PGDM SASAR KUTIPAN RM100K PADA MALAM ANUGERAH DIGITAL 18 MAC
LAZIMNYA kata pepatah, di sebalik kejayaan suami ada isteri di belakang atau pun di belakang suami yang sukses ada isteri yang hebat.
Begitu tepat sekali jika kata-kata itu ditujukan kepada pasangan suami isteri, Dato Seri Jamal Hussin dan Datin Seri Harnie Mohamed yang kini berganding bahu menggerakkan pertubuhan bukan Kerajaan iaitu Pertubuhan Generasi Digital Malaysia atau ringkasnya PGDM yang lulus penubuhannya pada 2018.
Melalui NGO itu, Pengerusinya Harnie Mohamed manakala Jamal bertindak selaku Penasihat PGDM namun di luar posisi itu tugas hakiki suaminya, beliau seorang Pengarah merangkap wakil Asia Tenggara dan Rantau Asia Pasifik bagi firma RSB Inveestment yang berpangkalan di Cyprus, Turki.
Bersama isteri, Jamal juga adalah wakil Malaysia dalam Gabungan Perusahaan Ekspor Indonesia (GPEI) di Jakarta sementara Harnie mewakili Singapura.
Tidak kenal erti penat lelah, selepas lebih kurang 2 tahun terbantut segala perancangan untuk PGDM, kini Jamal dan Harnie bangkit kembali demi meneruskan kerja-kerja amal dan kebajikan kepada institusi anak-anak yatim, pusat-pusat Tahfiz dan golongan-golongan artis dan seni veteran yang tidak bernasib baik.
Selaras dengan objektif PGDM ‘Ke Arah Masyarakat Celik Digital dan Pengembangan Digital Ekonomi Sedunia’, di mana terdahulu beberapa program kemasyarakatan seperti bantuan percuma mengikut kemampuan PGDM secara berkala, tajaan, latihan dan didikan pada badan-badan kebajikan yang dipilih telah dibuat oleh PGDM di Malaysia juga di Indonesia.
Dan tahun ini, PGDM membuka tirai 2023 dengan perancangan beberapa program berbentuk ekonomi digital dan penganjuran event di Indonesia, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Turki dan negara-negara lain secara berfasa.
Langkah awal akan dimulakan dengan acara “PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022” berbentuk Penganugerahan Tahunan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam business.
Mengumumkan demikian dalam satu majlis pelancarannya baru-baru ini, terdapat 20 entiti yang akan menerima anugerah Popular Digital, 6 entiti menerima anugerah pengiktirafan, 2 anugerah khas dan 5 anugerah pengiktirafan Rakan Strategik PGDM.
Dijangka berlangsung pada 18 Mac 2023 bertempat di Dewan Banquet Utama, Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, bermula jam 8 malam sehingga 11.30 malam dengan kapasiti 700 tetamu dari dalam dan luar negara. PGDM juga dijangka akan menerima kehadiran tetamu kehormat di kalangan Duta-Duta asing ke Malaysia dan orang-orang kenamaan yang lain.
Tertakluk kepada perubahan penilaian dan pemilihan anugerah, kategori anugerah yang bakal diperkenalkan buat julung kalinya meliputi seperti di bawah:
- Popular Digital Awards for Service for QSR Outlets
- Popular Digital Awards for Service for Food Serving Restaurant
- Popular Digital Awards for Telecommunication Company
- Popular Digital Awards for Petroleum Service Based Company
- Popular Digital Awards for Popular Food Delivery Service Company
- Popular Digital awards for Product Delivery Service Company
- Popular Digital Awards for Innovative Product Network Marketing Company
- Popular Digital Awards for Women Empowerment Company
- Popular Digital Awards for Application Usage Company
- Popular Digital Awards for Transportation Service Company
- Popular Digital Awards for Corporate Wellness Company
- Popular Digital Awards for Excellence Leadership Development Company
- Popular Digital Awards for Young Entrepreneur for Talent Of The Year
- Popular Digital Awards for Excellence in Radio Television Broadcast
- Popular Digital Awards for Achievements in TV Programs
- Popular Digital Awards for Beauty Product
- Popular Digital Awards for Health and Supplement Products
- Popular Digital Awards for Food Based Products
- Popular Digital Awards for Soft Drinks Based Products
- Popular Digital Awards for Computer Related Products
- Popular Digital Awards for Electrical Goods Product
- Popular Digital Awards for Drinking Water Product
- Popular Digital Awards for Hotels and Accomodation
- Popular Digital Awards for Recreation and Clubs
- Popular Digital Awards for Women Clothing and Fashion
- Popular Digital Awards for Construction Industries
- Popular Digital Awards for Insurance Industries
- Popular Digital Awards for Inbound and Outbound Tourism Industries
- Popular Digital Awards for Auto Motor Vehicle Company
Berkongsi lanjut Harnie memberitahu calon-calon yang layak terpilih merupakan mereka yang menyumbang dana serendah RM12,000 atau lebih bergantung kepada kehendak masing-masing dan pemenang akan dinilai oleh panel hakim di kalangan ahli-ahli pakar.
“Dengan lebih kurang 50 ahli aktif kami berharap mendapat sokongan dari semua pihak untuk menjayakan majlis “PGDM Annual Digital Award” agar ia dapat dijadikan acara tahunan yang popular di dalam dan luar negara,” sambung Jamal sambil mensasarkan kutipan dana mampu mencapai RM100,000.
Menurut Jamal setiap ahli yang berdaftar akan dibantu dari segi mendapatkan peluang pasaran dan pengiktirafan global terhadap perusahaan mereka.
“Apabila komunikasi lebih pantas secara digital, segala pengurusan dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat sekali gus membantu kehendak ahli dengan lebih sistematik, licin dan teratur,’ akhiri Jamal yang mempunyai hubungan baik antara negara gabungan perusahaan eksport.
Sementara itu, dalam usaha ke arah itu PGDM telah memeterai beberapa Memorandum Persefahaman rakan-rakan strategik dengan:
- KOMITE PENGUSAHA MIKRO KECIL MENENGAH INDONESIA (KOPITU) www.kopitu.co.id
- GABUNGAN PERUSAHAAN EKSPOR INDONESIA (GPEI) DKI JAKARTA www.gpeidpjateng.co.id
- UNITED NATION WORLD PEACE ASSOCIATION (UNWPA) https://en.unwpa.org>malaysia
- SWA TV BROAD CASTING & DIGITAL MEDIA (MALAYSIA) www.swatv.my
- PERSATUAN PENGUSAHA-PENGUSAHA AURA MANJUNG PERAK- MALAYSIA https://www.facebook.com/aura.manjung?mibextid=LQQJ4d
BERSAMA Bloggers dan media. |
Dalam pada itu, dalam waktu yang sama bagi anugerah tahun 2022, PGDM bercadang memberi pengiktirafan kepada badan-badan kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran Kajang, Pejabat Daerah Pentadbiran Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Di Raja Malaysia, SYABAS, Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor dan Anugerah Khas kepada RTM dan TV3 yang telah memberi khidmat cemerlang kepada masyarakat am dan setempat.
#PGDM #PGDMAnnualDinnerAward2022 #Bisnes #Indonesia #Turki #GPEI #Amal
Tiada ulasan:
Catat Ulasan