Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PRA TONTON FESYEN AEON TAMPIL KOLEKSI BAHARU & HIMPUNAN REKAAN TAHUN ARNAB 2023


MENUTUP
kalendar 2022 dan sempena menyambut ulang tahun ke-38  AEON di Malaysia, AEON Fashion Preview 2022 (AFP2022) mendahului langkah dalam memperkenalkan trend baharu untuk November 2022 hingga Februari 2023 sebagai  memenuhi perubahan gaya hidup dan keperluan umum.


Majlis pra tonton koleksi dan himpunan utama AEON bersama empat jenama seperti Neonate x Guys’ Vision; baju tidur Scarlet; pakaian sedondon Ti:Zed dan rangkaian fesyen menyambut Tahun Baru Cina 2023 dipersembahkan kepada khalayak dalam majlis pertunjukan fesyen bersantai di Tapak Urban Street Dining KL baru-baru ini.



Memang luar biasa apabila model jelita dan tampan tampil menggayakan fesyen masing-masing melalui kesibukan warga kota yang sedang menjamu selera sambil dihiburkan dengan nyanyian daripada artis muda Yonnyboii mahu pun persembahan dari Orang-orang Drum Theatre serta  nyanyian oleh Aruel Ariel yang mengiringi gaya santai model-model terbabit.



Kak Fas memang tabik cara unik AEON  setiap kali mengendalikan program AFPnya. Jika pada bulan Julai lalu ia diadakan dalam gerabak keretapi MRT tetapi kali ini di tengah-tengah bandaraya iaitu di tapak medan selera. 


Memang di luar jangkaan malah ini juga pertama kali Kak Fas menjejakkan kaki di Tapak Urban Street Dining yang terletak di Jalan Ampang berdekatan kompleks membeli-belah terkenal Suria KLCC itu.


BERSAMA Low Ngai Yuen...

Terfikir juga kenapa kali ini AEON memilih tapak medan selera untuk AFP2022?


“Kerana dengan cara ini ia lebih terbuka untuk orang ramai menyaksikan koleksi-koleksi fesyen terbaharu dari AEON Malaysia sambil menjamu selera. Memang kita pilih tempat-tempat umum. Jika dahulu kita memilih dalam tren kali ini kita berfesyen masa kita makan,” ujar Ketua Pegawai dan Pemasaran AEON. Low Ngai Yuen yang tidak kurang tampil jelita dengan gaya tersendiri pada malam tersebut.



Menyempurnakan pembukaan acara adalah Timbalan Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Operasi AEON CO. (M) BHD, Naoya Okada manakala tirai pertunjukan fesyen dimulakan dengan persembahan muzik mainan gendang oleh Kumpulan Orang-orang Drum Theatre sebelum pentas utama diambil alih Yonnyboi dalam pakaian kasual Neonate x Guys Vision.


“Sempena meraikam tahun ke-38 AEON di Malaysia, kami teruja untuk mengembangkan pelbagai jenama fesyen dan keperluan fesyen AEON seperti Scarlet, Agenda, Suave dan Crème yang telah menjadi sebahagian daripada cara hidup rakyat Malaysia  dalam kehidupan kerjaya mereka. 


"Kami  mengusahakan teknologi fabrik termaju yang berfungsi secara berterusan untuk keperluan pelanggan, dan kami juga mrmberi keutamaan dalam mengekalkan estetika sekali gus mempromosikan kesihatan – jadi sekarang anda boleh melihat jenama baharu seperti InnerCasual, iC serta  koleksi saiz plus bagi mengisi jurang kekosongan saiz berkenaan,” ujar Okada.


Satu lagi penanda aras utama AFP22 ialah bagaimana AEON memimpin untuk memacu kepentingan berpakaian untuk diri sendiri daripada berpakaian untuk menarik perhatian orang lain berlandaskan #ownwhatyouwear kepada #comfortfit.



AEON juga memulakan akses kepada keyakinan,ketersambungan, kerjasama dan yang paling penting, keterjangkauan.


Melihat pada koleksi yang dipersembahkan daripada Neonate x Guy’s Vision rekaan Karl Shafek Ibrahim dan Ahmad Syahir Hamdan yang nostalgik kepada himpunan santai, kasual mahu pun rekaan baju tidur untuk dewasa dan kanak-kanak semuanya nampak cantik dan menarik.


Lebih mengujakan apabila belum pun akhir tahun, AEON terlebih dahulu memperkenalkan koleksi baju menjelang Tahun Arnab bagi Tahun Baru Cina 2023.



Selain tumpuan pada rona merah, turut ditampilkan warna pastel yang melambangkam warna arnab – tanda zodiak untuk 2023. 


Bertemakan ‘tù-gether’, ia adalah tentang memanfaatkan banyaknya tenaga arnab membawa kelimpahan dan kemakmuran dalam kesihatan dan kekayaan.



Pendek kata. kesemua jenama yang di pratontonkan termasuk jenama popular seperti Scar mahu pun JKids dan banyak lagi boleh di peroleh atau diteliti dengan lebih dekat di sepuluh (10) cawangan AEON terpilih di seluruh negara.



Maklumat lanjut boleh layari laman sosial AEON Retail Malaysia atau terus ke laman web www.aeongroupmalaysia.com atau KLIK DI SINI.



#AFP2022 #AEONRetail #InnerCasual #NeonateGuysVision #TahunArnab #Fashion

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan