Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM RASA NASI KUKUS TURUN TEMURUN DI 'DAPUR MAMA' MELAWATI


NASI KUKUS MAMA
, satu jenama yang pastinya popular di kalangan orang Pahang Darul Makmur khususnya penduduk di Indera Mahkota  dan East Coast Mall di Putra Square Kuantan, sejak ia beroperasi pada bulan Mei  tahun 2010.


Sehubungan itu apabila jenama berubah kepada ‘Dapur Mama’, ia bukanlah asing lagi sehingga perlu mengatur strategi bagi memperkenalkannya waima ia tetap nasi kukus asli yang selama ini menjadi kegemaran ramai.


Pun begitu, sejujurnya bagi Kak Fas inilah pertama kali mengenali dan merasai Nasi Kukus Mama apabila diundang menjamu selera di Dapur Mama bertempat di Melawati, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Sebaik melihat restoren ‘corner lot’ yang tertera logo 'Dapur Mama' di Lot 321, Lorong Selangor, Taman Melawati itu, Kak Fas berharap bertemu dengan pengusahanya yang digelar ‘Mama’ di kalangan kenalannya.



Namun rakan mengundang, Arassh Mohammad yang bertindak selaku Pengurus Promosi dan Pemasaran Social Media secara sambilan bagi pihak Dapur Mama memberitahu, ‘Mama’ tidak dapat hadir kerana sebuk dengan beberapa urusan tertentu’.


Silalah pilih hidangan mana yang mahu dirasai mengikut menu yang ada,” Arassh mempelawa sambil memberitahu 'Dapur Mama' menyediakan empat jenis pilihan nasi kukus iaitu Set Special meliputi:


Nasi Kukus Ayam Berempah + Air + Pajeri Nenas + Telur Masin (Harga: RM14.90

Nasi Kukus Daging Kerutuk + Air + Pajeri Nenas + Telur Masin  (RM15.90)

Nasi Kukus Ayam Merah + Air + Pajeri Nenas + Telur Masin (RM14.90)

Nasi Kukus Ayam Kampung + Air + Pajeri Nenas + Telur Masin (RM17.90)



Manakala bagi mereka yang mahukan Set Regular tanpa pajeri Nenas dan Telor Masin boleh memilih jenis hidangan sama dengan harga lebih murah iaitu:


Nasi Kukus Ayam Berempah + Air (Harga RM14)

Nasi Kukus Daging Kerutuk + Air  (Harga RM15)

Nasi Kukus Ayam Merah + Air  (Harga RM14) 

Nasi Kukus Ayam Kampung + Air (Harga RM16.50).


Dalam pada itu pengunjung boleh juga tempah secara ala carte dan berasingan seperti tertera dalam signagenya.



Untuk pilihan minuman bagi kedua-dua set, anda boleh memilih mana-mana satu daripada enam jenis minuman disediakan iaitu Coca Cola, Sprite,  Fanta Strawberry, Fanta Grape, Kopi O Panas atau pun Teh O Panasl.


Selain itu, ada juga minuman lain seperti tertera di bawah ini:



Tetapi jika mahu berjimat lagi boleh tempah set Regular yang menyediakan pilihan empat jenis nasi kukus serupa dengan minuman pada harga antara RM12 hingga RM15.



Dan lebih mudah, 'Dapur Mama' turut menyediakan  ‘take away’ dan tempahan secara dalam talian khususnya bagi mereka yang tinggal jauh daripada kawasan restoran atau yang tidak sempat menjamu selera di kedai yang mampu memuatkan lebih kurang 50 pelanggan sekali gus.


Persekitaran restoren teratur rapi dengan susunan meja makan yang selesa apatah lagi ruang dalaman restoran nampak bersih dan sejuk mata memandang waima halwa teling pul dibuai lagu sentimental.



Kedudukan kerusi meja pun tidaklah rapat sehingga langgar buntut kerusi dengan meja lain apabila pelanggan ramai, sesuai dengan SOP sekarang, malah dekor yang minimilas membuatkan suasana restoran tempat yang tenang kala menjamu selera.


Sebagai pelanggan yang pertama kali singgah, tentulah mengambil sedikit masa untuk meneliti menu yang tersedia di atas kaunter, walau pun hanya empat  jenis hidangan disediakan.


Apa pun dek kerana kali pertama menjejakkan kaki ke Dapur Mama, sebaiknya kita cuba keempat-empat resepi disediakan.


DARI kiri atas: Daging Kerutuk, Ayam Kampung, Ayam Berempah dan Ayam Masak Merah.


Jangan salah faham tau,.. bukannya  tamak tetapi ingin merasai keempat-empat masakan tersedia walaupun sekadar secubit kata orang. 


Dan apabila Kak Fas memilih untuk menempah Set Special Daging Kerutuk, secubit jugalah yang Kak Fas mengambil daripada set yang dipilih rakan-rakan lain sekadar mengetahui apa rasanya.


Menariknya, setiap hidangan dibalut dengan kertas jadi hati-hati bila membukanya jika tidak mahu kuah melimpah keluar membasahi meja. 


Kak Fas nak cadangkan agar diletak satu lagi kertas plastik nipis atau pun daun pisang sebelum nasi dibungkus dengan kertas cokelat. Cara ini rasanya lebih mudah, tak la berselerak sangat membasahi kertas balutan utama.


Daging Kerutuknya lembut dan sesedap rasa cuma portion nasi agak banyk bagi perut wanita seperti Kak Fas. Golongan lelaki oklah rasanya sebab nampak set ayam merah pilihan rakan blogger Reef (gambar bawah, kanan) habis licin. 


“Memang kekenyangan sungguh,’ itu luahan Reef yang turut akui portion nasi yang disediakan banyak dan sejajarlah dengan harganya.



Untuk rekod, nasi kukus yng disedikan Mama’ merupakan resepi turun temurun keluarganya namun khabarnya sebelum mencapai kejayaan sehingga mempunyai empat cawngan terkini, banyak cabaran dan dugaan dialami.


Apa pun rintangannya yang pasti tanpa mengenali erti penat lelah dengan semangat yang tinggi, MAMA teruskan perjuangan perniagaan Nasi Kukus bermula dari jualan 2 ekor ayam sehari bagi menampung kira-kira 20 orang pelanggan kepada lebih ratusan pelanggannya kini setelah mempunyai empat cawangan iaitu dua di Kuantan, satu di Bandar Baru Bangi dan terbaharu di Melawati.



Sesungguhnya, “Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu berubah dengan sendirinya” (*Surah Ar Ra’ad : Ayat 11*)  dan itulah firman yang telah dibuktikan oleh usahawan ‘Dapur Mama’ ini.



CAWANGAN DAPUR MAMA :


KUANTAN - BANDAR INDERA MAHKOTA

B 36, Tingkat Bawah

Jalan IM 7/1

Bandar Indera Mahkota

25200, Kuantan,Pahang Darul Makmur

09-575 0381


KUANTAN - EAST COST MALL dii Putra Square

No 2 (Corner Lot), Ground Floor,

Indian Town

Jalan Putra Square 3, Putra Square

25200, Kuantan,Pahang Darul Makmur.

09-5316182


SELANGOR - BANGI

11-G-1 & 12-G-1,

Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Seksyen 9

43650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan.

03-8912 0040


KUALA LUMPUR – MELAWATI 

321, Lorong Selangor, Taman Melawati, 

53100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

013-626 7929


Ini kisah permulaan Mama Zaini:




#DapurMama #NasiKukus #Pahang #ResepiTurunMenurun #Melawati #MamaZaini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan