HOTEL TENERA BANGI SEDIAKAN LEBIH 200 MENU 'SENTUHAN RAMADAN'. TAMPILKAN ALYAH WAJAH PROMOSI!
BERPINAU mata Kak Fas bila berdepan dengan lebih 200 hidangan aneka juadah ‘selera warisan Melayu’ yang disediakan di lebih 30 gerai makanan pada majlis prebiu Bufet Ramadan Hotel Tenera, Bangi bertemakan ‘Sentuhan Ramadan’.
Memang tersentuh apabila melihat persiapan cukup grand yang disediakan pihak pengurusan Hotel Tenera semata-mata mahu menjamu para tetamunya termasuk ahli-ahli media menjamah terlebih dahulu hidangan yang bakal dirasai pada bulan Ramadan bermula 19 Mac sehingga 25 April 2023 depan.
Bila tepuk dada tanya selera pun agak terhenti sejenak untuk memikirkan mana satu yang mahu didahulukan sebab dengan pilihan hidangan yang disediakan amat banyak ....mulalah rasa rugi kalau tak ‘try’ semua kan?
Tetapi apa kan daya perut yang kecil ini tentunya tidak mampu menampung untuk merasai kesemua hidangan lazat dihasilkan dari air tangan seorang cef berpengalaman, Cef Sahisal Azrul Mat Said sebagai Chef Eksekutif Hotel Tenera.
“Kena datang lagi ni,’ kata-kata itulah yang bermain difikiran apabila melihat menu Bufet Ramadan disediakan Hotel Tenera Bangi ini waima antara sajian hidangan yang boleh dinikmati ramai antaranya seperti Rendang Ayam Cili Padi, Urat Keting Asam Pedas, Rendang Ayam Utara, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Talang Gulai Nanas, Sotong Goreng Percik, Ayam Ungkep, Daging Dendeng, Sembilang Masak Lemak Daun Kunyit, Udang Kelapa Parut, Ayam Kunyit Telur Sarang, Daging Tetel Gulai, Sambal Udang Petai Siseh dan banyak lagi.
Tidak lupa juga variasi makanan di Gerai Penyek Sambal Lada, Bakso Sup, Nasi Ayam Buluh Betong, Kari Kepala Ikan Salmon, Bubur Lambuk Bangi Lama, Sambal Saodah, Oden Celup Celup, Dim Sum, Best In Town Fried Noodles, Pasta World dan bermacam-macam lagi.
Anda juga pasti tidak sabar untuk menikmati kelazatan Picolomondo Pizza Kampung, Rojak Buah Padu Padu, Sandwich Island, Gerai Roti, John Tortilla Brisket, Keropek Abe, Cendol Sawit dan Roti Bakar Arang.
Wah! Nama-mana menu pun menarik dan kreatif ya tak?
Aneka pilihan cucur, keruk, kuih muih Melayu, buah-buahan, ais krim, kek serta pelbagai jenis minuman pelengkap selera seperti Air Panehh, Air Sejuk Mata Memandang, Air Botol Legend dan Kopi Gantung Brew Omputih turut menarik perhatian dan pastinya ada juga buah kurma sebagai makanan sunat pembuka puasa.
Di antara aneka pilihan yang ada... Kak Fas penggemar masakan lidah bakar jadi di gerai itulah yang Kak Fas tuju terlebih dahulu selain memilih yang lainnya. Dan bila tengok sup ‘gear box’ memang teringin nak ambil tetapi bila tengok saiznya yang amat besar takut pula jika tak habis… rugi pulak nanti sebab ingat pesanan ibu masa kecik-kecik ‘jangan bazir makanan, yang tinggal sikit di pinggan itulah yang akan menangis nanti dan persoalkan kenapa tak habis’.
Sampai sekarang Kak Fas pegang pada pesanan arwah ibu itu jadi tengoklah pinggan Kak Fas tak banyak pun kan dan Kak Fas dahulukan menu favourite terlebih dahulu… bila rasa ada kosong lagi baharu lah cuba yang lain. Itu pun tengok keadaan samada perut boleh lagi terima atau tak.
Memanglah ikutkan hati nak rasa semua serba sikit tetapi sikit sikit pun kalau dah sampai 200 lauk pauk nak rasa tentu sendat dan sebunys perut ya tak.
Sebab itulah kena datang lagi untuk cuba yang lain tak gitu? haha…
Kak Fas percaya ‘Sentuhan Ramadan’ dengan hidangan warisan Melayu disediakan Hotel Tenera akan menjadi tarikan ramai sebagaimana ia mampu menarik 17,000 pengunjung tahun lalu dengan kapasiti 800 setiap hari.
“Sepanjang bulan Ramadan, Hotel Tenera turut menawarkan promosi harga bilik istimewa termasuk dengan baucar Bufet Ramadan serta hidangan di waktu sahur pada harga RM280 dan kami turut menyedikan kemudhan surau/dewan solat kepada pengunjung untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak serta solat Terawikh,” ujar Encik Fadzly Hamzah, Pengurus Besar Hotel Tenera (dua dari kanan) pada sidang media di majlis prebiu ‘Bufet Ramadan 2023’ yang berlangsung di Hotel Tenera baru-baru ini.
Turut hadir En. Hasrin Ismail, Pengerusi Lembaga Pengarah KPF Hotel Management Sdn Bhd (dua dari kiri) serta selebriti popular Datin Alyah sebagai Wajah Bufet Ramadan Hotel Tenera 2023 dan Cef Sahisal.
Alyah bukan sahaja menyukai dan meminati semua menu Bufet Ramadan di Hotel Tenera, malah penyanyi lagu Kisah Hati ini sudi menjadi Wajah bagi mempromosikan menu istimewa yang disajikan oleh pihak Hotel.
“Saya tidaklah akan berada sepanjang bulan Ramadan di sini tetapi pada hari-hari tertentu sahaja. Jadi jika nak tahu tarikhnya kenalah sering ikuti pos saya dalam sosial media,” ujar Alyah.
Jadi tunggu apa lagi, jika berhajat nak berbuka puasa di Hotel Tenera sebaiknya membuat tempatan awal kerana ‘early bird’ boleh mendapat harga istimewa dari kebiasannya iaitu RM88 daripada asal RM118 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak yang berusia 11 tahun dan ke bawah.
Namun tempoh tawaran untuk menempah harga ‘early bird’ akan berakhir pada 28 Februari 2023 ini ya. Dan lebih menarik lagi, ini merupakan satu-satunya hotel yang tidak mengenakan bayaran untuk parkir… semua Percuma sahaja.
Untuk rekod, hotel milik penuh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad, KPFMB ini berkonsepkan ‘mesra Muslim’.
Antara yang menarik hotel ini mempunyai 500 buah bilik, 10 bilik seminar, sebuah grand ballroom yang boleh memuatkan seramai 1,200 orang dan mempunyai tiga buah kolam termasuk satu kolam yang berkonsepkan muslimah.
Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-89299600 atau whatsap 019-3854796/019-3592796.
Selain itu boleh juga rujuk di laman sosial facebook (Hotel Tenera Bangi) atau instagram (@hoteltenerabangi).
Kak Fas: Jom tempah awal-awal malah siapa yang tempah untuk 10 orang dapat bawa seorang lagi secara percuma tau... hubungi je nombor yang tertera di atas tu dan tanya-tanya jika ada apa apa persoalan lain yang terbuku di hati ya.. tapi kalu duk dekat bole je naik basikal kalau jauh jangan... ponat nanti... haus di bulan puasa haha...
INGAT tak dulu-dulu biskut dijual dalam tin macam inilah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan