Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TAK PERLU GELARAN 'DATUK' ATAU CIPTA KANDUNGAN GEDIK, KAK ELL MAMPU RAIH RM34J SETAHUN


"SAYA bangga pakai nama sendiri!" itu jawapan Kak Ell yang terkenal dengan tagline “Memang Cantik” apabila ditanya tentang produk kosmetik keluarannya yang menggunakan nama sendiri.


Anak kepada penoreh getah ini, Sharmila Johan, 41, menganggap nama yang diberikan oleh ibu dan bapanya adalah salah satu hadiah terbesar yang membolehkan dia mencapai kejayaan seperti hari ini. 


Dia turut menambah yang dirinya jenis yang tidak membeli gelaran Datuk sebagai tiket untuk percaya yang dia akan lebih berjaya.


"Ini macam satu hadiah juga untuk mak dengan ayah sebab pilih nama yang baik untuk saya," tambahnya lagi.


Kak Ell turut meraikan staf dan ejen terbaiknya.


Tahun lalu, syarikat yang ditubuhkan oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini telah mendapat pengiktirafan Global Best Consumer Brands for Skincare, SME100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.


“Ada yang bertanya tak susah ke pikul tanggungjawab sebagai seorang usahawan, mak dan anak? Saya ‘enjoy’ dan bersyukur macam ni.


"Sebagai wanita, mustahillah saya tak bernafsu nak memiliki barang-barang mewah, kan? Tapi, saya selalu ingatkan diri sendiri supaya tak ‘over’,” tambahnya.


Biarpun memiliki beberapa jenama kereta mewah di rumah, bagi Kak Ell itu semua adalah sekadar pinjaman daripada-Nya, bukan satu simbol kekayaan yang perlu dimegahkan.


Kak Ell rela naikkan rangkaian produknya secara bermaruah.


Malah, usahawanita ini berkata, yang dia lebih suka untuk menghabiskan duit yang diperoleh untuk memastikan anaknya mendapat pendidikan yang baik, membantu kawan-kawan dan ahli keluarga, menyumbang semula kepada sekolah yang pernah diduduki dan berkongsi dengan ibu bapa.


"Saya nak pesan, walau berjaya macam mana pun, jangan sesekali abaikan tanggungjawab sebagai seorang anak. 


“Syurga bawah tapak kaki ibu. Cikgu saya pesan, orang yang jaga ibu bapanya adalah orang yang berjaya. Cuma dalam setiap sudut dan gerak langkah, saya kena lebih berhati-hati dan disiplin. 


“Saya tak boleh main cakap lepas sahaja. Saya ada keluarga dan anak yang perlu dijaga. Malah, saya beruntung kerana pengguna tegar jenama saya sendiri mempertahankan kualiti produk yang dihasilkan hingga ia terus relevan dan dipercayai,” katanya.



Menyambut ulang tahun penubuhan Kak Ell yang ke-4 baru-baru ini, wanita bertudung itu turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutamanya suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Team #KakEllStars.


“Saya baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Management and Science Universiti (MSU) untuk memberi pengalaman pendidikan yang berbeza kepada pelajar berkenaan,” katanya


Kak Ell turut mensasarkan untuk meraih anggaran jualan produk sebulan sebanyak RM5 juta.


Kak Ell melancarkan produk Fantasy Beauty, Glowing Day Cream, Fairy Glow.

Penyampai Suria FM, Ajak Shiro dan Suraya Borhan mengendalikan majlis Kak Ell Fantasy  Night malam Sabtu lalu.

“Mengikut sejarah rekod lalu dengan hebahan secara meluas produk sebelum ini, jualan tahunan pernah mencecah sehingga RM34 juta.


"Saya sentiasa percaya apa-apa yang kita buat, usaha memang daripada kita, tapi rezeki semua daripada Allah," katanya lagi.


Pemilik nama yang selalu kedengaran di corong radio Suria FM ini ditemui sewaktu acara Kak Ell Fantasy Night yang berlangsung 15 Oktober lalu di Doubletree by Hilton, Shah Alam.


Turut dilancarkan produk ke-48 syarikat miliknya yang dipanggil sebagai Fairy Glow Oil, sebuah produk saiz poket yang berasaskan gabungan lima minyak terpilih. 


Kak Ell bersama produk terbaru Fantasy Beauty, Glowing Day Cream, Fairy Glow

Produk terbaru Kak Ell, Fantasy Beauty, Glowing Day Cream, Fairy Glow


Produk terbaharu ini boleh digunakan sekali dengan Glowing Day Cream Kak Ell yang dilancarkan bulan lalu.


Majlis Kak Ell Fantasy Night turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi popular Amir Masdi serta penyampaian Anugerah kepada ejen, stokis dan korporat yang membuat jualan merangsangkan sehingga mencapai jutaan ringgit.




Bersama media dan bloggers.

#KakEll #MemangCantik #KakEllFantasyNight #FairyGlow #AmirMasdi #Produk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan