JOM KE KARNIVAL RAYA VAGANZA, TERBESAR DI ELMINA CITY SHAH ALAM. BERGAYA ALA 60AN PADA MALAM RETR0 P. RAMLEE
PENGANJUR ‘Karnival Raya Vaganza,’ Miracle Group of Companies (MGC) mensasarkan sejuta pengunjung mampu berkunjung ke tapak Elmina City yang bakal dilangsungkan selama sebulan bermula 23 Mac hingga 21 April 2023 ini.
Sepanjang tempoh karnival selama 16 jam mulai pukul 10 pagi hingga 2 pagi keesokan harinya, sebanyak 202 gerai pelbagai produk jualan mampu menarik perhatian pengunjung termasuk persembahan daripada kira-kira 15 artis yang terlibat samada sebagai penyanyi atau pun ‘vendor’.
Antara artis-artis terbabit terdiri dari Aida Aris, Ako Mustapha, Shah Jaszle, Fendy Bakry, Shajiry, Kumpulan Rabbani, dan ramai lagi.
“Dengan sasaran pengunjung kira-kira 1 juta, karnival ini antara yang terbesar pernah dianjurkan di Shah Alam melibatkan kawasan seluas 3.94 ekar dengan 1.5 ekar diperuntukkan untuk kawasan parkir yang mampu menampung kira-kira 400 buah kereta,” ujar Pengurus Besar MGC, Sofia Mansor ketika ditemui pada sidang media 'Karnival Raya Vaganza' di Shah Alam baru-baru ini.
Turut hadir bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan selaku Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC); Timbalannya, Dato Ahmad Nazri Ibrahim serta wakil anggota MCCC., Zaki; Pengeruusi MGC, Ahmad Shahrin; Leyla Nordin, Pengurus Majlis; Pengurus Tapak, Dino Ali serta barisan artis yang terbabit.
Berkongsi lanjut, menjawab persoalan kelainan ‘Karnival Raya Vaganza’ berbanding fiesta seumpama, Sofia memberitahu, pihak penganjur menyediakan segala kelengkapan dan kemudahan kepada 202 vendor yang akan terlibat.
Menurut beliau, setekat ini 80% gerai sudah dijual dengan 20% lagi masih terbuka untuk ditempah pada harga RM6,000 dan RM4,000 mengikut ruang samada di bahagian luuar atau pun dalam.
“Antara keunikannya kami menyediakan knidmat penghantaran (courtier) kepada vendor-vendor yang menjual secara ‘live’ dalam talian supaya pembeli dapat memberi produk-produk jualan walaupun tidak berkesempatan untuk hadir,” ujar Sofia sambil memberitahu vendor yang mempamerkan hiasan serta khidmat yang menarik berpeluang memenangi hadiah wang tunai bagi peraduan ‘booth tercantik’.
Sebagai mengindahkan lagi suasana bulan Ramadan, sebuah majlis berbuka puasa dengan kerjasama pihak MCCC akan dianjurkan bersama kira-kira 100 orang anak-anak yatim dan tahfiz termasuk pemberian sumbangan Raya kepada mereka.
“Ini adalah initiatif kami berama MGC dalam menunaikan tanggungjawab sosial korporat kami kepada golongan yang memerlukan dan akan dilaksanakan pada empat hari puasa iaitu pada 26hb Mac,” ujar Musa Hassan (kanan) yang menyokong sepenuhnya usaha dianjurkan MGC dan berharap ramai yang akan turut serta berbuka bersama.
Dalam pada itu. pengunjung yang mempunyai anak-anak boleh bermain di kawasan permainan kanak-kanak yang turut disediakan sementara ibu atau ayah berbelanja.
“Bagi pengunjung yang mahu berbuka puasa ditapak boleh membeli daripada food court tersedia yang lapang dan selesa untuk menikmati jamuan,” sambung Sofia.
Lebih menarik apabila dalam satu hari pada minggu terakhir Ramadan akan diadaka tema ‘retro raya 60an’ menampilkan pempengaruh P. Radhi yang terkenal dengan lagu-lagu P. Ramlee.
“Pada malam 16 April, kami menggalakan pengunjung hadir denga pakaian 60am seperti berkebaya, bersanggul, berbaju kotak atau yang bercirikan imej 60an waima suasana sekelilin pula akan dimeriahkan oleh lagu-lagu P. Ramlee oleh P. Radhi,” cerita Sofia.
SOFIA (kiri) bersama P. Radhi dan Leyla.
Teruja dengan bayangan malam itu, Kak Fas yakin ramai tidak sabar berpakian ala 60an sebagaimana penonton berpalakaian baju kebangsaan lengkap bertanjak dan berselendang waktu menghadiri tayangan filem ‘Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan’ ketika ditayangkan tahun lalu.
Begitu pun tidak lengkap sesebuah karnival tanpa program ceramah agama di mana beberapa tokoh terkenal seperti Syamsul Amri Ismail atau lebih dikenali sebagai Syamsul Debat bakal dijemput pihak penganjur.
“Pendek kata, setiap malam akan ada acara di pentas utama samada ceramah agama, persembahan artis mahu pun promosi daripada vendor-vendor terlibat untuk mempromosikan barang jualan masing-masing. Kami janji dan pasti setiap pengunjung mahu pun vendor terlibat akan berpaus hati dengan layanan dan kemudahan diberikan,” akhiri Sofia dengan harapan ‘Karnival Raya Vaganza’ yang julung kali dianjurkan MGC ini memperoleh kejayaan agar mampu terus melaksanakan program-program menarik untuk warga Shah Alam dan Kuala Lumpur mahu pun negeri-negeri berdekatan.
Kak Fas: Jom kita serbu 'Karnival Raya Vaganza' dan bersama beramal serta berbuka puasa bersama anak-anak yatim sambil membeli-belah keperluan Raya.
Info lanjut boleh layari laman sosial facebook, tik tok dan instagram @karnivalrayavaganza2023 atau hubungi talian 010 5527736.
#KarnivalRayaVaganza. #MCCC #SyamsulDebat #ElminaCity #MatKilau #Artis #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan