'HOOREY X FEST RAYA' SEDIAKAN PELUANG BELI-BELAH SAAT AKHIR SELAMA 72 JAM MULAI 19 APRIL
HOOREY!! Ada 100 usahawan selebriti di bawah satu bumbung, boleh ‘shopping last minit’ sampai 72 jam hingga ke sahur dan boleh juga ikuti program Infaq Ramadan yang berbentuk jamuan berbuka puasa serta moreh.
Memang tepatlah dinamakan ‘Hoorey! X Fest Raya’ oleh penganjurnya Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, di bawah kepimpinan Datuk Mohammad Alif Hakim.
Bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) bermula pada 19 hingga 21 April ini, karnival julung kalinya dianjurkan Asia Global ini bertujun memeriahkan lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan Syawal pada saat akhir iaitu kira-kira 3 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 22 April 2023.
Dan lebih menarik, apabila harga sewa tapak ditawarkan paling terendah iaituu RM1,500 sahaja. Memang tersangat murah!
“Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan. Namun kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti.
“Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 65 jam tanpa henti buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari keperluan raya di saat-saat akhir,” ujar Mohammad Alif Hakim ketika ditemui pada sidang akhbar ‘Hoorey! X Fest Raya’ yang diadakan di WTC baru-baru ini.
Antara rakan artis yang terlibat sebagai usahawantermasuk Azharina, Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.
AZHARINA turut memeriahkan majlis. |
Menurut Mohammad Alif, festival yang turut mendapat kerjasama penuh dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM) serta Artist Corner akan menyaksikan cubaan penganjur untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah terbesar dalam tempoh 65 jam tanpa henti.
“Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan,” tambahnya waima vendor-vendor yang masih mempunyai produk setelah berjualan di karnival lain terdahulu boleh sambung perniagaan mereka di WTC.
Jelas beliau, pihaknya bukan berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini pernah menganjurkan festival seumpamanya.
“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang kepada para usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan.
“Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya di samping berpeluang merasai pelbagai acara menarik yang disediakan di sini,” ulasnya panjang lebar.
Mahu melihat festival anjuranya itu sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang berniaga bersama-sama di satu tapak dengan kemudahan yang disediakan ia juga diharap dapat tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR).
‘Bagi mencapai sasaran itu, saya menyeruu mana-mana syarikat, GLC, NGO dan orang perseorangan dapat menyumbang ke arah menjayakan festival sekali gus beramal memandangkan kami juga akan menyediakan program sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program sahur teramai di WTCK,” tambah Mohammad Alif sambil bersyukur mendapat sambutan daripada rakan-rakan artis dan selebriti yang mahu berganding bahu menjayakan festival ini.
Selain itu, Hoorrey X Fest Raya turut berbesar hati dan membuka peluang buat mana-mana pihak yang mahu menjadi penaja bersama festival ini.
“Saya yakin ini antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival. Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti,” akhiri Mohammad Alif sambil mamaklumkan pada hari terakhir festival ia akan dibuka 24 jam.
Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi Boy (011-3573 3060), Zai (010-2620078) dan Shawn (011-5550 5017).
#Hoorey!XFestRaya #WTC #AsiaGlobalEntertainment #MalaysiaBookOfRecords
Tiada ulasan:
Catat Ulasan