 Oktober hingga 8 November 2022, Go Shop akan menyediakan tawaran hebat dan penghantaran percuma ke seluruh Malaysia untuk meraikan Hari Jadinya bersama pelanggan dengan pemberian baucer RM8 juta, hadiah dan Go Points bernilai RM88,000 serta rancangan 'live party' istimewa dengan tawaran menarik mahu pun tawaran Beli 1 Percuma 1.
Para pelanggan boleh membeli-belah dan menikmati penjimatan hebat merentasi semua kategori produk teratas termasuk perkakas rumah, barangan dapur, makanan, fesyen dan produk kecantikan serta barangan digital.
“Jualan Ulang Tahun kami adalah acara yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini kerana kami sentiasa berinovasi untuk melengkapi perubahan pasaran yang semakin meningkat serta permintaan dan trend yang sentiasa berubah di Malaysia,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Go Shop, Christinne Lim pada majlis pelancaran Jualan Hari Jadi ke-8 Go Shop yang berlangsung di ibu pejabat ASTRO di Bukit Jalil pada 18 Oktober 2022 semalam.
Terdahulu para media di bawa melawat ke studio menyaksikan siaran langsung jualan di Go Shop.
Turut hadir memeriahkan majlis terdiri dari Datin Hajjah Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Wong Chui Ling yang masing-masing mempunyai cerita tersendiri di sebalik penjualan mahu pun pembelian produk dari Go Shop serta hos tvnya, Raianna dan Tiong Button (bawah, kanan).
Bak kata Fouziah Gous (tengah) ‘sejak menyertai di Go Shop saya mampu meraih jualan mencecah dua angka jutaan ringgit dan memperoleh pelbagai pengalaman berurusan dengan pelanggan di kota mahu pun di luar bandar yang alamatnya pun tidak jelas tetapi menariknya mereka membeli melalui Go Shop’.
Apa pun, menurut Christinne selanjutnya, dengan kelebihan pasaran digital yang pelbagai, pihaknya telah menggabungkan seni membeli-belah barangan rumah dengan mempunyai produk yang betul dalam platform digital yang betul untuk menjangkau rangkaian pelanggan yang lebih luas, sekali gus meningkatkan pangkalan pelanggan berdaftarnya kepada 3.2 juta pelanggan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada para pelanggan kami atas sokongan mereka yang berterusan dan kami telah menyediakan sebuah siri tawaran ulang tahun yang menarik dan hebat dengan menampilkan rangkaian produk yang luas dan sesuai untuk seisi keluarga termasuk tawaran terbaik dan jualan pukal barangan terlaris kami dengan penjimatan dalam masa yang terhad, untuk memberi pengalaman membeli-belah yang menarik kepada pelanggan kami.” tambah Christinne.
Sehubungan itu, sebagai sebahagian daripada sambutan ini, Go Shop akan memberikan baucar RM8 juta, hadiah dan Go Points bernilai RM88,000 serta rancangan Live Party istimewa dengan tawaran istimewa dan tawaran Beli 1 Percuma 1.
Para pelanggan boleh membeli-belah dan menikmati penjimatan hebat merentasi semua kategori produk teratas termasuk perkakas rumah, barangan dapur, makanan, fesyen dan produk kecantikan serta barangan digital.
Pendek kata tawaran ulang tahun ke-8 Go Shop terbahagi pada beberapa kategori seperti berikut:
Bersiap sedia untuk ‘Go Shop Live Parties’:
Nantikan Go Shop 8mazing Live Parties dengan lebih 3 jam tawaran hebat untuk pelanggan merebut tawaran Beli 1 Percuma 1, promosi istimewa dan lebih banyak diskaun di mana baucar RM8 juta disediakan untuk dimenangi.
Acara ini akan menampilkan tetamu-tetamu selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datin Hajjah Fouziah Gous, Chef Izyan Hani dan Wong Chui Ling.
Saksikan 8mazing Live Party pada 29 Oktober ini dari jam 9.00 pagi – 12.30 tengah hari di Astro saluran 303 dan pada 30 Oktober dari jam 9.30 pagi – 1.00 petang di Astro saluran 118.
Para pelanggan juga boleh strim acara ini secara SIARAN LANGSUNG melalui Astro GO atau di laman sesawang, aplikasi mudah alih, platform YouTube dan laman Facebook Go Shop.
Beli-Belah & Menang Hadiah Menarik:
Pelanggan yang berbelanja minimum RM288 pada setiap pembelian akan mendapat penyertaan untuk bertanding dalam memenangi lebih RM88,000 hadiah menarik dan Go Points. Lebih banyak anda membeli-belah, lebih banyak penyertaan yang anda akan peroleh. Hadiah yang dimenangi termasuk Samsung Galaxy Z Flip4, Samsung Tab S7 FE, telefon pintar OPPO, tawaran pakej hotel, Go Points bernilai RM88 dan banyak lagi.
Nikmati Diskaun dengan Segera:
Pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga RM88 apabila menggunakan kod BDAY88 dengan perbelanjaan minimum RM688.
Sambutan Pra-Ulang Tahun dengan Go Shop:
Pelanggan boleh menonton ‘Pre-Birthday Live Shows’ pada hari Jumaat, 28 Oktober jam 11.00 pagi di Astro saluran 118 dan jam 12 tengah hari di Astro saluran 303 untuk membeli-belah dengan tawaran pukal barangan mesti beli (must-buy) bernilai RM88 dan RM188
Muat turun aplikasi Go Shop untuk Memenangi Lebih Banyak Hadiah:
Pelanggan boleh memuat turun aplikasi Go Shop di Google Play atau App Store dan memutar Emoji Wheel pada aplikasi tersebut setiap hari untuk memenangi Go Points.
Gembirakan diri anda dengan Kotak Misteri:
Pelanggan akan menerima pelbagai hadiah apabila mereka membeli Emoji Mystery Boxes berharga RM18 yang terdiri daripada produk hebat daripada jenama-jenama seperti Neoflam, Aurasia, Haushault, Nakada, Pyrex dan banyak lagi yang bernilai lebih RM100,000 secara keseluruhan.
Berkongsi lanjut, kata Christinne, “Nantikan kategori baharu kami - ‘Go Shop Premium’ di mana pelanggan boleh mendapatkan barangan daripada jenama-jenama tulen dan premium serta ‘Service and Tour’ yang menampilkan pakej percutian dengan nilai hebat dan pengalaman perjalanan istimewa di Malaysia”.
Go Shop Premium kini menempatkan lebih 20 jenama tempatan dan antarabangsa merentasi kategori daripada fesyen, kecantikan, aksesori hingga barangan rumah dan kediaman – BONIA, HABIB, Crabtree & Evelyn, Dermalogica, Sothys, Lebensstil Kollection, Naruko, Noritake, SMEG dan banyak lagi”.
Jadi, tunggu apa lagi kan?
Kak Fas pun dah tak sabar nak join tetapi sebelum itu sebaiknya yang masih belum muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store dalam telefon bimbit, pastikan dah melakukannya. .
Dan bagi yang sering di hadapan komputer boleh layari Go Shop di www.goshop.com.my atau klik HALAMAN INI.
Sekali lagi,. jangan lupa untuk menonton Saluran Go Shop di Astro – Go Shop RUUMA saluran 118, Go Shop GAAYA saluran 120, Go Shop BAARU saluran 111 dalam Bahasa Melayu dan saluran 303 dalam Bahasa Mandarin.
#GoShop #8mazingLiveParty #GoShopPremium #FouziahGous #Produk #AstroGo
Tiada ulasan:
Catat Ulasan