Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON LANCAR PENCARIAN DUTA KANAK-KANAK 'KIDS REPUBLIC', PERKENAL KOTAK '12 HARI KEJUTAN'


Ho! Ho! Ho!
Krismas dah nak dekat….


Apa lagi suasana perayaan dah pun bermula khususnya di rangkaian pusat membeli-belah terkemuka negara, AEON yang terkenal antara gedung yang sentiasa inovatif dalam  meraikan setiap musim perayaan.


Terkini, setiap cawangan AEON dipenuhi dengan sinar di mata dan senyuman yang ceria sempena menyambut kehadiran Krismas dan akhir tahun 2022.


Menumpukan sambutan perayaan dengan mencipta masa yang berkualiti dengan tradisi baharu, AEON melancarkan detik ‘countdown’ untuk 12 Hari Kejutan dengan memperkenalkan lebih dari 12 produk pilihan pada harga istimewa.


Lebih menarik AEON turut melancarkan pencarian untuk duta kanak-kanak ‘Kids Republic’ di mana beberapa orang kanak-kanak aktif bakal dinobatkan sebagai duta jenama berkenaan dengan hadiah menarik antaranya berpeluang mendapat ganjaran berupa bekalan pakaian selama setahun daripada koleksi AEON terkini untuk kanak-kanak dan banyak lagi.


Wow! Apa lagi… siapa yang ada anak yang suka bergaya bolehlah hantar permohonan, Mana tahu ada rezeki ya tak? 



“Kids Republic sedang mencari kanak-kanak yang aktif dan berminat untuk mengambil bahagian dalam pencarian ini. Kami mahu mengetengahkan impian dan aspirasi mereka! Kami mahu memaparkan cerita mereka untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai kanak-kanak. Lagipun, Kids Republic adalah untuk Kanak-kanak Yang Mencipta Masa Depan!,” ujar Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran pada majlis pelancarannya di AEON Bandar Utama baru-baru ini.


Jika nak tahu lanjut apa kata layari laman https://www.aeonretail.com.my/xmas22/ atau scan QR code di bawah ini:


Sementara itu, bagi yang nak mencari hadiah untuk si comel boleh memilih jenama yang tertera pada tarikh 12 kotak hadiah yang disediakan meliputi jenama ternama seperti LeapFrog, Fisher-Price, Beyblade, My Little Pony, Arctec, Sylvanian Families, Marvel, LEGO, Barbie, Nerf, Disney Princess dan Hot Wheels


Setiap jenama akan mempunyai Hari Kejutan! khusus untuk menampilkan promosi istimewa jenama dan produk eksklusif pada harga yang menakjubkan bermula dari 13 Disember hingga 24 Disember 2022.


JIKA nak pilih My Little Pony datang pada 16 Dis tau!


Jadi tepuk dada tanya selera anak masing-masing, tandakan tarikh mana yang ada jenama diminati bolehlah berkunjung ke AEON untuk mendapatkan apa kah kejutan yang ada di situ.


 “Kita tidak boleh mengambil mudah malah perlu memastikan sambutan perayaan ini menjadi sesuatu yang amat bermakna bagi anak-anak kita. Melalui 12 Days of Surprises, AEON juga bekerjasama dengan jenama popular mainan kanak-kanak untuk menawarkan sesuatu yang akan menjadi memori untuk anak-anak kita hinggalah mereka dewasa nanti,” sambung Low Ngai Yuen.



Majlis pada petang itu turut diserikan dengan pertunjukan fesyen pelbagai jenama kanak-kanak antaranya memperkenalkan jenama yang dinamakan ‘JSP962’, pakaian kanak-kanak popular dari Indonesia yang dibuat dengan penuh cinta buat si comel.


Turut dipertontonkan pelbagai fesyen kanak-kanak dari kasual hingga ke pakaian baju tidor rekaan terbaharu berdasarkan apa yang diinginkan golongan terbabit.



Melihat mereka menggayakan fesyen masing-masing memang nampak comel dan bergaya, tentu mudah bagi ibu bapa memilih mana yang berkenan di mata agar bila anak bangun pagi pada hari Krismas, dapatlah dilihat keceriaan pada wajah, diringi  sinar mata yang mengilau kegembiraan sejajar dengan tema AEON ‘twinkling eyes, gleeful smiles’, satu momen yang terindah dan berharga!


 

#AEON #KidsRepublic #JSP962 #TwinklingEyes #GleefulSmiles #TresuredMoments


Tiada ulasan:

Catat Ulasan