DE KENDURI ADA KELAINAN PADA IFTAR RAMADAN. BOLEH BERMAIN BUNGA API &'TAPAU' MAKANAN!
DE KENDURI … satu pilihan nama yang tepat diberikan oleh pemilik premis berkonsepkan restoran dan dewan yang boleh digunakan untuk pelbagai majlis kenduri ini.
Mana tidaknya, walau pun sudah tiga tahun beroperasi di tengah-tengah kota berhampiran pusat-pusat membeli-belah utama seperti KLCC dan Avenue K mahu pun hotel-hotel ternama, De Kenduri ada keistimewaannya tersendiri.
Sebenarnya tahun lalu, Kak Fas sudah diperkenalkan kepada De Kenduri namun disebabkan ada hal tidak berpeluang menikmati bufet IFTAR @ De’Kenduri yang dianjurkan setiap tahun.
Dan Alhamdullillah, tahun ini baharulah berkesempatan merasai apa sebenarnya keistimewaan Bufet Ramadan yang disediakan di De Kenduri.
Sejujurnya, ini pertama kali Kak Fas hadir ke mana-mana majlis IFTAR yang membenarkan pelanggannya ‘tapau’ makanan balik selepas selesai majlis kira-kira pukul 8.40 malam bagi mereka yang mahu pulang awal untuk solat Tarawih.
Memang idea terbaik…. tidaklah membazir namanya kerana tangan yang memberi lebih baik pada yang menerima dan bagi pemiliknya, Lutfi Yussof selain daripada memperoleh rezeki daripada pembayaran RM70 (untuk dewasa) dan RM40 bagi kanak-kanak) beliau juga mendapat pahala daripada sumbangan percuma apabila dibenarkan ‘tapau’ makanan yang masih ada, apatah lagi pada bulan Ramadan ini, memang afdal beramal soleh.
Kelainan dan keistimewaan lainnya tentulah terletak kepada tema ‘kenduri’ itu tersendiri.
Terdapat lebih 70 hidangan lauk pauk dan kuih muih disediakan dengan setiap meja bertemakan kenduri sama ada kenduri kahwin, kenduri kesyukuran, kenduri rumah terbuka, kenduri doa selamat, kenduri hari lahir malah ada kenduri naik pangkat lagi.
“Pendek kata, kami mampu sediakan apa sahaja kenduri yang berhajat di hati. Ini sebahagian sahaja yang lazim ditempah di De Kenduri,” ujar Lutfi yang segak bergaya lengkap berpakaian baju melayu bersamping.
Selain enam buah gerai ‘kenduri’. dengan hidangan sesuai majlis turut disediakan stesen masakan secara ‘live’ menggoreng kuetiao, membakar kambing, sate mahu pun kuih seperti apam balik serta minuman ABC dan Cendol.
Nak tahu lebih terperinci apa lauk pauk disediakan sila lihat menu contoh dibawah ini yang akan ditukar setiap hari.
Nama pun De Kenduri jadi Kak Fas dahulukan dengan menu di gerai “Kenduri Kahwin” ya di mana pada hari Kak Fas hadir disediakan Nasi Hujan Panas; Ayam Kicap Mamak; Kari Kambing dan Acar.
Hidangan menu yang sepenuhnya (bertukar ganti) seperti berikut:
STALL 1 - Kenduri Kahwin
- Nasi Minyak/Nasi Briani/Nasi Tomato
- Ayam Merah/Ayam Grg Berempah
- Daging Rendang Hitam/Daging Kurma
- Kuzi Kambing/Kurma Kambing
- Kari Kambing
- Acar Buah
- Pajeri Nenas
- Ayaq Asam
- Acar Jelatah
STALL 2 - Kenduri Kesyukuran - Nasi Putih Nasi Putih; Ayam Paprik; Daging Merah; Kailan Ikan Masin; Aneka Sambal dab Ulaman2.
