Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CHE TA SASAR BANTU 100,000 WANITA MENJELANG RAYA. PERKENAL SET KUKU LETUPS RM25


BAGI
mereka yang suka pakai inai, siapa yang tak kenal dengan inai Che Ta kan?

Sejak dilancarkan Jun tahun lalu, inai ‘instant’ atau segera mampu milik, Mazaville (Inai Che Ta) diusahakan Anas Zahrin dan Rozita Che Wan terus mencuri perhatian.


Malah pelbagai usaha dan rangkaian jenis inai sudah dilancarkan dalam tempoh berkenaan hingga menambat hati ramai dan berjaya menjadi jenama inai nombor satu di Malaysia, Singapura dan Brunei.


Dan lebih membanggakan jenama berkenaan turut diiktiraf menjadi inai pertama dengan konsep telap air dan sah solat penggunaannya secara klinikal di atas kuku manusia.



Terbaharu, dilancarkan pula Set Kuku Letups Che Ta dengan harga ‘Rahmah’ iaitu hanya RM25 pada 3 Mac lalu dalam satu  majlis glamor bertemakan Timur Tengah di Glam Hall, Damansara dengan sentuhan dekorasi, Mahligai Creative.


Turut hadir suaminya, Zain Saidin dan anak mereka, Aaisyah Dhia Rana, 8 tahun.


Menurut Rozita atau Che Ta selaku pengasas bersama dan duta 'kecil' jenama inai berkenaan, set ditampilkan akan diedarkan secara rasmi kepada seluruh ejen berdaftar satu Malaysia mulai 6 Mac ini.


“Kalau sebelum ini kerajaan perkenalkan Menu Rahmah dengan harga murah, kenapa tidak inai ini juga dihadirkan dengan konsep sama. Malah sejak diusulkan Anas sendiri, saya tak fikir panjang untuk meluluskan keinginannya.


“Harga jualan untuk set ini awalnya dicadangkan pada harga RM60, tapi selepas ditimbang tara kita memutuskan ‘harga rahmah’ berkenaan.


“Saya optimis set ini bakal menjadi kegilaan ramai wanita menjelang hari raya Aidilfitri kelak. Pendek kata ia berkualiti, sah solat, telap air dan tentunya mampu dimiliki semua golongan,” kata Che Ta ketika ditemui.


Tambah bellau lagi, dia dan Anas turut mengalu-alukan 100,000 wanita tak kira status untuk menjana pendapatan bersama di musim Ramadan dan Aidilfitri ini.


“Lebih kurang RM7 juta ingin kami kongsi bersama 100,000 wanita untuk projek ‘mega Inai Che Ta’ ini. Jangan berpeluk tubuh lagi, jom sama-sama kita jana pendapatan untuk bulan puasa dan raya ini,” tambah Che Ta.


Sementara itu, Anas selaku pengasas utama jenama terbabit mensasarkan lebih 50,000 unit sasaran jualan bakal dicapai selama dua bulan dari Mac hingga April di Malaysia.



“Berdasarkan rekod kejayaan kami terdahulu, angka 50,000 untuk dicapai dalam tempoh dua bulan tidak mustahil. Saya dan Che Ta percaya dengan niat kami ingin terus membantu dan berkongsi rezeki dengan semua.


“Untuk butiran lanjut boleh ke laman sosial, @Mazaville di platform Instagram dan TikTok,” kata Anas.


ANAS dan Che Ta suudah hampir 13 tahun  berkawan rapat

Anas memberitahu, Set Kuku Letups Che Ta didatangkan dengan tiga jenis warna.


“Ada warna Maroon Rose, Red Velvet dan Caramel yang seakan warna perang atau coklat pekat disatukan dalam set ditawarkan,” ujarnya.


Pada acara gilang gemilang  penuh mega itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan memukau artis tanah air seperti Shiha Zikir, Datin Alyah, Indah Ruhaila, Bob Yusof, Hazama, Irfan Haris dan Imran Ajmain.



Majlis dianjurkan juga sebagai simbolik ukhuwah Che Ta dan Anas yang sudah terjalin hampir 13 tahun, selain menghargai rakan media dan peminat inai terbabit.


Lebih menarik bagi Che Ta, beliau menerima kejutan hadiah menunaikan umrah bernilai RM100,000 daripada Anas sempena menyambut ulang tahunnya pada 9 Mac ini.


“Saya memang tidak suka kejutan, tetapi terima kasih atas hadiah ini,” kata Che Ta sebak dengan pemberian hadiah kawan baiknya itu. 



#SetKukuLetupsCheTa #RozitaCheWan #AnasZahrin #GlamHall #MahligaiCreative 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan