RTM TAMPILKAN JUDUL 'CATCHY' PADA PROGRAM BULAN RAMADAN. SEDIAKAN 25 RANCANGAN BAHARU
SEMPENA bulan Ramadan tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran utama TV1, TV2, Okey, Berita RTM dan Sukan RTM menghimpunkan 25 program baharu berbentuk keagamaan, telefilem, drama bersiri, dokumentari, majalah dan hiburan khas.
Di samping itu lebih 130 program diterbitkan di 34 stesen radio RTM di mana pengisiannya memeta ke arah Masyarkat Madani yang bertamadun serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat negara ini.
“Daripada 25 program baharu di televisyen, 11 adalah terbitan RTM sendiri manakala 15 lagi adalah terbitan dari syarikat penerbitan luar,” ujar Ketua Pengarah Penyiaran, Suhaimi Sulaiman ketika ditemui pada majlis Apresiasi Bersama Media Sempena Program Khas Ramadan RTM 2023 anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) bertempat di Angkasapuri Kota Media, baru-baru ini.
Seperti kebiasaannya, pada bulan Ramadan, program dokumentari ‘Syahadah’ yang kini telah memasuki edisi ke-17 tidak dilupakan.
Tahun ini “Syadahah” membawa penonton menyelusuri keindahan Islam dalam konteks kasih sayang selain persoalan komuniti terhadap cara hidup Islam di Malaysia.
Mengangkat tema Nur Kasih, ikuti siarannya mulai 23 Mac 2023, pukul 6.15 petang (siaran ulangan pukul 4.00 pagi) di TV1 dan pukul 11.30 malam di Berita RTM juga mulai 27 Mac, pukul 11.30 malam di saluran Okey..
“Selama ini Syahadah mengembara ke luar negara tetapi tahun ini untuk 15 episod, kami memberi fokus terhadap perkembangan Islam di tanah air sendiri termasuk di Sabah dan Sarawak,” sambung Abdull Hadi (gambar bawah, dua dari kiri).
FOTO: Siti Dimiati. |
Dan seperti biasa juga, RTM tidak pernah ketinggalan menjalankan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) di mana Jelajah Ramadan 2023 yang memasuki tahun ke-11 terus melaksanakan misi mengimarahkan bulan penuh mulia itu.
“RTM meneruskan tradisinya dengan penganjuran Jelajah Ramadan 2023 yang diadakan di 77 buah lokasi melibatkan 26 stesen bermula 17 Mac ini hingga 15 April 2023. Pemilihan 77 buah masjid dan surau simbolik kepada meraikan Ulang Tahun 77 tahun RTM.,” ujar Nor’ain.
Jelas beliau, pelancaran program itu dijangka akan dilaksanakan di RTM Sabah pada 17 Mac ini oleh Ketua Menteri Sabah dan Majlis Penutupan Jelajah Ramadan 2023 akan disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Kuala Perlis, Perlis.
Tambah Nor”ain setiap tahun program jelajah yang memasuki musim ke-11 ini dinanti-nantikan waima impaknya uang berkesan menjadikan ia dinanti-nantikan oleh jabatan ajensi dan syarikat korporat yang ingin bersama RTM untuk sampaikan sumbangan.
Dalam pada itu, lebih menarik perhatian penonton apabila RTM menyediakan program yang judulnya ‘catchy’ sebagai tarikan anak-anak muda sekarang antaranya ‘Borak Tengah Lapar’, sebuah rancangan bual bicara agama buat pendengar Radio KLfm dan ‘Borak Dulu, Baru Buka’ mahu pun ‘La Tahzan’ (bukan Tarzan ya haha,..) serta ‘Labun Mak Dara’.
‘Borak Dulu Baru Buka #barakahnyadisini”, akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan mulai 22 Mac 2023, pukul 7.00 petang di TV Okey bersama hos Amin Idris dan Khir Rahman di samping tetamu undangan yang menampilkan asatizah yang berkreadibiliti mengupas topik pilihan berkaitan Ramadan, motivasi, kerohanian dan kesihatan.
Doku-drama khas “La Tahzan” pula bermula 24 Mac ini yang boleh ditonton di saluran TV2 setiap hari, pukul 2.30 petang, berkongsi kisah kehidupan manusia yang tersasar daripada kebenaran dan cuba untuk memperbaiki sahsiah juga akidah berlandaskan ajaran agama Islam.
Ia menampilkan pelakon Salina Saibi, Sabrina Ali, Jabir Meftah, Ungku Hariz, Nina Khoo dan Farid Amirul.
Pendek kata baik dokumentari, drama, telemovie dan sebagainya RTM menyediakan program terbaik untuk tontonan di bulan Puasa menjelang Raya seperti yang disenaraikan melalui Panggung RTM disiarkan setiap Sabtu, pukul 9 malam iaitu
“Matin” (25 Mac), “Rumah Cinta Kasih” (1 April), “Senaskah Braille” (8 April) dan “Memintas Al-Qadar” (15 April).
Nantikan juga program daripada stesen radio seperti “Tips Sihat Ramadan” di SELANGORfm, program “Dari Bazar ke Bazar”, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 6.00 petang di NEGERIfm, “Pelenggaq Pak Teh Mat”, setiap Sabtu terbitan KEDAHfm, dan “Labun Mak Dara”, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 12.45 tengah hari dan 6.45 petang di PERAKfm.
Info lanjut mengenai program-program menarik RTM bole layari www.rtm.gov.my atau KLIK DI SINI
#RTM #ProgramRamadan #BeritaRTM #Syahadah #BorakTengahLapar #Catchy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan