Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MM BISTRO PENANG NASI KANDAR PUNCAK ALAM SEDIAKAN MENU RAHMAH, ROTI CANAI TERBANG & TEH TARIK SEDAP!


SEJAKmenu Rahmah’ dilancarkan pada 31 Januari 2023 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang menetapkan harga hidangan makanan perlu pada kadar RM5 atau kurang, rata-rata pengusaha makanan menyambut baik inisiatif diperkenalkan Kerajaan Madani itu.


Terbaharu, sempena pembukaan MM Bistro Penang Nasi Kandar di Puncak Alam baru-baru ini, restoran berkenaan tidak ketinggalan mendukong hasrat Kerajaan itu dengan memperkenalkan ‘Menu Rahmah’nya tersendiri pada harga RM5.90 iaitu sepinggan nasi putih, ayam goreng/kari, sayur bendi dan air sirap.


‘Memandangkan lokasi kami berdekatan dengan pusat pendidikan UiTM serta penduduk yang purata berpendapaan pertengahan rendah wajarlah kami menawarkan menu Rahmah pada harga di bawah RM6,” ujar pemilik restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar, Datuk Wan Noor Rizal Ali pada majlis perasmian pembukaan restorannya sekali gus memperkenalkan Menu Rahmah.



Perasmian restoran dan pengenalan menu Rahmah disempurnakan dengan acara memotong riben bersama oleh Dato’ Penggawa Permatang Paduka Maha Bijaya Orang Besar Daerah Kuala Selangor, Dato’ Mohamad Yaacob Bin Dato’ Ismail dan Haji Yunus Bin Tasim, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Dato’ Seri Salahuddin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup.


Dengan kewujudan sebuah restoran Penang Nasi Kandar di Lembah Klang, ia tentu sekali mengubati rindu anda kepada nasi kandar yang terkenal di 'pulau mutiara' itu waima tidak perlu lagi memandu jauh ke Pulau Pinang.


Pun begitu, dengan lokasinya terletak di Puncak Alam pada jarak 41 km dari Kuala Lumpur, ia mampu memakan masa lebih kurang sejam perjalanan pada waktu puncak.



Sejujurnya bagi Kak Fas, inilah kali pertama memandu ke Puncak Alam malah kali pertama juga berkesempatan menikmati menu Rahmah apabila mendapat undangan ke majlis perasmian MM Bistro Penang Nasi Kandar dilayang teman blogger, Kasya


Restoran yang terletak sergam di ‘corner lot’ Bandar Hillpark, Puncak Alam ini  memudahkan mata memandang untuk mencarinya apatah lagi adanya ‘waze’ membentu arah tuju jalan.


Walau pun terasa jauh juga perjalanan disebabkan ada laluan yang sesak namun setibanya di MM BIstro Penang Nasi Kandar, suasana restoran yang luas dan bersih dengan pelbagai masakan tersedia pasti dapat memuaskan selera pada perut yang lapar setelah jauh memandu.


Malah bagi komuniti sekitar Puncak Alam,  pembukaan restoran ini sudah tentu satu ‘rahmat’ bagi mereka khususnya golongan pelajar di situ.


Kesemua tetamu yang dijemput dihidangkan dengan ‘menu Rahmah’ dan Kak Fas tidak ketinggalan merasainya.


Sungguh pun agak sedikit pedas daripada kebiasaannya jika memilih kari ayam masak merah namun boleh juga memilih ayam goreng bagi yang tidak tahan pedas seperti Kak Fas



Pun begitu, paling sedap adalah teh tariknya yang diperbuat dari serbuk teh istimewa dibawa khas dari Pulau Pinang.


“Selain itu, rempah ratus yang kami gunakan untuk masakan seperti Dalca memang dibawa dari Pulau Pinang agar kenikmatan ramuan rasa masakan mamak Penang yang sebenarnya kekal, lain daripada yang lain,” ujar Wan Noor Rizal.


Di samping itu, restorannya turut memperkenalkan ‘roti canai terbang’ oleh pakar pembuat roti canai yang melakukan demonstrasi menerbangkan roti yang ditebar secara ‘live’ sebelum dimasak.



Menawarkan kelainan lainnya, Wan Noor memaklumkan pihaknya juga merancang menambahkan pilihan menu Rahmah bagi memberi pilihan kepada pelanggan agar tidak jemu dengan satu hidangan sama sahaja.


“Pembukaan restoran di Puncak Alam ini adalah sebagai permulaan dan untuk jangka panjang kami mensasarkan pembukaan 20 cawangan dalam tempoh 6 bulan ke hadapan di beberapa lagi lokasi strategik sekitar Lembah Klang,” tambah Wan Noor sambil berharap restorannya dapat mengumpulkan anak-anak muda tidak kira bangsa dan agama untuk menjamu selera pada kos mampu milik.


“Restoran mamak adalah tempat minum dan makan sambil melepak dan berborak. Ini inisiatif saya bagi menstabilkan keharmonian antara kaum di Malaysia,’ akhiri Wan Noor Rizal penuh harapan.


Restoran MM Bistro Penang Nasi Kandar beroperasi dari pukul 7 pagi hingga 2 pagi keesokan harinya.


Warga Puncak Alam apa lagi... selamat menjamu selera!



#MMBistroPenangNasiKandar #PuncakAlam #MenuRahman #RotiCanaiTerbang #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan