PERSIDANGAN WOWI RUNGKAI GARIS PANDUAN BETUL MAJIKAN TANGANI TENAGA KERJA GLOBAL
SELURUH dunia maklum setelah lebih dua tahun berdepan dengan pandemik COVID-19 yang sekali gus mengakibatkan berlakunya krisis pekerjaan adalah perlu satu usaha digembleng bagi mengembalikan ekonomi dunia melalui tenaga kerja manusia semua golongan dan sektor.
Sehubungan itu, adalah tepat pada waktunya apabila World One Worker Integrated (WOWI) Malaysia dengan sokongan Kementerian Sumber Manusia melalui pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia, telah menganjurkan satu pameran dan persidangan antarabangsa bagi meletakkan garis panduan yang betul dan tepat kepada semua majikan di dalam semua sektor industri negara serta global.
“Persidangan ini, adalah perlu bagi mengembeling dan merapatkan tenaga kerja kepada industri yang perlu pantas dan tuntas bagi mengembalikan ekonomi dunia,” ujar Pengerusi WOWI HR (M) Sdn Bhd, Datuk Dr Hassan Saad ketika ditemui pada majlis perasmian Persidangan World on Worker Integrated (WOWI) International HR & Recruitment 2023 yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Manuusia, Mustapha Sukmud di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Turut hadir Duta Besar Nepal di Malaysia dan wakil Duta dari Indonesia, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh serta wakil WOWI dari Korea.
Persidangan yang julung kalinya diadakan itu disertai lebih 100 majikan dan industri termasuk penyertaan antarabangsa dengan meletakkan sasaran 100 ribu peluang pekerjaan di peringkat bawah hingga kepada tenaga profesional di dalam dan luar Negara.
Menurut Dr. Hassan persidangan seumpama itu adalah satu titik permulaan bagi mendekatkan Kementerian serta agensi yang bertanggung jawab di bawahnya, meluruskan tatacara dan tataurus yang betul serta mengikut perundangan, selari dengan hasrat Kerajaan menjaga kepentingan semua pihak agar tidak lagi wujud salah laku mana-mana pihak.
“Semua ini telah dirungkai dalam persidangan WOW yang dianjurkan dengan penuh teliti mengikut keperluan perundangan pekerjaan antarabangsa waima dihadiri panel antarabangsa antaranya dari negara sumber seperti Nepal, India, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Sri Lanka,” ujar Hassan (gambar bawah, kanan) sambil memberitahu, persidangan turut menjemput wakil dari PERKESO dan HRD Corporation sebagai agensi perlaksana di Malaysia.
Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Mustapha (kiri) menegaskan, Kerajaan memandang serios berkaitan isu permedagangan manusia atau 'human trafficking.’
“Ini perlu ditangani dengan tegas,” ujar beliau sambil memuji penganjuran WOWI serta berharap ia dapat dianjurkan dimasa hadapan dengan lebih besar agar memberi manfaat kepada majikan dan pekerja di Malaysia.
Menyambut baik saranan itu, Hassan melahirkan hasrat bahawa WOWI bersedia melaksanakan persidangan akan datang dengan kerjasama Kementerian dan agensi-agensi berkaitan.
Persidangan disusuli dengan memberi penerangan dan latihan kepada lebih 20 peserta yang mewakili pelbagai agensi dari Negara sumber selama dua hari pada 23 dan 24 Februari 2023 yang dikendalikan oleh pasukan perunding Pengurusan Sumber Manusia yang dilantik oleh pihak WOWI.
Selain dari itu, satu sesi temuduga terbuka pencari kerja bagi pelbagai sektor serta negara antarabangsa yang diadakan mendapat sambutan hangat dengan lebih 500 calon pencari kerja telah mendaftar bersama WOWI.
#WOWI #TenagaKerja #Covid19 #KementerianSumberManusia #PERKESO #Fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan