Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AL-IKHSAN, IKTIKAF ALIF PERKENAL 'BAJU MELAYU YANG COOL'


KITA
sudah pun memasuki bulan April dan tinggal lebih kurang 11 hari lagi masuknya bulan Syawal.

Dan menghampiri Aidil Fitri sudah kah anda membeli baju Raya? 


Bagi golongan wanita dengan adanya pelbagai butik sudah tentu tidak sukar mencari baju raya yang berkenan di hati. Tetapi kaum Adam bagaimana?


Bagi golongan lelaki lebih mudah mencari baju raya waima baju Melayu menjadi tradisi pemakaian di hari yang mulia itu tetapi dengan lambakan jenama-jenama yang ada mana satu pilihan hati?


Nak yang longgar atau slim fit semuanya ada tetapi jika mahu mencari baju Melayu yang tidak rasa panas bila dipakai terutamanya dalam negara yang iklimnya panas seperti di Malaysia agak sukar.



Terkini, dengan wujudnya kolaborasi Al-Ikhsan Sports di bawah jenama Al-Sports dengan Iktikaf Alif milik selebriti Alif Satar, segala permasalahan rasa panas dapat diatasi.


Ini kerana julung kalinya sudah ada koleksi baju Melayu dan kurta yang mengadaptaikan teknologi Pesak Ventech di mana konsep tersebut menggunakan fabrik jenis “mesh” pada bahagian bawah lengan, sekali gus menjadikan koleksi ini anti peluh, cepat kering serta selesa dan berangin.


Lebih menarik, sebagai bukti keberkesanannya, atlet peluumba basikal Kebangsaan, Datuk Azizulhasni Awang dilantik sebagai duta baju Melayu Al-Ikhsan Sports X Iktikaf Alif.


Pengumuman dutanya serta pelancaran koleksi tersebut berlangsung di The Curve, baru-baru ini di iringi pertunjukan fesyen koleksi tersedia.



”Buat pertama kalinya Al-Ikhsan Sports telah mencipta koleksi di mana sukan memenuhi tradisi. Saya percaya koleksi ini akan menjadi pengubah permainan (game changer) yang lengkap untuk pasaran Malaysia dan juga akan mempunyai kaitan global pada masa hadapan. Ini juga adalah salah satu tanda terima kasih kami kepada para pelanggan yang sentiasa bersama kami sepanjang 30 tahun yang lalu,”  ujar Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutia.


Baju melayu dan kurta Pesak Ventech™ berkenaan membariskan 5 kategori iaitu baju melayu potong biasa (regular fit), baju melayu potong ‘slim’ (slim fit), kurta 3 butang, kurta 1 butang dan juga koleksi untuk kanak-kanak.


Mempunyai 18 warna pilihan, kesemua koleksi ini dijual dari harga mampu milik iaitu RM99 (kurta)  RM129 (kanak-kanak)  dan RM169 (dewasa).


Antara pilihan warna yang ditawarkan adalah hitam, biru, navy, merah jambu, maroon, kuning, beige, hijau dan ungu manakala kurta hadir dalam rona merah, perang, hitam, hijau dan biru.



Sementara itu, bersyukur dengan kolaborasi dicetuskan antaranya dan Al-Ikhsan, Alif Satar berharap baju Melayu yang pertama dihasilkan menggunakan teknologi Pesak Ventech itu mampu memberikan keselesaan sepanjang hari kepada si pemakai waima bertepatan dengan slogannya. ‘Baju Melayu Yang Cool’.


“Al-Ikhsan  mempunyai kepakaran dalam menghasilkan kain yang berkualiti malah mampu milik untuk semua pelanggan di seluruh negara,” ujar Alif sambil yakin pengeluaran baju Melayu seumpama dapat tembusi pasaran global.


Jika nak cuba keberkesan seperti yang diwar-warkan Alif apa kata kunjungi rangkaian kedai Al-Ikhsan Sports atau membeli terus  secara» pembelian digital melalui laman e-dagang Al-Ikhsan Sports : www.al-ikhsan.com atau klik DI SINI.


Untuk pelbagai informasi terkini mengenai “ON” serta promosi terkini Al-Ikhsan Sports, anda boleh layari akaun sosial media rasmi Al-Ikhsan Sports di Instagram, Facebook, TikTok, Twitter serta Linkedin.



#AlIkhsanXIktikafAlif #BajuMelayu #PesakVentech #Mesh #BajuMelayuCool #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan