Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'BUKALAH HATI' TEMA ASTRO SAMBUT BULAN RAMADAN. NADHIR & QASRINA DILANTIK SEBAGAI DUTA

'BUKALAH HATI', begitu tema pilihan syarikat penyiar dan penstriman utama negara, ASTRO bagi  menyambut ketibaan bulan Ramadan.


Menyediakan  pelbagai sajian hiburan merangkumi variasi genre termasuk Islamik, ilmiah serta pengisian kandungan hiburan yang bakal memenuhi keperluan para pelanggan Astro dalam menunaikan ibadah puasa bersama keluarga dan sahabat handai.


Tema mengangkat elemen kerohanian yang menyeru umat Islam untuk kekal tabah tatkala menghadapi dugaan dan cabaran dengan membuka hati dalam mencari erti keredaan ketika menjalani ibadah puasa. 


Dengan keterbukaan hati, nescaya apa jua dugaan mendatang akan menemui penyelesaian yang pasti. 



Sehubungan itu juga, kempen kali ini melantik pelakon berbakat hebat serta berkaliber, Nadhir Nasar sebagai duta kempen korporat Ramadan Raya Astro buat kali kedua bergandingan dengan pelakon yang kian mengukir namanya di persada lakonan tempatan, Qasrina Karim.


“Bukalah hati, InsyaAllah keindahan pasti menanti. Begitulah tema kempen Ramadan Astro kali ini. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam kini tiba, dan ramai di antara kita ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT meniti hari-hari mulia ini, sudah pastinya banyak dugaan serta cabaran mendatang. Oleh itu, keterbukaan hati merupakan aspek yang penting untuk kita menerima serta mengharungi dugaan-dugaan menanti," ujar Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu ASTRO, Azlin Reza Azmi (gambar bawah) pada majlis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur baru-baru ini.


DARI kiri : Nadirah Karim, Pengurus Saluran Astro Oasis; Radin Ghazali, Penolong Naib Presiden, Komunikasi, Astro; Rasidah Khasim, Pengurus Rangkaian Kandungan, Astro Radio; Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima dan Syazwan Zakariah, Ketua Kandungan Studio, Astro.


Menurut beliau, masa bersama keluarga turut menjadi nadi utama  tatkala menunaikan ibadah pada bulan Ramadan. 


Oleh itu tambah Azlin,  Astro bakal menyajikan pelbagai rancangan Islamik yang dinamik dan pastinya akan membawa pelbagai manfaat kepada semua. 


"Tidak kiralah yang tua ataupun muda, pastinya seisi keluarga akan terhibur sambil mendalami erti bulan yang mulia ini," kata Azlin.


    ANTARA pelakon 'Salam Famili, (dari kiri) Aiman Wynne, Amar Baharin dan Nadiya Nissa.


Antara sajian kerohanian yang ditampilkan meliputi program seperti Geng Ngaji Musim 4, Bidadari Syurga, Rockstar Ke Masjid Musim 2, Tahu Ke Tidok: Celik Agama, Jejak Adam 2023 serta Salam Famili yang membawa pengisian mendalam melalui pengertian penghijrahan berdasarkan kisah benar mahupun fiksyen. 


Hiburan drama dan variasi yang disajikan pula akan membawa titipan yang bermakna dalam merungkai kisah-kisah yang menjadi refleksi komuniti kita. 


Banyak pengajaran kehidupan yang dapat diperoleh menerusi kandungan-kandungan di platform Astro termasuk drama Andai Itu Takdirnya, Liar serta Isteri Halal yang pasti mendapat tempat di hati para peminat. 


Barisan pelakon Andainya Itu Takdir, Hannah Delisha (dua dari kiri) bersama Uqasha dan Isyariana (tengah).

  QASRINA dan Yasmin Hani antara pelakon 'Imam Instant Ustazah Scammer' yang hadir.


Manakala drama rantaian Ramadan istimewa, Imam Instant Ustazah Scammer turut membawa realiti ‘viral’ di kalangan komuniti maya kini. 


"Kisah-kisah ini diharapkan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran berguna dalam kita mengharungi perjalanan duniawi, sambil mengecapi kemanisan ukhrawi," sambung Azlin. 


Selain itu, istimewa Ramadan ini juga, ASTRO membawakan format ‘game show’ antarabangsa paling popular yang diadaptasi, Family Feud Malaysia. 


Dalam pada itu, sebuah rancangan yang membabitkan otai-otai lama bercuti ke Jepun, 'Travelawak: Projek Bapak-Bapak' antara yang akan mencuit hati penonton.


Ia sebuah program realiti yang memaparkan gelagat dan telatah empat selebriti veteran tanah air iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan, Jatt Black Dog Bone serta Roy Azman yang mengembara ke Jepun dan menyahut cabaran-cabaran yang mencuit hati dan ‘luar biasa’ serta cuba membuktikan bahawa ‘Otai’ can have fun too'.


BARISAN pelakon 'otai' dtemuramah  oleh pengacara majlis, Anas Tahir dan Munabella.

#ASTRO #BukalahHati #ProgramRamadanAstro2023 #Travelawak #NadhirQasrina







Tiada ulasan:

Catat Ulasan