Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AWESOME TV KESAL TUJUAN BERITA 7:57 DIMANIPULASI PIHAK BERKEPENTINGAN POLITIK

AWESOME TV memandang serius tohmahan sesetengah pihak yang berkepentingan politik, khususnya yang tidak menyokong agenda Bumiputera, telah memanipulasikan tujuan Berita 7:57 sebagai berunsur perkauman di pelbagai platform media.


Dakwaan itu timbul apabila terdahulu, pada 4 November 2022 lalu, Berita 7:57 di bawah naungan Awesome TV di saluran 123 membuat liputan perihal kajian pengundi untuk Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang akan berlangsung pada 19 November 2022 kelak. 


Mengikut kajian tersebut, dipercayai kaum Bumiputera masih lemau dalam usaha untuk melunaskan tanggungjawab sebagai pengundi dan rakyat Malaysia. 


Justeru itu, Berita 7:57 menyaran kaum Bumiputera untuk mengundi supaya Kerajaan yang dipilih kelak adalah Kerajaan yang tidak menindas kepentingan Bumiputera.


Pihak Awesome TV  dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pada semalam, 6 November, menganggap manipulasi berkenaan adalah berniat jahat terhadap Awesome TV yang bertujuan untuk memupuk rakyat supaya bertanggungjawab dalam hal pengundian.


Dalam pada itu, pihak-pihak tersebut juga telah memberi laporan palsu di mana mereka menamakan Astro dan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) sebagai pelabur untuk Awesome TV. 

Kedua-dua entiti tersebut bukan pelabur di Awesome TV dan tidak ada penglibatan di dalam pengurusan dan pembikinan kandungan atau berita di Awesome TV. 

Awesome TV adalah milikan penuh syarikat persendirian Awesome Media Network Sdn Bhd dan Awesome Broadcasting Sdn Bhd

Dipercayai bahawa maklumat salah oleh pihak-pihak tersebut mungkin diambil dari sumber yang tidak boleh dipercayai.

“Sekali lagi, Awesome TV ingin menekankan bahawa jika rakyat Malaysia tidak mengundi, khususnya kaum Bumiputera, maka risiko pemilihan Kerajaan yang tidak akan menjaga kebajikan mereka adalah ketara,” tambah kenyataan Awesome TV.


#AwesomeTV #Astro #

Tiada ulasan:

Catat Ulasan