Hidangan penuh (bertukar ganti):
- Nasi Putih
- Masak Lemak Ayam
- Sambal Udang Petai
- Bawal Sweet Sour
- Siakap 3 Rasa
- Charu Belah Belakang
- Masak Lemak Nenas Ikan Masin
- Masak Tempoyak Patin
- Tauhu Jepun Tiram
- Chinese Mix Vege
- Sambal belacan
- Ulaman
- Pecal
STALL 3 - Kenduri Doa Selamat - Nasi Putih; Masak Lemak Telur Itik; Asam Pedas Ikan Pari; Sambal Udang Petai; Masak Lemak Cili Api dan Siput Sedut
Hidangan penuh (bertukar ganti):
- Nasi Putih
- Asam Pedas Daging Tetel
- Masak Lemak Telur Itik
- Masak Lmk Cili Api Ayam Pegaga
- Sambal Sotong Kering
- Masak lemak Udang Belimbing Buluh
- Masak Lemak Siput Sedut
- Masak Lemak Perut + Rebung
- Sambal Ikan Keli
- Sambal Tempoyak/Sambal Machang
- Cencaluk/Budu
- Ulaman rebus
STALL 4 - Kenduri Rumah Terbuka - Lemang & Ketupat; Rendang Ayam; Satay; Kambing Bakar; Set Bihun Soto; Laksa Penang; Rojak Buah dan Kerabu Maggi
Hidangan penuh (bertukar ganti):
- Lemang & Ketupat
- Rendang Ayam
- Satay
- Kambing Bakar
- Set Soto/Mee Kari/Laksa Johor
- Laksa Penang
- Set Lontong
- Kerabu Meggi
STALL 5 - Kenduri Majlis Hari Lahir
- Aneka Pastries
- Aneka Kuih Melayu
- Cendol & ABC
- Charkue Teow
STALL 6 - Kenduri Naik Pangkat - Apam Balik Crunchy; Keropok Lekor; Bubur Keledek; Pengat Pisang; Bubur Chacha; Cucur Goreng Panas; Roti Jala + Kari Ayam
Hidangan menu penuh (bertukar ganti):
- Apam Balik Chruncy
- keropok Lekor dan cucur
- Aneka Bubur Manis
- Cucur Goreng Panas²
- Roti Jala + Kari Ayam
Tu dia....semua menu disediakan memang tepat dan sesuai dengan majlis kenduri yang inginkan. Pilih sahaja mana satu yang mahu ditempah, bila dah rasa masa berbuka lagilah senang untuk membuat tempahan yang mana satu pilihan hati ya tak.
Dalam pada itu, ini juga satu-satunya lokasi yang Kak Fas tahu menyediakan bunga api untuk kanak-kanak bermain di halaman luar pekarangan De Kenduri yang mampu memuatkan lebih kurang 700 pax sekali gus.
Memang seronoklah anak-anak yang ada malah Kak Fas tersenyum apabila pengacaranya mengumumkan ‘kanak-kanak berusia 30 tahun ke bawah di persilaka bermain bunga api di luar’.
Memang betullah tu sebab kanak-kanak perlulah ditemani ayah/bonda atau kakak/abang ya tak haha….
Kesimpulannya berbuka puasa di De Kenduri memberikan satu kepuasan untuk seisi keluarga malah yang meminati muzik atau lagu tradisional, halwa telinga dihiburkan oleh pemuzik ghazal yang dibawa khas dari Johor Darul Ta’zim.
Untuk menikmati pengalaman seperti Kak Fas, eloklah tempah kehadiran anda ke buffet IFTAR @ De’ Kenduri yang kini sedang berlangsung bermula dari 25 Mac lalu hingga 19 April ini.
Bagaimana pun De Kenduri di Jalan Yap Kwan Seng ini tutup pada setiap Isnin kecuali 17 April 2023 menghampiri Aidil Fitri.
Untuk tempahan, boleh hubungi Nazar di talian wasap 60133862524 dan 60133862524.
#DeKenduri #BufetRamadan #MasakanKenduri #IftarRamadan #Makan #BungaApi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan