USTAZ DON DANIYAL DILANTIK IKON QURAN HUMAIRA MENGIMARAHKAN BACAAN AL QURAN
SIAPA tidak kenal dengan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, 38, seorang penceramah bebas, mahu pun pengacara yang terkenal dengan program keagamaan di kaca televisyen antaranya seperti rancangan ‘Back To Basic’ di Astro Oasis.
Kak Fas antara yang suka mendengar ceramah dan ilmu keagamaan yang dikongsikan Ustaz Don, seorang yang sederhana, nampak serius tetapi memiliki sisi humor tersendiri yang mampu membuat ramai tersenyum dengan gurauan spontannya.
Tidak hairanlah perwatakannya yang dilihat mesra dan santai dengan semua golongan antara faktor yang menambat hati syarikat pengurusan Quran Humaira, Maghfirah Pustaka (M) Sdn Bhd., memilihnya untuk berkolaborasi.
“Sifat yang dimilikinya itu bertepatan dengan matlamat Quran Humaira itu sendiri,” ujar Pengarah Urusan Quran Humaira, Haji Fakrur Radzi Mohd Omar ketika ditemui pada majlis pelantikan Ustaz Don Daniyal sebagai ikon Quran Humaira yang berlangsung di restoren ‘Smoked Kingdom by Don Daniyal’ di Putrajaya baru-baru ini.
Sehubungan itu, satu majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman bagi pelantikan Ustaz Don Daniyal sebagai ikon Quran Humaira selama dua tahun dimeterai dengan disaksikan bersama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Quran Humaira, Mohd Nor Affendi Ab Manan serta Mohammad Firdaus Azonan selaku Ketua Pegawai Operasinya.
“Pihak Quran Humaira amat berbesar hati dengan kesudian Ustaz Don Daniyal menerima tawaran untuk menjadi Ikon Quran Humaira, di mana Quran Humaira percaya 1001 kebaikan akan terhasil dari kerjasama ini,” tambah Fakrur Radzi. (gambar bawah, tengah).
Menurut beliau, pelbagai aktiviti dan kempen bakal dijalankan oleh Quran Humaira dan semestinya akan banyak melibatkan Ustaz Don Daniyal sebagai “frontliner’ Quran Humaira.
“Pelantikan Ustaz Don sebagai ikon Quran Humaira memangnya tepat berdasarkan kepada visi dan misi syarikat untuk terus mendekati masyarakat Malaysia amnya sekali gus mengimarahkan pembacaan Al Quran,” jelas Fakrur.
Menjawab mengenai sasaran dan objektif kerjasama bersama Ustaz Don selanjutnya, Mohd Nor Affendi pula memberitahu, selain memperkenalkan Al-Quran Humaira di pasaran tempatan, khususnya penerbitan terbaharunya, ‘Raudhah’ yang diperbaharui dengan ‘tagging’, pihaknya mahu merancakkan pembacaan dan kandungan Al-Quran kepada masyarakat Islam apatah lagi menjelang bulan Ramadan yang akan menjelma tidak lama lagi.
Bersetuju dengan pandangan Mohd Nor (kiri), Ustaz Don Daniyal seterusnya memberitahu mahu membumikan Al-Quran kepada setiap lapisan masyarakat Islam tanpa mengira usia tua atau pun muda.
“Hidup kita perlu bersandarkan kepada Al-Quran. Setiap doa yang kita mahukan ada di dalam Al-Quran kerana itu kita perlu mempelajari Al Quran dengan cara yang betul,” ujar Don Daniyal.
Menurut beliau, pelantikannya sebagai ikon adalah susulan daripada program ‘Taddabur Suria bersama Ustaz Don Danial’, ditaja Quran Humaira yang mendapat sambutan hangat tahun lalu melalui siaran SuriaFM.
“Alhamdullilah, dengan pelantikan ini saya akan terus menunaikan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Quran Humaira dengan membawa pelbagai topik,” ujar ustaz Don sambil memberitahu segala butiran aktiviti dan promosi semasa akan dikemaskini di media sosial Quran Humaira (facebook, Instagram, Telegram, Tik Tok, Youtube).
Sementara itu, bagi yang ingin memiliki Al Quran Humaira sejajar dengan taglinenya 'sentiasa bersama', ia boleh didapati di semua rangkaian kedai buku utama seperti Popular Bookstore, SMO Bookstore, MPH Bookstore serta rangkaian agen-agen dan dropship Quran Humaira.
Malah pembeli boleh turut membuat pembelian secara online di quranhumaira.com dengan harga bermula dari RM20 sehingga RM220 bergantung kepada saiz dan juga edisi.
Hampir kesemua Quran Humaira mempunyai tajwid dan terjemahan serta mempunyai edisi khas Tagging.
Quran Edisi 'Raudhah' terinspirasi daripada Masjid An-Nabawi yang berkubah hijau ketenangan, dilengkapi dengan tagging, tajwid berwarna, kotak, dustbag & paperbag. Semua dalam satu.
“Ia sangat sesuai untuk dijadikan bacaan sendiri dan dihadiahkan buat insan tersayang. Semoga kita termasuk dalam golongan yang selalu mengamalkan Al-Quran,” akhiri Ustaz Don.
#QuranHumaira #DonDaniyalBiyajid #Ramadan #MsghfirahPustaka #Raudhah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan