SAKSIKAN SELEBRITI & CEF PRO BERSAING DALAM 'STAR VS FOOD MALAYSIA' MULAI 19 FEB
ESOK 19 Febriuari, pelanggan Astro boleh menantikan tayangan Star Vs Food Malaysia 2, program realiti masakan yang memenangi anugerah, menerusi penerbitan bersama Astro dan Warner Bros. Discovery, menerusi PRIMEtime (Saluran 704) dan Astro GO.
Musim pertama a Star Vs Food Malaysia merupakan pemenang anugerah ‘Grand Final’ untuk kategori ‘Best Adaptation of an Existing Format’ di Asian Academy Creative Awards (AACA).
Program realiti masakan ini adalah berdasarkan format asal Warner Bros. Discovery, ‘Star Vs Food’, yang menyaksikan kejayaannya di India.
Dalam musim pertama Star Vs Food Malaysia, peminat menikmati konsep program masakan unik di mana selebriti meneroka dan mempelajari resipi daripada cef dengan cara yang mudah dan menarik termasuk satu daripada episod yang paling banyak ditonton, di mana Cef Fazley Yaakob membawa kehangatan memasak bersama pelakon Hisham Hamid dengan penyediaan hidangan lazat Malaysia iaitu Daging Salai Lemak Masak Cili Api, Sambal Hijau dan Jagung Bakar Macaron.
“Berikutan kejayaan musim pertama, kami teruja untuk mempersembahkan musim baharu Star Vs Food Malaysia dengan pendekatan terkini. Penonton boleh menjangka untuk melihat lebih banyak huru-hara dan keseronokan daripada barisan cef dan selebriti ternama di dapur.
"Sebagai tambahan, kami berbesar hati untuk terus bekerjasama menerbitkan kandungan bersama Warner Bros. Discovery, di samping mengembangkan senarai format kandungan tempatan kepada penonton di Malaysia,” ujar Sharmin Parameswaran, Naib Presiden, Perniagaan Antarabangsa, Astro.
Menurut beliau, Star Vs Food Malaysia 2 akan menampilkan lebih ramai gandingan selebriti ternama Malaysia dan cef-cef profesional seperti Nabil Ahmad dan Cef Fikree Aznan; Prof. Dato’ Cef Zam dan Ning Baizura; Cef Raymond Tham dan Amelia Henderson; Altimet dan Cef Thevi; Awal Ashaari, Scha Alyahya dan Anis Nabila; Cef Nik Michael dan Dato’ Jovian Mandagie; serta Cef Edwin Chan dan Diana Danielle, yang akan melapisi 7 episod.
Gandingan ini ada menyediakan pelbagai hidangan baharu dalam setiap episod termasuk makanan Arab, Fusion, Itali, Barat, Hi-Tea, Surf dan Turf serta banyak lagi, sambil mengembara merentasi bandar-bandar di seluruh negara.
Tayangan perdana episod-episod baharu Star Vs Food Malaysia 2, pada 12 tengah hari, setiap Ahad di PRIMEtime (Saluran 704) dengan siaran ulangan pada hari yang sama, jam 7.30 malam.
Para pelanggan juga boleh strim Star Vs Food Malaysia 2 di On Demand dan Astro GO.
Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my atau KLIK DI SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan