Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'DIMENSI MUZIK' TEMA AJL37, GAMBARKAN SUASANA INDUSTRI MUZIK TEMPATAN RANCAK


BEBERAPA
hari lagi bulan Januari akan melabuhkan tirainya. 


Dan menghampiri Februari, debaran tentunya semakin kencang khususnya bagi finalis Anugerah Juara Lagu edisi ke 37 (AJL37) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Februari 2023 (Ahad) depan.


Bersiaran secara langsung pada pukul 9 malam di TV3 sekali gus strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my, AJL37 kali ini bertemakan 'Dimensi Muzik' bagi menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. 


Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik seperti Anugerah Juara Lagu yang berprestij anjuran TV3 ini.


Malam anugerah akan buat pertama kalinya menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai masing-masing iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse.


Kolaborasi julung kali  antara dua pengacara popular ini pasti menjadi satu tarikan besar memandangkan  ramai peminat menunggu kemunculan semula Jihan Muse selepas beliau bercuti panjang bersalin. 



Seperti biasa, lemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam bersama hosnya, Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy


Bagi mereka yang strim langsung di tonton dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil


Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit yang memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di www.tonton.com.my bermula 30 Januari hingga 10 Februari 2023. 


Tonton SoundStage x AJL37 juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5.00 petang. 



Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang. Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari


Berita baik buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil! Anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023. 


Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM50, 000 bersama  trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi. 


Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37



Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. 



Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 


AJL 37 menampilkan MYTV sebagai rakan penaja yang menawarkan saluran siaran TV dan Radio secara HD dan percuma di seluruh negara. Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital. 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 



#AJL37 #RoadToAJL37 #Music #Tv3Malaysia #AxiataArenaBukitJalil #Hiburan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan