CADBURY DAIRY MILIK, MYDIN CIPTA SEJARAH MASAK KUIH TART COKLAT TERBANYAK UNTUK KEBAJIKAN
CADBURY Dairy Milk antara jenama cokelat kegemaran Kak Fas.
Sehubungan itu sebaik mendapat undangan bagi bersama menyertai kempen amal ‘Kuih Raya Dari Hati’ untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan sekali gus mencatat nama dalam The Malaysia Book of Records’ siapa tidak mahu kan?
Anjuran Cadbury Dairy Milk, jenama di bawah syarikat Mondelez International (Malaysia) dan MYDIN, kempen bertujuan menyatukan keluarga di Malaysia apabila rakyatnya dapat bersama berganding bahu membuat 25,000 ’Kuih Tart Coklat Cadbury’ bagi diagih-agihkan kepada rumah kebajikan sempena sambutan Ramadan dan Syawal ini.
“Kempen Kuih Raya Dari Hati ini dilancarkan demi mengukuhkan persaudaraan melalui pembuatan kuih dan menyemai sifat pemurah dalam kalangan ahli keluarga. Cadbury Dairy Milk mahu memberi peluang kepada mereka yang menyambut bulan mulia ini untuk mencipta kenangan bersama ketika membuat kuih dan berkongsi kebaikan kepada mereka yang memerlukan. Pada masa yang sama, harapan kami aktiviti ini dapat mencatat kejayaan dalam The Malaysia Book of Records. Tanpa MYDIN, segala hasrat ini adalah mustahil untuk dilaksanakan sendiri dan kami amat bersyukur atas sokongan penuh yang mereka berikan,” ujar Narmeen Khan, Pengarah Urusan MondelÄ“z International Malaysia & Singapore. pada acara memasak ‘Kuih Raya Dari Hati’ yang berlangsung di MYDIN Subang Jaya baru-baru ini.
Memang benar kata Narmeen, pengalaman memasak yang dianjurkan mencipta kenangan terindah khususnya buat Kak Fas sendiri waima ini pertama kali membuat kuih raya beramai-ramai apatah lagi bertujuan amal malah dicatatkan dalam Malayia Book of Records lagi. Terasa ada lah juga sumbangan dan nama ‘Fariza’ pada botol kuih yang disumbangkan itu.
Selain di MYDIN Subang pada 13 Mac lalu, acara Kuih Raya Dari Hati ini telah dijalankan di tiga lagi cawangan-cawangan terpilih MYDIN iaitu di:
- MYDIN Bukit Mertajam, Pulau Pinang (12 Mac)
● MYDIN Tunjong, Kelantan (16 Mac)
- MYDIN Mutiara Rini, Johor (17 Mac)
“MYDIN amat berbesar hati kerana dapat berganding bahu bersama Cadbury Dairy Milk untuk menceriakan hari mereka yang memerlukan. Amalan berkongsi kebaikan dan meluangkan masa bersama amat ditekankan di bulan Ramadan. Kami juga amat berbesar hati kerana dapat menjadi sebahagian daripada inisiatif murni ini dengan menyediakan tempat khas untuk Cadbury. Semoga kempen ini akan memberikan secebis memori indah dalam kalangan keluarga serta senyuman kepada warga rumah kebajikan ketika menyambut Hari Raya,” kata Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd (MYDIN).
Dalam pada itui, selain chef selebriti Dato Fadzley Yaakob yang membimbing ‘kelas’ masakan yang Kak Fas hadiri di MYDIN Subang, sesi membuat kuih tart turut menampilkan Sue Razip dan Mohd Shafiq Zulkarnain.
Sekiranya anda mahu menjadi sebahagian daripada peserta yang menyumbang pembikinan ‘Kuih Tart Dari Hati’ masih ada peluang memandangkan tarikh dan lokasi terakhirnya akan berlangsung di MYDIN Mutiara Rini, Johor hari ini (17 Mac).
Jadi orang-orang Johor apa lagi turunlah padang dan menjadi sebahagian daripada ‘tukang masak’ untuk membuat kuih tart berkenaan.
Untuk menyertai acara ini mudah sahaja di mna peserta hanya perlu mendaftar di laman rasmi Cadbury Dairy Milk https://bit.ly/CadburyMydinRSVP atau KLIK DI SINI dan layak untuk menerima baucar beli-belah MYDIN.
Kempen Kuih Raya Dari Hati turut menyaksikan kerjasama antara Cadbury Dairy Milk dan dUCK bermula dari 1 Mac hingga 30 April.
Dapatkan produk Cadbury Dairy Milk dan anda berpeluang menyambut kemeriahan Raya dengan barangan ekslusif Cadbury Dairy Milk x dUCK.
Untuk maklumat lanjut mengenai penebusan di seluruh negara, layari https://bit.ly/CDMRaya23. Nak lagi mudah KLIK SINI.
Untuk maklumat lanjut, layari Facebook rasmi kami di https://www.facebook.com/CadburyMalaysia.
#CadburyDairyMilk #MYDIN #MalaysiaBookOfRecords #Duck #KuihRayaDariHati
Tiada ulasan:
Catat Ulasan