Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SAYAP SAYAP PATAH' PAPAR TRAGEDI BERDARAH DI LOKAP POLIS INDONESIA, TAYANGAN BERMULA 13 OKT.


JIKAMat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ mencipta fenomena dengan kutipan luar biasa mencapai lebih RM97 juta sepanjang dua bulan tayangannya dengan cerita diinspirasikan daripada kisah benar pahlawan Mat Kilau, filem terbaharu dari Indonesia ‘Sayap Sayap Patah’ pun tidak kurang sama pengisiannya Nmun masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.


‘Sayap Sayap Patah’ diadaptasi daripada tragedi berdarah yang berlaku di Lokap Mako Brimop, Kota Depok, Indonesia pada 2018 apabila sekumpulan tahanan penggganas bangkit merusuh.



Dalam kejadian yang menggemparkan itu, pertempuran hebat tercetus menyebabkan lima anggota polis Densus 88 dibunuh dengan kejam.


Terbitan Cakra Filem yang diterajui aktivis sosial media terkenal Denny Siregar bersama Yoen K, ‘Sayap Sayap Patah’ mendapat sentuhan pengarah Rudi Soedjarwo yang  sebelum ini pernah menggilap bakat pelakon utamanya, Nicholas  Saputra kira-kira 20 tahun lalu menerusi filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’.


“Tujuan saya mengambil keputusan untuk menerbitkan filem ini agar tragedi menyayat hati itu diingati sebagai sejarah dan bukan untuk mempromosikan kegiatan militan tetapi mahu semua sedar bagaimana bahayanya kumpulan pengganas,” ujar Denny Siregar (gambar bawah, dua dari kanan) ketika ditemui pada sidang media selepas Tayangan Gala ‘Sayap Sayap Patah’ yang berlangsung di GSC Midvalley baru-baru ini.



Turut bersamanya sebahagian daripada barisan pelakon terdiri dari Iwa K (empat dari kiri), Nugie (bertopi), Poppy Sovia (tengah) dan Ario Wajab (tiga dari kiri) manakala pelakon utamanya Nicholas Saputra dan Ariel Tatum tidak dapat hadir atas kesebukan masing-masing.


Menurut Denny, jika mahu ditonjolkan babak sebenar, pembunuhan yang berlaku ke atas mangsa sangat kejam di mana anggota badan mereka dikerat-kerat namun kami tidak memperlihatkannya sedemikian agar tidak mahu filem ini menjadi karya yang rosak. Saya paparkan kematian mereka lebih ‘indah’ dan walau pun tewas mereka tewas bermaruah.



Kak Fas dah pun tonton ‘Sayap Sayap Patah’ yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Oktober 2022 depan. 


Memang boleh layan dan ada babak-babak yang membuatkan Kak Fas terpaksa tutup mata.


Nasib baik lah penerbitnya tidak memaparkan aksi pembunuhan  kerat-kerat badan yang sebenar seperti dinyatakan, jika tidak tentu lebih mengerikan daripada menonton filem hantu huhu…lagi pun peristiwa sebenar jika dipertontonkan pasti mendatangkan nostalgia pahit bagi anggota dan ahli keluarga mangsa yang masih hidup.


Di Indonesia, filem ini mampu meraih kutipan RM40 juta dan ditonton oleh lebih 2 juta penonton.


Lakonan Nicholas Saputra tidak syak lagi mampu menjiwai watak Adji yang merupakan anggota keselamatan dalam pasukan khas Densus 88.


FOTO Kiri: Wajah sebenar anggota polis Iptu Rudi Rospuji bersama isterinya, Lutfi Hidayah yang dilakonkan oleh Nicholas Saputra dan Ariel Tatum, Pada kejadian sebenar, Rudi dibunuh ketika Lutfi sedang hamil anak keempat mereka manakala dalam filem ditonjolkan isteri Adji melahirkan anak sulong mereka ketika kejadian.


Kerjaya Adji yang selalu berada di barisan hadapan dalam membenteras pengganas/teroris, membuatkan isterinya Nani (lakonan Ariel Tatum) yang sarat hamil anak pertama sentiasa dalam kebimbangan.


Tekanan kebimbangan keselamatan Adji membuat kandungannya bermasalah sehingga Nani terpaksa pulang ke rumah ibunya di Jakarta walau pun dihalang Aji.


Kebahagian rumahtangga mereka kembali bertaut apabila Aji ditukarkan ke Jakarta, Namun pertemuan dan kebahagiaan yang dikecapi hanya seketika apabila sekali lagi dugaan datang melanda pada hari pertama Adj bertugas. 



Walaupun Adji mendapat kebenaran bercuti memandangkan Nani bakal melahirkan bayi pertama mereka dalam tempoh 12 jam lagi namun mengerti akan perasaan suami terhadap tugasan, Nani menyuruh Adji melaporkan diri terlebih dahulu.


Akur dengan kehendak Nani, Adji mengambil keputusan melaporkan diri. Namun tanpa diduga berlaku rusuhan di penjara tempat para pengganas ditahan di Mako Brimod, Kelapa dua, Depok (kisah benar yang berlaku pada tahun 2018 yang lalu). 


Situasi menjadi tegang dan mencengkam apabila Adji menjadi salah seorang anggota yang dijadikan tebusan oleh pengganas. 


Dalam masa yang sama Nani bertarung nyawa untuk melahirkan anak sulung mereka. 


Kehebatan filem ini juga melalui gabungan barisan pelakon yang hebat dan watak-watak antagonis yang dibawa oleh pelakon antaranya watak ‘Leong’ lakonan Iwa K.



“Sebenarnya, sebaik sahaja membuat keputusan menerbitkan filem ini, wajah Iwa K sudah terbayang dalam fikiran saya untuk membawa watak ketua pengganas,” kongsi Denny dalam ketawa kecil.


Memang benar bagai dikata, wajah dan peranan Iwa sebagai ‘Leong’ memang kena dengan watak seorang pengganas yang bengis dan tidak berhati perut waima gadis sunti pun dijadikan sebagai umpan pengebom bunuh diri.


Pendek kata, sebagaimana puasnya kita menonton ‘Mat Kilau’, filem ‘Sayap Sayap Patah’ yang dibawakan syarikat MoreADDHoldings Berhad selaku pengedar di Malaysia, Singapura dan Brunei, tidak terkecuali.



Filem genre aksi dengan diselit sedikit aura romantis ini turut mengetengahkan artis Amir Masdi menyanyikan kembali lagu OST filem, ‘Ku Tunggu Senyuman’ yang nyanyian asalnya oleh penyanyi Indongesia, Ipang.


“Ini bagi menyuntik sedikit kelainan dan pendekatan yang lebih berkesan kepada penonton di Malaysia,” lapor penerbit AddMore Holding Berhad, Roslina Abd Majid


Kak Fas: Sebuah filem kisah benar yang digarap cukup realistik apatah lagi kos perbelanjaannya dikatakan menelan belanja lumayan disebabkan kantor polis yang menjadi lokasi adalah bangunan yang benar. Apabila diletupkan pihak penerbit terpaksa membinanya semula. 'Kerana itu kosnya cukup lumayan' kata penerbitnya.



#SayapSayapPatah #NicholasSaputra #Indonesia #Filem #KisahBenar #AmirMasdi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan