Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM 'SMILE OF LOVE' DI AEON, PELUANG CUTI 3H2M DI KAPAL 'GENTING DREAM'



PEJAM celik, pejam celik, tak lama lagi  dah cuti akhir sesi persekolahan selama sebulan bermula 17 Februari ini sehingga 21 Mac depan.


Dan beberapa hari selepas itu pula, seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadan yang dijangka jatuh pada 23 Mac 2023.


Jadi hanya sebulan diperuntukkan untuk merancang percutian bagi ibu bapa yang ingin membawa keluarga makan angin sebelum sebuk pula mengatur persiapan kembali ke sekolah khususnya bagi anak-anak yang baharu memasuki Darjah 1.


Dalam pada itu pada tempoh inilah juga masanya bagi setiap keluarga merancang bajet agar seimbang dengan kehendak bercuti dan keperluan membeli-belah persiapan kembali ke sekolah ya tak?


Namuun apabila bercuti pun nak dan ‘shopping’ pun nak, yang paling gembira tentulah anak-anak kerana mereka membuatkan setiap yang bergelar ibu bapa itu tersenyum dengan penuh kasih sayang waima yang baharu berkahwin pada musim percutian ini pula akan senyum dengan penuh cinta jika mendapat peluang cuti berbulan madu kan?


Sehubungan itu, memang tepat sekali nama yang diberikan oleh rangkaian pasar  raya terkemuka  AEON CO. (M) BHD atau AEON pada kempen yang berjudul ‘Smile of Love - Win A Cruise Contest’ dengan kerjasama Resorts World Cruises.



Program menarik itu akan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi pelayaran 3H/2M di kapal pelayaran mewah, ‘Genting Dream’.


Wow! Senyum meleretlah lagi kan siapa pemenang bertuah tu kelak?


Kempen 'Smile of Love' bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan atas kesetiaan dan sokongan berterusan mereka dengan membeli-belah di AEON Malls. 


Ia adalah salah satu daripada banyak cara yang AEON berusaha untuk mencipta kegembiraan dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan pelanggannya.


Dan peraduan ini yang berlangsung dari 10 Februari hingga 7 Mei 2023, akan menyaksikan 8 pemenang bertuah  diumumkan setiap bulan sehingga 24 pemenang keseluruahnya terpilih.


Jadi sepanjang tempoh itu, bagi mereka yang tidak berpeluang bercuti kerana kekangan bajet membeli-belah persialan kembali ke sekolah yang perlu didahulukan tidak usah bimbang kerana masih ada peluang bercuti jika memenangi hadiah percutian di atas kapal persiaran mewah, ‘Genting Dream’.



Kak Fas percaya dalam perbelanjaan membeli-belah itu, anda tentu akan berbelanja lebih daripada RM38 apatah lagi harga barang-barang pun dah meningkat dan setekat minima RM38 yang diperlukan untuk layak masuk pertandingan kira ‘kacang’ lah.


Ya, ahli pemegang kad AEON yang berbelanja serendah RM38 manakala pelanggan bukan ahli membayar serendah RM58 layak menyertai pertandingan ‘Smile of Love’.


Satu majlis pelancaran kempennya telah pun berlangsung meriah disempurnakan  oleh Ong Hsieh Lien, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat dan Pemasaran Resorts World Cruises bersama Nikki Lee, Ketua Pemasaran Mall, AEON serta Koh Mei Leng, Pengurus Besar - Ketua Sistem Pembayaran AEON Credit Service, bertempat di AEON Alpha Angle di Wangsa Maju baru-baru ini,


Majlis yang turut diraikan bersama para wartawan, bloggers dan influencers tidak ketinggalan menyaksikan seorang pemenang bertuah di kalangan ahli media berjaya memenangi hadiah percutian berkenaan melalui nombor bertuah yang diselit di dalam sampul berbentuk hati diikat pada  pokok ‘smile of love’ rona merah jambu di mana masing-masing diberi peluang memilih sendiri.



Menariknya kali ini ia jatuh ke tangan rakan media Kak Fas yang tersenarai pada saat akhir setelah Kak Fas mengesyorkan namanya kepada Fairas dari AEON untuk dijemput jika masih ada ruang kekosongan.


Itulah namanya rezeki, dah tertulis milik Irawati Ismail daripada Inspirasi media online berjaya ‘memetik’ nombor bertuahnya setelah nombor bertuah pertama yang dipanggil tiada pemiliknya. Beliau memiliki nombor 'bertuah' 19 manakala Kak Fas memiliki nombor 16 ( terbalik je 6 dan jadi 9 hihi). Tahniah Ira!



Apa pun jika anda rasa bertuah tahun ini, jangan lupa setiap pembelian dari RM38 dan RM58 dengan jumlah sehingga dua gabungan resit dalam hari yang sama di semua outlet F&B, snek & pawagam, sebelah kaki anda sudah berada dalam senarai 8 orang bertuah setiap bulan sehingga 7 Mei depan.


Kerjasama antara AEON dan Resorts World Cruises ini sudah tentu tepat pada masanya bila mana tak lama lagi bermulanya cuti sekolah dan pembukaan sekolah pula menyaksikan ramai yang akan membeli-belah keperluan persekolahan.


Bagi yang berpeluang bercuti di atas kapal mewah Genting Dream pula,  ia kini akan berlepas dari Pelabuhan Klang setiap minggu, menawarkan siri pelayaran 2 dan 3 Malam ke destinasi popular, termasuk Pulau Pinang, Singapura dan tidak lama lagi Phuket.


Untuk info, ‘The Genting Dream - A Resort Cruising at Sea' menyediakan pelbagai tawaran menarik yang inklusif, seperti santapan percuma di tempat terpilih, menampilkan masakan antarabangsa dan Asia yang meluas, serta sudut snek kegemaran sepanjang hari. 



Sebagai kapal pesiar standard mesra Halal  OIC/SMIIC pertama di dunia, pengembara Muslim akan mendapat akses kepada makanan dan minuman Halal yang diperakui khusus di restoran The Lido, yang turut menyediakan menu vegetarian dan Jain.


Ruang solat juga disediakan di atas kapal untuk kemudahan tetamu Islam manakala tawaran inklusif lain yang menarik termasuk persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem di teater Zodiac berkapasiti 999 tempat duduk yang mengagumkan.


Bagi yang suka beriadah santai boleh relaks di dek taman air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ziplines, dinding panjat tebing malah banyak lagi aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga di sediakan di atas kapal beratapkan lelangit biru saujana mata memandang.



Nak tahu butiran lanjut mengenai program ini, boleh  layari Facebook AEON Mall di https://www.facebook.com/AEONMallMY/ atau KLIK SINI


Facebook: AEON Retail Malaysia | AEON MALL MY

• Instagram: AEON Retail Malaysia | aeonmallmalaysia

• Twitter: AEON Retail Malaysia

• LinkedIn: AEON Group Malaysia

• Website: www.aeongroupmalaysia.com


Jom cuti-cuti Malaysia!




#aeonmall #smileoflove #resortsworldcruises #jomcruiserwc #gentingdream #gdr


Tiada ulasan:

Catat Ulasan