Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

LEE ZII JIA TERUS JADI DUTA LG ELECTRONICS DEMI KESIHATAN HIDUP!


PEMAIN
badminton perseorangan negara yang telah menjadi pemain profesional, Lee Zii Jia, 24, meneruskan kesedaran cara hidup berkualiti tinggi dengan menjadi duta jenama pengeluar alatan rumah terkemula, LG Electronics Malaysia (LG).


Terdahulu, beliau merupakan duta LG PuriCare, sebuah unit perniagaan dalam LG Electronics Malaysia.


Terkini. sebagai duta mewakili imej jenama LG secara menyeluruh, pemain di ranking keempat dunia ini akan terus bekerjasama  memperluaskan program duta jenama yang merangkumi produk Hiburan Rumah dan Peralatan Rumah.


"Semuanya bermula dengan impian, dan saya sentiasa berusaha untuk mencapai gaya hidup sihat dan pintar di rumah. Saya yakin bahawa produk-produk LG memberi tumpuan kepada kesihatan, kebersihan dan kemudahan - yang merupakan tiga tonggak utama yang saya pegang erat,” ujar Zii Jia pada majlis pengumuumannya sebagai duta LG di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya  yang turut dihadiri Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia, Justin Choi baru-baru ini.



Turut hadir (gambar atas, dari kiri): Teo Yong Hung (Pengurus Pemasaran Am, LG Electronics Malaysia); Lucas Ha (Pengarah Produk Hiburan Rumah LG Electronics Malaysia); Kim Jihye (Pengarah Produk Perkakas Rumah dan Penyelesaian Udara LG Electronics Malaysia); Zii Jia; Justin Choi; Song You June (Ketua Pegawai Kewangan LG Electronics Malaysia), Hojin Jung (Pengarah Produk Perniagaan PuriCare™) dan Douglas Chung selaku Pengurus Besar Jualan LG Electronics Malaysia.


Zii Jia mengucapkan terima kasih dapat bekerjasama dengan LG dalam memimpin gaya hidup yang diidamkannya malah yakin ia juga akan memberikan manfaat kepada hidup profesionalnya.


LG berhasrat berkolaborasi bersama Lee Zii Jia untuk meningkatkan kesedaran cara hidup berkualiti tinggi dengan slogan "Live Smarter, Go Higher", dan bantuan produk inovatif jenama LG seperti Hiburan Rumah, Peralatan Rumah, LG PuriCare™, dan lain-lain.



Sementara itu, Justin Choi melahirkan rasa bangganya juga atas kesudian Zii Jia untuk terus berada di dalam keluarga LG sebagai Duta Jenama LG yang baharu.


“Semangat, kecekalan dan komitmen beliau mengejar impian dan mengamalkan gaya hidup sihat adalah representasi yang mengagumkan bagi jenama kami. Kami yakin bahawa Zii Jia akan membuka pintu dan memacu rakyat Malaysia untuk hidup lebih pintar dan baik melalui teknologi dan produk terkini kami," kata Justin Choi.


Sambungnya, kepentingan keperluan pengguna selalu menjadi keutamaan LG dan diharap melalui kerjasama ini, produk LG dapat menyumbang pada peningkatan gaya hidup pengguna.


“Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam industri, LG Electronics Malaysia sentiasa mencari langkah seterusnya untuk memberikan nilai tambah dan kecekapan kepada kehidupan pengguna melalui produk berteknologi terkini. 


“Lee Zii Jia sebagai sebahagian daripada keluarga besar LG merupakan asas kepada nilai-nilai jenama tersebut. Sebagai duta, Lee Zii Jia akan mempromosikan pelbagai produk LG yang bukan sahaja sesuai untuk gaya hidupnya, tetapi juga gaya hidup sihat dan bersih kepada pengguna secara menyeluruh,” tambah Choi.



Untuk rekod, Lee Zii Jia telah memenangi pingat emas dalam acara tunggal lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019 dan gelaran BWF Super 1000 pertama di Terbuka Seluruh England 2021. 


Beliau juga merupakan juara tunggal lelaki Asia, selepas memenangi kejuaraan Badminton Asia pada tahun 2022.


Kak Fas: Pada majlis sama, Lee Zii Jia turut mendandatangani baju t kepada tiga pemenang bertuah yang hadir dan Kak Fas antara yang memperoleh kemenangan itu sekali gus dapat bergambar bersama beliau dengan baju t rona merah yang ditandatanganinya yang bertulis 'To Fariza.....



#LeeZiiJia #LGElectronicsMalaysia #Badminton #LGXZJ #LiveSmarterGoHigher




Tiada ulasan:

Catat Ulasan