Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBUKA PUASA ALA DALAM TAMAN DI IDAHLIA SAMBIL MENIKMATI MASAKAN KAMPUNG DI TENGAH KOTA


SEJUJURNYA ini pertama kali Kak Fas menerima undangan untuk bersama menikmati sajian prebiu bufet Ramadan  di iDahlia Corner yang dilayangkan teman blogger Misz Ella.


Tidak sukar mencari lokasi terletaknya restoran berkonsepkan dalam taman ini waima ia berada di kawasan segi tiga emas atau ‘golden triangle’. berdekatan dengan pusat membeli-belah ternama, Suria KLCC mahu pun Pavilion KL.


Dan apabila jemputan pula pada waktu senja pasti lebih mudah mencari letaknya iDahlia di mana sebaik sahaja menyusuri Persiaran Stonor, lampu neon restoran yang mampu memuatkan 200 kapasiti ini sudah menggamit mata anda.


Cuma mencari tempat pakir agak sukar jika ramai yang parkir di tepi jalan tetapi nasib baiklah nampak sebuah ruang tanah kosong pada sebelah kiri restoran di mana terdapatnya beberapa kereta yang sudah tersedia parkir di dalamnya.


Ingat kut memang itulah kawasan parkir berbayar tetapi seperti tidak ada orang menjaganya dan kawasan itu seolah terbiar. Jadi Kak Fas mengambil risiko parkir di situ dan bersyukur tiada apa apa yang terjadi setelah lebih kurang dua jam kereta terletak di situ.



Melangkah masuk ke ruang terbuka di sebelah  kiri iDahlia  mata pasti akan tertumpu pada dapur ikan bakar 'live' yang terletak di sudut berhampiran. Aroma bauan ikan bakar pelbagai jenis  termasuk ikan pari pasti menjadi pembuka selera pada lain-lain lauk pauk yang disediakan.


“Ada lebih kurang 60 jenis masakan di sini dan signature dish kami adalah Sup Tulang Meletop,’ ujar pemilik iDahlia, Dahliati Aliruddin ketika ditemui pada majlis prebiu bufet Ramadan bersama media dan bloggers baru-baru ini.



Khabarnya, Sup Tulang Meletop merupakan menu istimewa yang menjadikan iDahlia terkenal  di awal perniagaannya dan mampu bertahan sebagai satu-satunya pemilik bumiputra yang berniaga di kawasan segi tiga emas itu.


Menurut Dahliati, restoran iDahlia mula bertapak di Persiaran Stonor sejak tuhuh tahun yang lalu secara kecil-kecilan dan mampu terus bertahan sehingga kini waima ia satu-satunya restoren ala dalam taman yang menyediakan menu masakan kampung.


Memang betul, melihat pada lauk pauk yang disediakan ia seperti masakan air tangan ibu atau isteri di rumah. 


Selain sup tulang meletop, antara  yang menanti pengunjung dan sentiasa mendapat permintaan ramai meliputi gulai kawah, ayam percik,  sambal jering, siput sedut, masak lemak cili api, asam pedas, rendang minang, nasi ayam I’dahlia, nasi lemak daun pisang dan bermacam lagi hidangan kampung yang enak.


Seperti biasa Kak Fas akan dahulukan mana yang menjadi lauk pauk kegemaran iaitu masakan Tempoyak Ikan Patin disusuli Ayam Percik, Daging Rendang, Sambal Sotong, Sayur Campur dan dimakan dengan nasi lemak tersedia.


Tetapi disebabkan oleh banyak sangat kenalah ambil sikit sikit untuk merasainya agar tidak kembong perut dan dapat rasa masakan lain.


Bagi Kak Fas, tempoyak ikan patin tu ok cuma perlu tambah lebih tempoyaknya agar lebih terasa supaya kuahnya sedikit pekat dan  tidak terlalu cair tetapi keseluruhannya makanan memang menyelerakan khususnya mereka yang tahan pedas sebab boleh dikatakan hampir kesemua masakan yang Kak Fas rasa ada terasa pedasnya apatah lagi lidah Kak Fas ini bukan jenis makan pedas haha…



Apa pun, memandangkan perut pun dah kenyang Kak Fas tidak dapatlah merasai kesemua lauk pauk yang disediakan kerana kena juga simpan untuk menikmati pula apa hidangan pemanisnya apatah lagi Kak Fas memang penggemar ‘kuih muih’ terutama sebagai makanan pembuka puasa selain kurma dan minuman.


Bab ini mata Kak Fas dah tentu tertumpu pada talam bakul bulat yang adanya kuih seri muka dan beberapa lagi kuih muih Melayu termasuk bubur pulut hitam dan bubur kacang


Ini memang antara kuih muih favourite Kak Fas.. kena cuba walau pun perut dah sengkak haha…



Emmm… seri mukanya memang sedap dan lembut seperti yang Kak Fas suka terutama apabila lapisan sekaya hijaunya di atas tidak keras tetapi lembut cuma perlu dipotong habis agar mudah mencedoknya. 


Bila lembut begini tidak boleh guna pengepit untuk mengambil seri muka memandangkan ia tidak dipotong persegi habis. Lebih mudah menggunakan sudu atau pun penyodok kek yang nipis tu untuk mengambilnya.


Kak Fas lihat ada lebih kurang 10 jenis pemans mulut disediakan termasuk goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi goreng dan bermacam-macam lagi. 


Keseluruhannya, tidak menghampakan  di mana selain itu pengunjung boleh memilih untuk mencuba ‘add-on’ (ala-carte) jus alpukat, jus Romantika Dahlia dan fruit cocktail.



Dan tahun ini buat kali kedua sempena bulan Ramadan, bermula dari 25 Mac 2023 hingga 22 April 2023 dari jam 6.30 petang hingga 10 malam, iDahlia menawarkan bufet Ramadan pada harga mampu iaitu RM69 (Dewasa), RM39 (Warga Emas) dan RM39 (Kanak-kanak 6-12 tahun).


Dan untuk tempahan yang dibuat awal (early bird) bemula daripada 6 Mac hingga 18 Mac anda berpeluang mendapat diskaun sebanyak 10 peratus daripada harga asal.


ADA ruang karaoke dan bilik khas berkaca untuk tempahan bagi 20-40 orang.


IDahlia turut menyediakan surau untuk solat malah ada juga ruang khas berkaca untuk sebarang majlis melibatkan tempahan bagi kira-kira 20 hingga 40 orang pengunjung sekali gus.


“Selain itu, bahagian luar mampu memuatkan 60 orang manakala ruang dalaman boleh menampung kira-kira 100 orang keseluruhannya,” jelas Dahliati.


Sebarang maklumat lanjut dan tempahan boleh menghubungi talian 0179913907 atau 0123526397.



#iDahliaCorner #BufetRamadan2023  #MakananKampung #PersiaranStonor #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan