Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM BAWA ANAK2 BERHIBUR DI KARNIVAL VIKIDS DI ALAMANDA


MUSIM
cuti persekolahan yang panjang sudah pun bermula tetapi pasti masih ada ibu bapa yang belum membuat sebarang perancangan untuk membawa keluarga bercuti apatah lagi masih sebuk dengan kerjaya masing-masing.


Dalam pada itu barangkali ada juga golongan B40 khususnya masih belum memikirkan destinasi percutian masing-masing disebabkan oleh kekangan kewangan atau masalah lain yang lebih perlu diutamakan daripada berbelanja wang ringgit untuk percutian yang hanya dinikmati seketika tetapi akibatnya mungkin akan menyusahkan kemudian jika tarikh dapat gaji lambat lagi ya tak?



Apa pun bagi anak-anak musim percutian inilah yang mereka nanti-nantikan dengan harapan ibu bapa boleh membawa mereka ke destinasi percutian yang indah.


Ibu bapa mana yang tidak mahu membahagiakan anak-anak ya tak... tetapi jangan khuatir jika masalah kewangan atau memohon cuti atau apa sahaja yang menjadi sebab musabah kenapa bercuti dengan keluarga tidak dapat ditunaikan apa kata membawa mereka ke pusat membeli-belah terdekat yang mempunyai suasana riang untuk anak-anak berhibur.


Ke mana ya? 


Apa kata berkunjung sahaja ke pusat memberli-belah di Alamanda Putrajaya yang kini sedang berlangsungnya Karnival VKids bermula 18 Februari lalu hingga 12 Mac depan.



Kenapa Kak Fas syorkan berkunjung ke situ kerana disamping membeli-belah keperluan anak-anak kembali ke sekolah yang rasanya boleh mencapai minima RM50 melalui mana-mana dua resit di kedai-kedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya, anda berpeluang mendaftarkan anak-anak menjadi ahli VIKids.


Sebagai ahli VIKids anak-anak layak menerima sekeping pas karnival yang boleh digunakan untuk meneroka kepelbagaian aktiviti yang mempunya tema yang berlainan di perkarangan ruang legar utama Alamanda di mana berlangsungnya Karnival VIKids berkenaan.



Pas Karnival itu  yang terhad untuk dua ahli ViKids untuk setiap keluarga juga  boleh ditebus setiap hari, selagi stok masih ada.


Setiap Pas Karnival akan di label setelah ahli VIKids melengkapkan aktiviti-aktiviti di karnival dan Pas Karnival tersebut perlu diserahkan kepada kaunter servis untuk mendapatkan peluang memenangi hadiah di “Wheel of Prizes”. 


Terdapat banyak hadiah yang sedia untuk dibawa pulang. Pengunjung kanak-kanak juga berpeluang untuk memenangi hadiah yang berbentuk set alat seni, mainan lembut dan Pas “Superkidz Day” juga gula-gula kapas



Melalui pembelian minima yang bernilai RM300 ke atas pula  dari mana-mana kedai terpilih, ibu bapa boleh membuat tebusan hadiah kejutan untuk anak-anak mereka. 


Tebusan adalah terhad untuk satu pembeli setiap hari, selagi stok masih ada. 

Karnival VIKids juga akan dimeriahkan dan disambut dengan keriangan berganda apabila persembahan yang menghiburkan akan dipertontonkan kepada para pengunjung pada hujung minggu. 


Para pengunjung kecil akan dihiburkan dengan persembahan akrobatik, pertunjukkan silap mata, selain dari aktiviti ukiran belon yang bakal di bentuk kepada pelbagai jenis objek dan haiwan. 



Alamanda yang sinonim sebagai Pusat Beli-Belah keluarga akan sentiasa mendukung kesejahteraan dalam kelompok komuniti. Pertubuhan Kelab VIKids membawa objektif untuk memberi ruang kepada anak kecil untuk menjalankan aktiviti sihat sambil menimba ilmu,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien.


Menurut Brien, karnival kali ini dilihat sebagai hari yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga memandangkan kehadiran musim cuti persekolahan. 


“Simbolik dengan suasana ini, saya yakin para pengunjung boleh menjadikan detik bersama keluarga di karnival ini  menjadi satu detik yang tidak akan dilupakan apatah lagi ekoran sekatan yang disebabkan oleh Covid-19 dahulu pihak kami terpaksa menamatkan tempoh karnival VIKids yang terakhir dijalankan pada 2020 yang lalu selepas 5 hari,” tambah Brien


Jadi apa tunggu lagi jika tiada perancangan percutian lain sebaiknya membawa anak-anak berhibur di Karnival VIKids ni kan?



Sekali lagi Kak Fas maklumkan, kanak-kanak yang belum mempunyai keahlian VIKids boleh membuat pendaftaran melalui perbelanjaan yang dilakukan dengan nilai serendah RM50 melalui mana-mana dua resit di kedai-kedai terpilih di Pusat Beli Belah Alamanda Putrajaya


Selain daripada menjadi satu medium khusus untuk menggalakkan aktiviti fizikal yang sihat dikalangan kanak-kanak, Kelab VIKids juga komited untuk meningkatkan tahap pencapaian ilmu pengetahuan disamping menjadi ruang untuk kanak-kanak menunjukkan bakat dan kreativiti masing-masing. 


Keahlian VIKids terbuka untuk kanak-kanak yang berusia 5 sehingga 12 tahun. 


Sebarang informasi terkini yang akan dijalankan di Pusat Beli-Belah Alamanda, hadiah alu aluan serta hadiah promosi hari jadi selain dari promosi eksklusif pusat beli belah akan diwartakan kepada setiap ahli yang berdaftar. 


Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kaunter pertanyaan di talian 03-8888 8882 atau layari laman sesawang www.alamanda.com.my atau KLIK SINI.



#KarnivalVIKids #AlamandaPutrajaya #SuperKidzDay #WheelOfPrizes #Mainan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan