RASAI LEBIH 100 JENIS SAMBAL DI PESTA SAMBAL MALAYSIA 10 MAC
‘AYAM bermacam ayam, ada ayam kampung, ayam hutan, ayam siam, ayam turki, ayam belanda, macam-macam perihal ayam…’ begitu antara lirik lagu berjudul “Ayam” nyanyian Jalil Hamid.
Itu kisah ayam…dan mungkinkah selepas ini ada pula mana-mana penyanyi atau komposer yang boleh mencipta sebuah lagu berjudul ‘CILI’ ?
Begitulah jauh terbangnya pemikiran dan pandangan Kak Fas apabila hadir ke majlis sidang media Pesta Citarasa Sambal (TOSFE) yang berlangsung di Gateway Mall, Bangsar South baru-baru ini.
Khabarnya pada fiesta yang akan berlangsung pada 10 Mac depan selama tiga hari sehingga 12 Mac depan, pengunjung akan diperkenalkan kepada lebih 100 jenis sambal daripada seluruh pelusok dunia.
Haa… jangan ingat kita ada sambal belacan, sambal tomato, dan sambal tempoyak je tau tetapi ada pelbagai jenis sambal termasuk yang ‘jarang-jarang’ kita dengar (meminjam dialog Seniman Agung P. Ramlee jap haha) seperti antaranya Sambal Taun, Sambal Biji Getah dan banyak lagilah sebenarnya.
“Kami akan memperkenalkan lebih kurang 100 jenis sambal yang ramai tidak tahu atau rasanya sebelum ini, termasuk memperkenalkan sambal dari Pavillion Negara Asia seperti Indonesia, Korea, Vietnam, Pakistan juga Thailand,” ujar Pengerusi Persatuan Seni Warisan Artistik Digital (PSWAD), Azmi Jaffry selaku penganjur bersama KL Gateway Mall pada majlis memperkenalkan logo TOSFE berbentuk cili baru-baru ini.
Menurut Azmi, usahawan-usahawan terlibat dalam TOSFE termasuk golongan selebriti seperti penyanyi Ayu Damit, Sharifah Shahirah serta ahli-ahli daripada persatuan SENIMAN.
“Malaysia sangat terkenal dan kaya dengan kepelbagaian makanan dan antara yang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia adalah “sambal”. Sambal belacan misalnya wajib menjadi “Hero Menu” yang wajib di setiap hidangan samada di rumah atau restoren. Tak sah dan berselera sesuatu hidangan tanpa sambal kata orang,” tambah Azmi.
Jika di lihat sambal belacan sahaja mempunyai pelbagai jenis dan rasa antaranya Sambal belacan tempoyak, Sambal Belacan Kuinin, Sambal Cermai, Sambal ikan Bilis Petai dan macam macam lagi.
Jelas Azmi, TOSFE juga adalah salah satu platform mempromosikan sambal sebagai satu tarikan produk pelancongan makanan dan juga sebagai platform memperkenalkan sambal sambal Malaysia (terutama sambal sambal eksotik) yang jarang dijumpai masyarakat terutamanya golongan muda supaya ia tidak ditelan zaman .
“Sambal yang di iktiraf sebagai Sambal Warisan oleh Jawatan Warisan Negara bakal menjadi teraju utama TOSFE. Sambal tersebut adalah Sambal Tumis, Sambal Tempoyak Daun Kayu, Sambal Rong, Sambal Biji Getah, Sambal Hitam Ikan Bilis dan juga Sambal Taun,” ujar Azmi sambil memberitahu antara tarikan utama aktiviti adalah demo masakan Sambal Warisan oleh Chef Selebriti, pertandingan makan sambal, pertandingan fesyen tradisional, cabutan bertuah, Award Menu Inovasi Sambal, Pertandingan Sambal Tik Tok serta persembahan artis dan busking antaranya oleh penyanyi Rozita Rohazad.
Selain itu, TOSFE juga turut mengadakan bengkel-bengkel memperkasa usahawan sambal PKS seperti “Seminar penjenamaan dan media’, Bengkel Digital Media serta sesi perkongsian bersama Icon Sambal, peluang jaringan perniagaan di dalam dan luar negara dan lain lain lagi.
Rakan rakan strategik lain yang bakal bersama-sama menjayakan TOSFE meliputi Sambal Mak Jenny, Product Ayu Damit, Seniman, PGDM, Chicken Royale, My Pentas, Benang Emas Bridal House , Sambal Mak Esah – Shahrifah Shahirah dan Wan Det sebagai penaja Streaming.
Jadi jika anda seorang pencinta sambal jom ke TOSFE yang akan berlansung di Gateway Mall pada bulan Mac nanti.
Kak Fas: Tertarik dengan produk Mak Jenny, dah rasa dah sambal petai hijaunya, pedas tetapi sedap dan satu hidangan pembuka selera yang harus ada di setiap meja hidangan. Cuma nama Sambal Taun tu macam kurang sesuai takut pula nak rasa nanti haha....apa kata tukar namanya ke Sambal Malaysia...
#TOSFE #PestaSambalMalaysia #KLGatewayMall #AyuDamit #Seniman #Produk
Tiada ulasan:
Catat Ulasan