MKWM-PGDM RANGKA PROGRAM AMAL SEPANJANG 2 TAHUN
Sebagai salah satu cabang NGO Pertubuhan Generasi Digital Malaysia (PGDM) yang dipimpin oleh Pengerusinya, Datin Seri Harnie Mohamed MKWN akan memulakan langkah awal dengan bekerjasama dengan Persatuan Seni Warisan Digital Malaysia yang juga dikenali sebagai SWA TV untuk menganjurkan acara 'Pesta Citarasa Sambal' (Taste of Sambal Fiesta) di Jakarta pada 17, 18, dan 19 Ogos 2023.
PESTA Citarasa Sambal akan diadakan mulai 10 Mac di Malaysia dan 17 Ogos di Indonesia. FOTO Kredit: Gempak.com. |
Untuk acara ‘Taste of Sambal Fiesta’ di Malaysia ia bakal di adakan pada 10, 11 dan 12 Mac 2023.
“Selain itu, PMKWN juga sedang merancang untuk mengadakan program ‘High Tea’ untuk usahawan-usahawan Indonesia di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun ini dan program ‘Minum Petang’ untuk usahawan-usahawan Bangladesh di Malaysia bersama usahawan-usahawan tempatan pada tahun hadapan.” ujar Datin Seri Harnie selepas menghadiri mesyuarat peringkat pusat Majlis Tertinggi PMKWM & PGDM di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.
DARI kiri: Dr. Sukunthan, Ariff Fadzila, Jamal Hussain, Hj Ireland dan Harnie Mohamed. FOTO Kredit: Juliana.
Pelancaran MKWM dan mesyuarat yang dirasmikan oleh Pengasas PGDM, Dato Seri Jamal Hussain turut dihadiri Presiden MKWM yang dilantik, Dato Sri Hj. Ireland Mohar Abd. Rahman; Dato Seri Dr. Sri Sukunthan sebagai Timbalan Presiden yang di lantik dan Dato Sri Ariff Fadzila Sabri selaku Naib Presiden yang dilantik.
Majlis juga menyaksikan ketiga-tiga tunggak utama PMKWM tersebut diserahkan surat pelantikan masing-masing oleh Pengerusinya.
PENYERAHAN surat pelantikan kepada Dr. Sukunthan dan Ariff Fadzila oleh Pengerusi PGDM sambil disaksikan oleh Jamal (kanan).
“MKWN sedang merangka beberapa program yang di rasakan dapat menyemarakkan semangat silatulrahim dan peluang perniagaan berdaya maju Nusantara yang berbentuk penerokaan peluang-peluang pemasaran produk ahli-ahli rangkaian ‘Strategik Partner’ seperti pameran hasil usaha produk-pruduk pertanian dan karang kraf yang dirancangkan mahu dianjurkan di Malaysia dan Indonesia sekitar suku ketiga tahun hadapan dan di Indonesia pada hujung tahun 2025 dengan penyertaan pempamer dari Indonesia, Brunei, Singapura, Bangladesh, Sri Lanka dan Pakistan,” ujar Harnie berhubung perancangan jangka panjang MKWM.
Menurut beliau, mesyuarat turut memutuskan PMKWM akan merancang program-program lain yang berbentuk seminar, penganjuran lawatan-lawatan ke negara asing yang bakal dipilih untuk tujuan ‘Business Matching’, keahlian di dalam platform E-Commerce yang bakal di sediakan bersama PGDM dan penyiaran media tempatan, di sesawang rasmi PMKWN dan sekutu secara berkala di dalam waktu yang terdekat kehadapan nya.
Semua perancangan aktiviti-aktiviti dan program-program MKWN ini akan di sokong oleh beberapa rakan strategik dengan termeterainya beberapa Memorandum Persefahaman ‘rakan-rakan strategik’ berkaitan seperti dibawah:
- KOMITE PENGUSAHA MIKRO KECIL MENENGAH INDONESIA (KOPITU)
- GABUNGAN PERUSAHAAN EKSPOR INDONESIA (GPEI) DKI JAKARTAUNITED NATION WORLD PEACE ASSOCIATION (UNWPA)
- PERSATUAN JALINAN PERDAGANGAN CYPRUS UTARA BERSAMA RSB INVESTMENT LTD CYPRUS
- PERSATUAN JALINAN PENGUSAHA PERTENGAHAN LUAR BANDAR BANGLADESH
- SWA TV BROAD CASTING & DIGITAL MEDIA (MALAYSIA)
- PERSATUAN PENGUSAHA-PENGUSAHA AURA MANJUNG PERAK- MALAYSIA.
- MAGAYA EMPIRE TRADING HOUSE
Dalam pada itu, pada masa terdekat ini, MKWN sedang membantu PGDM mengadakan acara “PGDM ANNUAL DIGITAL AWARD 2022” berbentuk Penganugerahan Tahunan kepada syarikat-syarikat di dalam dan di luar negara yang sedang membina profil mereka dalam business pada 18hb March 2023 bertempat di Tenera Hotel Bangi.
“Anugerah pengiktirafan juga akan diberi kepada badan-badan kerajaan tempatan dan badan-badan penyiaran yang telah memberi khidmat yang cemerlang kepada masyarakat am dan setempat,” ujar Harnie.
Sehubungan itu, MKWN berharap mendapat sokongan dari semua pihak untuk mencapai objektif, visi, misi dan matlamat yang sesuai dengan aspirasi Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Madani.
Untuk rekod, terdahulu, beberapa program kemasyarakatan seperti bantuan percuma mengikut kemampuan secara berkala dan acara pengumpulan dana kebajikan (fund raising event) telah di lakukan bersama PGDM di Malaysia.
Artikel berkaitan boleh KLIK DI SINI.
#PMKWM #PGDM #PestaCitarasaSambal #MalamAnugerahDigitalPGDM #Madani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan