i-SING WORLD PILIH KUALA LUMPUR SEBAGAI HOS, SESI UJI BAKAT WAKIL MALAYSIA BERMULA AKHIR DISEMBER
SUDAH tiga kali kejohanan nyanyian realiti antarabangsa yang mengangkat bakat-bakat baharu di kalangan amatur, i-Sing World dianjurkan.
Dalam tahun pertamanya, pada 2017, i-Sing World yang berlangsung di Yangon, Myanmar telah mendapat penyertaan dari 24 negara dari seluruh dunia.
Ketika itu, peserta mewakili Malaysia, Nabilah Mohamed berjaya menduduki tempat ke-7 dalam kejohanan tersebut.
Tahun kedua, pada 2018, i-SiNG berlangsung di kota fesyen Paris, Perancis di mana peserta lelaki Malaysia iaitu Shafeek Ikhwan pula berjaya dinobatkan juara dunia i-SiNG mengalahkan peserta dari hampir 40 buah negara.
Pada tahun 2019, i-SiNG World diadakan pula di Stockholm, Sweden, dengan penglibatan peserta dari 47 buah negara dengan Malaysia menghantar 2 peserta iaitu Mohamad Husaini Mahmur dan Nadia Naswan Hasnan.
Mohamad mendapat tempat kedua dalam kejohanan tersebut diikuti dengan Nadia ditempat ketiga.
Nampak gayanya peserta dari Malaysia mampu mencipta kemenangan setiap kali menyertai iSing World ya tak?
Sehubungan itu, tidak hairanlah i-Sing World musim keempat kali ini memilih Kuala Lumpur, Malaysia sebagai hos dengan sasaran mampu menarik penyertaan daripada lebih 40 negara bersama lebih 500 penyertaan.
“Setekat ini 40 negara telah bersetuju menyertai i-Sing World dan bilangan itu mungkin akan bertambah malah kami akan menjemput artis antarabangsa untuk memeriahkan lagi kejohanan,” ujar Yuro T selaku Pengerusi merangkap Pengasas i-Sing World melalui panggilan video yang dipancarkan dari Hong Kong di mana beliau terpaksa berkurung disebabkan jangkitan Covid-19.
Yuro berkata demikian pada majlis sidang media i-SingWorld/Malaysia yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada petang tadi.
Turut hadir rakan seperjuangannya, Pengarah iSing World, Mr. Sammy Wong; Mr. Michael Samy, Pengasas Bersama i-Sing Malaysia dari Rythymis Mines Studio dan Encik Edzuar Zar Ayub Azari selaku Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Produksi Tourism Malaysia.
DARI kiri: Michael, Sammy dan Edzuar pada majlis sidang media di Hard Rock Cafe. |
Dan bersama mereka menghiburkan majlis dengan nyanyian terdiri dari Syafeek Ikhwan dan Nabilah Mohamed.
Berkongsi lanjut, sambil melahirkan kehampaannya tidak dapat bersama pada sidang media,Yuro berjanji akan hadir pada sidang media kedua yang akan diadakan pada tahun 2023 iaitu sebelum Kejohanan bermula pada 23hb hingga 28hb Mei, 2023.
Menjanjikan juga bakal membawa artis ternama antarabangsa bagi memeriakan kejohanan, Yuro berharap bakat-bakat baharu di Malaysia akan turun padang untuk menyertai sesi uji bakat bagi mencari wakil dari Malaysia.
Sesi uji bakat i-Sing Malaysia bakal diadakan di tiga buah negeri iaitu pada 30 & 31 Disember 2022, bertempat di Mid Valley Mall, Kuala Lumpur; di susuli pada bulan Januari 2023 di Kota Kinabalu, Sabah dan Februari 2023 di Kuching, Sarawak.
Untuk rekod, i-Sing Malaysia telah dikelolakan dan dianjurkan oleh Rythymis Mines Studio setelah mereka mendapat hak penganjurannya pada tahun 2020.
“Perjanjian telah dimeterai pada bulan Mac 2020 tetapi tidak lama kemudian, Malaysia telah menutup sempadan akibat pandemik Covid 19. Justeru itu, kejohanan yang ke-4 itu telah ditunda sehingga dunia bersedia membuka sempadan semula,” ujar Michael Samy selanjutnya.
Kini setelah hampir semua sempadan negara di dunia dibuka semula dan perjalanan juga tiada sekatan lagi, i-SiNG meneruskan semula kejohanan dunia ini dengan harapan mendapat sokongan Tourism Malaysia, pihak korporat mahu pun individu yang berminat.
“Hadiahnya masih dalam perbincangan dan kami akan mengumumkannya dari masa ke semasa apabila kata putus diperoleh,” sambung Sammy Wong.
Menurut Sammy,kebanyakan negara peserta amat teruja untuk menyertai kejohanan dan kembali membuat persembahan di pentas antarabangsa.
“Selain bertanding, para peserta akan disaji dengan berbagai makanan Malaysia dan dibawa melancong sekitar Lembah Kelang secara percuma. Diharapkan kejohanan ini dapat mempromosi dan memikat lebih ramai pelancong ke Malaysia,” harapan Sammy (gambar kiri).
Dalam pada itu, Edzuar memberitahu, Tourism Malaysia amat menyokong kejohanan antarabangsa begini dalam mempromosikan budaya dan pelancongan negara.
“Kami sedang dalam perbincangan dan akan membantu sedaya upaya agar i-Sing World dapat dijayakan dengan cemerlang,” jelas Edzuar yang masih belum dapat memberitahu berapakah geran bantuan yang akan diperoleh penganjur memandangkan peruntukan itu memang ada disediakan Tourism Malaysia.
Apa pun kita tunggu dan lihat perkembanganya malah bagi yang ingin tahu lanjut boleh melayari laman sosial i-Sing Malaysia/World.
Dalam pada itu, barangkali ada yang tertanya-tanya apakah makna disebalik nama yang dipilih penganjur iaitu i-Sing?
Buat pengetahuan anda, “i” dalam nama tersebut merupakan diri peserta dan juga melambangkan kedudukan antarabangsa.
“Sing” pula adalah minat dan kecenderongan seseorang itu dalam kerjaya menyanyi. Oleh itu, “i-SiNG” memberi peluang kepada seseorang itu untuk menonjolkan bakat nyanyiannya ke peringkat dunia dan merasa bangga dengan bakat dan kecenderungan yang mereka peroleh.
Bagitu maksudnya ya....
SYAFEEK dan Nabilah menghiburkan majlis. |
#iSingMalaysiaWorld #YuroT #TourismMalaysia #RythymisMinesStudio #Nyanyian |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan