Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AEON LANCAR KEMPEN 'SETIAP HARI SEGAR, SETIAP HARI HARGA RENDAH' BANTU RINGAN KOS SARA HIDUP


SEJAK
lebih dua tahun dunia diserang wabak COVID-19, ia tidak ketinggalan memberi kesan terhadap ekonomi negara sekali gus merubah kos sara hidup rakyat.


Kenaikan harga barang antara yang paling terkesan dan dirasai semua khususnya golongan B40 dan mereka yang berpendapatan rendah.


Sehubungan itu, dalam usaha membantu Kerajaan bersama mencari penyelesaiaan ke arah meringankan beban rakyat, pasaraya terkemuka utama di Malaysia, AEON mengambil initiatif mengumumkan pelancaran kempen yang dinamakan ‘Everyday Fresh, Everyday Low Price’ (Setiap Hari Segar, Setiap Hari Harga Rendah).


"Di AEON, kami komited mencari penyelesaian terbaik untuk memenuhi kekangan belanjawan isi rumah hasil daripada penghakisan kuasa pembelian walau pun kami turut menghadapi kenaikan kos bekalan makanan daripada bahan mentah sehingga kepada tenaga kerja dan pengangkutan, Jadi, sebagai permulaan kami sediakan kira-kira 60 produk pada harga rendah dan mampu dibeli,” ujar Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON (gambar bawah, dua dari kanan) pada majlis pelancaran kempen 'Setiap Hari Segar, Setiap Hari Harga Rendah’ di AEON IOI Mall, Putrajaya baru-baru ini.



Turut hadir, Ketua Divisyen, Operasi Stor, Maxvalu, Flat Price, Daiso & Komaiso, Tomokazu Furuki (kiri); Ketua Divisyen, Operasi GMS dan myAEON2go, Audrey Lim dan Pengarah Urusan AEON BiG, Sheikh Farouk (kanan).


Kempen pelancaran dimulakan dengan pihak media, bloggers serta pempengaruh mengambil bahagian dalam acara ‘Supermarket Sweep’ di mana lapan kumpulan yang terbahagi kepada 5 orang setiap kumpulan perlu mencari 25 produk dalam masa 5 minit betujuan memberi pengalaman akan kemudahan membeli-belah dengan bajet dan waktu terhad.



Berkongsi lanjut, Ngai Yuen memberitahu, 60 produk terbabit meliputi barangan hasil segar yang dibawa terus dari ladang serta pelbagai produk runcit dan bukan makanan (non-food products).


“Kesemua produk ini akan diletakkan pada harga yang rendah setiap hari bagi
membantu pelanggan di dalam situasi sukar terutama semasa ketidaktentuan kewangan,” tambah Ngai Yuen sambil memberitahu kempen yang dijalankan akan melibatkan  semua cawangan AEON, AEON BiG dan MaxValu Prime di seluruh negara, serta pada platform dalam talian, myAEON2go.



Menurutnya, kempen berkenaan tidak hanya terhad untuk barangan makanan sebaliknya meliputi barangan runcit dan bukan makanan malah AEON sedang mempertimbangkan untuk menyenaraikan barangan lain seperti pakaian seragam sekolah bagi persiapan kembali ke sekolah pada bulan Mac.


“Biarkan AEON melakukan semua beban berat semasa anda tertekan agar anda dapat terus membeli setiap barangan yang duperlukan,” Ngai Yuen memberi jaminan.


Dalam pada itu, bagi menyemarakkan kempen,  AEON CO. (M) BHD. tidak ketinggalan menawarkan beberapa tawaran hebat lain yang menarik seperti ‘Khamis Lebih Baik Daripada Jumaat’, ‘Bonus Hujung Minggu’ dan ‘Pay Day Bonanzas’  yang turut melibatkan peralatan elektrik dan gajet pada harga menarik.


Nak tahu lanjut boleh layari  https://myaeon2go.com/. atau laman sosial AEON seperti berikut:


Facebook: AEON Retail Malaysia

Instagram: AEON Retail Malaysia

Twitter: AEON Retail Malaysia

LinkedIn: AEON Group Malaysia

Laman web: www.aeongroupmalaysia.com


INI Kumpulan Kak Fas.


#AEON #EverydayFreshEverydayLowPricw #KhamisLebihBaikDaripadaJumaat 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan