Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMATI MASAKAN CINA 'HALAL' EKSKLUSIF DI PEARLS CUISINE, SAJIAN 'ITALY ALA TIMUR' DI MEARCATO


KETIKA menerima undangan daripada rakan seperjuangan, Dato Dr. Hassan Saad untuk majlis 'berbuka puasa citarasa diluar kebiasaan dengan hidangan citarasa Italy dan makanan laut serta Dim Sum', tertanya-tanya juga apa yang luar biasa tu selain daripada biasa?


Iyalah.. pada mana-mana prebiu pra bufet Ramadan yang Kak Fas hadir tidaklah ada banyak mana sangat pun keunikannya... biasalah selalunya dihidangkan dengan pelbagai jenis masakan kampung. 


Yang membezakannya pun barangkali pada air tangan pembuatnya serta kelainan rempah ratus yang diguna pakai.


Namun apabila hadir ke majlis memperkenalkan pakej makanan dan ‘food testing’ yang lebih eksklusif daripada kebiasaannya bagi pakej Buffet Ramadan untuk dua buah restoren sekali gus iaitu Mearcato dan Pearls Cuisine di Hotel Pullman KL Bangsar barulah faham apa maksud ‘di luar kebiasaan’ yang disebut dalam jemputan dari Dr. Hassan selaku Pengurus Promosi acara.



Memang benar, unik dan luar kebiasaan jemputan untuk majlis prebiu pra bufet Ramada kali ini.


Jarang ada yang melakukannya secara eksklusif begini apa tah lagi ia boleh dikatakan satu majlis dua dalam satu.


Dianjurkan Kumpulan Messa selaku pengendali kedua-dua restoran tersebut, prebiu kali ini memang istimewa apabila ia dihidangkan satu persatu di atas meja dan bukannya secara bufet. Cara ini lebih mendekatkan kita kepada setiap menu yang mahu dipromosikan.


DR. Hassan (kanan) memperkenalkan cef cef yang bertanggungjawab menyediakan masakan lazat di Bufet Ramadan Pearls Cuisine dan Mearcato Pullman KL Bangsar pada bulan Ramadan ini.


Dua orang Cef utamanya iaitu Cef Benny dan Cef Chong  dibantu Cef Hafis dan Cef Halil yang berpengalaman luas telah diberikan tanggungjawab di dalam pemilihan makanan sajian citarasa masakan Cina atau Chinese Cuisine dan citarasa Itali ala 'Timur' dengan menghimpunkan lebih 100 menu bagi kedua-dua sajian sempena berbuka puasa Ramadan ini. 


Sejujujurnya Kak Fas bukanlah penggemar sangat pada Chinese Cuisine kecuali hidangan tertentu sahaja apatah lagi ‘Dim Sum’. 


Tetapi kali ini disebabkan ‘dim sum’ yang dihidangkan nampak cukup menarik Kak Fas pun cubalah… dan ‘emmm memang sedap, lembut dan isi dalamnya cukup rasa’. 


Ada rona putih,  hijau dan lain-lain samada stim atau pun gorengan. Isiannya campuran udang dan pelbagai. 


Memang terasa sedapnya termsuk hidangan lain yang tak terkira banyaknya Kak Fas makan sampai sengkak perut dibuatnya.


Antara hidangan daripada restoran Cina, Pearls Cuision itu meliputi Marinated Turnip Soy Sauce, Baked Lobster in Creamy Golden Soup, Chef Special Steamed & Baked Oyster with 3 Flavor Choice( Garlic Flavor, Sichuan Pepper, Creamy Cheese Butter ), Wok Fried Prawn with Ginger Scallion & Pepper Salt, Baked Sea Scallop with Garlic & Scallion dan banyak lagilah hidangan lazat.



Apa pun yang penting jika anda penggemar masakan Cina, menikmati hidangan di Pearls Cuisine anda tidak perlu bimbang kerana ia dijamin halal kata pengurusan Kumpulan Messa yang diketuai Datuk Sri Zakaria Abd. Rahman.


Kami menjanjikan kualiti dan kebersihan sebagai sajian No. 1 di Lembah Klang, dan pastinya Halal, kerana kami mempunyai konsep dapur terbuka yang boleh dilihat secara terus oleh pelanggan keunikan masakan Itali di Restoran Mearcato selain suasana yang selesa dengan ruang makan yang luas yang boleh menempatkan lebih 300 pelanggan pada satu masa. 


Manakala sajian Dim Sum dan makanan laut segar terus dari jeti adalah tarikan sajian utama di Restoran Pearls Cuisine dengan keluasan melebihi 200 tempat duduk pada satu masa,” yakin Zakaria ketika ditemui pada majlis Pra Bufet Ramadan di Pullman KL Bangsar baru-baru ini. 


KAK Fas bersama Zakaria (tengah) dan Kayveas.


Turut hadir rakan perniagaannya, Roger Ly serta jemputan kehormat antaranya bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr M.Kayveas dan ramai lagi.



Menurut Zakaria, Kumpulan Messa juga mencipta sejarahnya tersendiri apabila menyediakan hadiah bernilai lebih RM20,000.00 kepada pelanggan yang datang berbuka puasa melalui cabutan bertuah yang menyediakan motosikal sebagai hadiah utama. 



Wow! Dah lah dapat makan hidangan eksklusif pada harga mampu, lepas itu ada peluang menang hadiah lagi… siapalah yang bertuah nanti tu agaknya?


Apa pun. yang lebih menarik, harga bagi setiap seorang adalah antara yang terendah di Hotel bertaraf 5 bintang dengan potongan harga setiap pembelian 10 orang.

 

Pelanggan hanya perlu membayar untuk 10 orang sahaja dengan tambahan 3 orang secara percuma, bermakna seramai 13 orang kesemuanya… memang berbaloi kan?



“Tawaran ini hanya terdapat di restoran kami sahaja,’ tambah Zakaria sambil memaklumkan harga BBQ Bufet untuk berbuka puasa di restorn Mearcato  adalah RM148 (dewasa) RM128 (warga emas) dan RM74 bagi kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun.


Sambungnya pakej untuk berbuka di restoran Pearl Cuisine bagi hidangan makanan laut dan dim sum pula adalah RM168 (dewasa), RM148 (warga emas) dan RM84 bagi kanak-kanak 6 hingga 12 tahun.


Tetapi bagi tempaham awal atau ‘early bird’ harganya adalah RM128 nett (Mearcato) dan RM148 (Pearls Cuisine)  yang bermula pada 21 Februari lalu hingga 22 Mac ini atau sehingga 2,000 voucher pertama habis dijual mengikut yang mana terdahulu.



Dah tak lama lagi tu tarikh akhir jadi tempah awal-awal ya.. memang berbaloi sebab setiap pelanggan akan dihidangkan juga dengan sepinggan ‘Grill River Prawn’ dan ais krim ‘Haagen Dazs’ secara percuma di Mearcato dan 'Baked Lobster' di Pearls Cuisine bersama ais krim juga.


Memang terbaiklah… kenyang sangat.



Dengan adanya lebih 100 menu tersedia, tak dapatlah Kak Fas nak coretkan satu persatu ya... nanti panjang lebar lagi nak baca.


Tetapi jika nak tahu lanjut boleh layari laman sesawang facebook Pearl Cuisine atau pun Mearcato. 


Lebih mudah klik di  MEARCATO atau  PEARLS CUISINE.


Boleh juga hubungi talian +6010 7199 927 (Pearl Cuisine) atau +6016 7199 927  secepat mungkin sebelum ‘Ramadan Tiba… Ramadan Tiba’ bak kata penyanyi Indonesia, Opick dalam lagu popularnya itu setiap kali menghampiri Ramadan Al Mubarak!



#Mearcato #PearlsCuisine #PullmanKLBangsar #KumpulanMessa #BufetRamadan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan