Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WESTPLATE FACTORY SENTUL SEDIA HIDANGAN THAI MENYELERAKAN. PILIHAN RESTORAN BERBUKA PUASA!


TINGGAL
lebih kurang tiga minggu lagi, umat Islam seluruh dunia akan menyambut Bulan Ramadan dan bermulalah kita semua menahan lapar dan dahaga dengan berpuasa sebulan penuh.


Menjelang itu, seperti kebiasaannya setiap tahun rata-rata usahawan yang mengendalikan perniagaan makanan samada di hotel mahu pun restoren waima ‘food court’ dan gerai tepi jalan sekali pun akan merancang menu khas sebagai tarikan ‘berbuka puasa’.


Selepas berpeluang merasai bufet Pra Ramadan yang dijemput Hotel Tenera Bangi pada pertengahan Februari lalu, Kak Fas tidak ketinggalan menerima undangan daripada pemilik restoran Westplate Factory, Nik Ashraf (kananmelalui rakan blogger Zuan aka Adewirabertempat di Sentul Point.


Membaca nama restoran pada mulanya Kak Fas terfikir ‘ini tentu menu Barat' hingga terbayang masakan steak, fish n chips dan sebagainya. 


Tetapi sebaik sahaja masuk ke restoran yang cukup luas itu, rupanya Westplate Factory yang terletak di Sentul Point menyajikan menu masakan Thai.


Hanya cawangan pertamanya di Shah Alam yang menawarkan sajian Western iaitu terletak di Seksyen 23.


Manakala Westplate di Sentul merupkan cawangan kedua namun telah memperbaharui menu dengan menawarkan sajian asli masakan Thai.


Aneka pilihan makanan yang enak disediakan oleh Chef Chariyaphon Phiwasak atau lebih dikenali sebagai Chef Jaa yang dibawa khas, dari Thailand. Sama pulak nama panggilannya 'Jaa' dengan panggilan nama Kak Fas oleh keluarga di rumah hihi...



Chef Jaa yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan berasal dari wilayah Buriram, Thailand memilih resipi popular untuk disajikan kepada seluruh pelanggan yang menggemari masakan Thai.


Memang banyak sungguh sampai tak tahu mana satu nak makan tetapi harus lah cuba serba sedikit ya tak sebab nama pun datang untuk rebiu makanan kan…


Pendek kata, semua hidangan yang disediakan menyentap rasa dan dimasak dengan pelbagai gaya dan adunan bahan yang berbeza, bermula dari pembuka selera, Som Tam atau kerabu betik muda, Thai Chicken Tosties yang dapat dikategori sebagai makanan  ringan dimana cebisan roti disalut ayam cincang digoreng ke emasan dan dicicah bersama sos cili Thai yang pasti memberi kepuasan pada yang mencuba. 


Tidak dilupai Aroy Spring Roll yang mana ada persamaan seperti Popia goreng namun berbeza dari segi penyediaan inti dan kuahnya. 


Kak Fas lihat, pelakon Nasya Aziz yang turut diundang pun berselera dan menyukai Aroy Spring Roll.



Disamping itu terdapat juga kerabu mangga dan Seafood Salad Glass Noodles yang pasti mengiurkan.


Bagi pecinta Tom Yam seperti Kak Fas, terdapat 3 pilihan yang ditawarkan iaitu Tom Yam Merah, Tom Yam Jernih (Clear) atau yang paling unik Tom Yam Santan Kelapa. 


Memandangkan Kak Fas bermenantukan orangThailand, bab Tom Yam ni sering lah menjadi hidangan utana di rumah. Bila teringin suruh je menantu masak baik Tom Yam Merah atau Jernih.


Cuma yang Kak Fas tak tahu rupanya ada Tom Yam Santan Kelapa. Mula-mula agak keberatan nak cuba sebab santan kan…. apa pulak rasanya tetapi bila dah sekali hirup.. nah terpaksa tambah!



Kenikmatan hidangan Tom Yum sup tradisional makanan laut mahupun Ayam yg dimasak bersama cendawan, bawang, serai dan beberapa campuran bahan rumusan lain  memang terangkat lah. 


Selain itu, pelbagai pilihan makanan berasaskan Ayam, Daging, Ikan Siakap, Makanan Laut dan Sayur-sayuran dimasak secara ala-carte disini.


Contoh pilihan Ayam seperti Pandan Fried Chicken, Lemongrass Fried Chicken, Chicken Masala Ala Thai, Chili Chicken dan Basil Chicken disediakan. 


Pilihan Daging pula boleh memilih masakan seperti Basil Beef, Ginger Beef, Oyster Sauce Beef, Black papper Beef


Jika berkehendakkan makanan lautnya pula ada Basil Seafood, Petai Prawn, Seafood Tempura dan Padprik yang pasti menambat dan memenuhi citarasa pemakan.



Khas buat penggemar Kari pula, ada 3 pilihan yang tersedia yang pasti menambat hati iaitu  Green Curry, Yellow Curry dan Red Curry disediakan mengikut pilihan pelanggan samaada menggunakan Ayam, Ikan mahupun Seafood (makanan laut).


Ikan Siakap kukus atau lebih dikenali Steam Fish Chili Lime antara kegemaran pesanan Kak Fas apabila melangkah masuk ke mana mana restoran Thai.


Melihat cara hidangannya pun pasti membuat semua terliur  malah Deep Fried Siakap Thai Style juga merupakan salah satu menu yang sangat diminati di Westplate Factory Sentul Point ini.



Jika anda gemar hidangan streetfood Thai, terokai keenakan menu local Thai di Westplate seperti Pad Thai Noodle, Fried Thai Bihun, Pataya Fried Rice mahupun Pineapple Fried Rice yang disaji menggunakan sampan nenas yang unik. 


Memang cantik ‘garnish’ nya.


Pencuci mulut di Westplate Factory juga boleh dikatakan jarang ditemui, dimana disini kita boleh mendapatkan pulut mangga yg disaji bersama aiskrim. Ini juga favourite Kak Fas. Selalu pulut mangga dimakan begitu sahaja tapi bila disajikan dengan aiskrik bertambah sedap dan berlemaklah kan…


Tidak dilupakan Luk Chup sejenis kuih yang disediakan menggunakan kacang hijau dan dibentuk menerupai buah-buahan pasti membuatkan anda teruja bagaimana cantiknya ia dibuat sebagai hiasan pembuka selera dan penyejuk mata sebab cun dan cantik.


Sebenarnya, tiada kata-kata yang dapat diungkap melainkan anda datang mencuba sendiri dimana rasanya benar-benar asli seperti makan di Bangkok, Thailand



Dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti makanan yang dijaga rapi, tidak syak lagi Westplate Factory Sentul antara lokasi restoran yang boleh dijadikan tempat anda menjamu selera untuk berbuka puasa.


Jangan risau, ada pakej berbuka puasa tau.


Tempahan meja boleh dilakukan mengikut kapasiti pelanggan bermula dari set makanan untuk 4, 6  dan 8 orang waima harga bermula dari RM49.90 bagi set makanan dua orang. Lebih selesa apabila ruangnya luas.



Westplate Factory Sentul Point yang beralamat di AG-01, Ground Level, Puncak Sentul 8, Jalan Sentul Pasar, Sentul, Kuala Lumpur dibuka setiap hari dari jam 11 pagi sehingga 11 malam.


Untuk maklumat lanjut dan tempahan boleh layari di  INSTAGRAM atau FACEBOOK 

Westplate Sentul tu. Klik je situ Kak Fas dah permudahkan carian untuk anda.


Selamat Menjamu Selera!




#WestPlateFactorySentulPoint #WestPlateFactory #MasakanThai #MenuRamadan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan