Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FIPPER X SOLOZ LANCAR SANDAL 'SLIP ON', SEMARAKKAN E-SUKAN MALAYSIA DI KALANGAN BELIA


DI KALANGAN generasi baharu khususnya golongan ‘gamers’ nama SOLOZ tentu tidak asing lagi waima  pemilik nama sebenar, Muhammad Faris bin Zakaria ini merupakan pemain profesional permainan video dan penstrim  termasyhur di Malaysia.


Beliau pernah meraih tiga pencapaian antaranya MPL 2018, Juara Battleground dan Naib Johan Piala MVP malah merupakan pemegang rekod Malaysia Book of Records iaitu memecah rekod peribadinya sendiri apabila dia berjaya meraih lebih daripada 100,000 penonton.


Atas pencapaian cemerlangnya itu, tidak hairanlah Soloz sering menjadi rebutan beberapa pihak komersial di mana terbaharu Soloz berkolaborasi dengan Fipper, jenama  sandal yang terkenal di Malaysia sekali gus memperkenalkan koleksi Fipper X Soloz.


“Saya memang suka memakai sandal  ‘slip-on’ dan dengan kolaborasi bersama Fipper, saya diberi penghormatan untuk memilih warna pada reka bentuk sanda;l yang direka Fipper, ” ujar Soloz ketika ditemui pada majlis pelancaran Fipper X Soloz yang disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Hannah Yeoh di Paradigm Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Fipper Marketing Sdn Bhd, Jee Von (gambar atas, kiri).


Menurut Soloz, kerjasama ini bagaikan pucuk dicita ulam mendatang waima sebelum ini beliau terlintas untuk menghasilkan produk tersendiri dan apabila Fippper tampil mengemukan cadangan sudah tentu beliU tidak teragak-agak menerimanya.


Menariknya, koleksi ini juga mempunyai lambang peribadi Soloz yang diabadikan dlm bentuk button di bahagian kiri & kanan sandal.


“Saya yakin sandal eksklusif Fipper x Soloz ini akan memberikan keselesaan yang diperlukan dengan penuh gaya  yang bukan hanya untuk pemain dan penggemar e-sukan tetapi meliputi setiap lapisan masyarakat,” tambah Soloz selaras dengan taglinenya "My masterpiece is not only for gamers but everyone”.


Koleksi ini didatangkan bersama drawstring bag dan kad ucapan Terima Kasih sebagai tanda penghargaan Soloz kepada penyokongnya.



Sementara itu, menyokong inisiatif yang digerakkan oleh Fipper, Hannah Yeoh berharap e-sukan mendapat menarik lebih banyak perhatian daripada pihak media & pemain industri di Malaysia.



“Sehubungan itu, sukan elektronik (e-sukan) akan dipertandingkan buat pertama kalinya pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak,” ujar Hannah dalam usahanya memajukan industri e-sukan ke peringkat lebih tinggi memandangkan begitu ramai  golongan belia meminatinya.


Sandal eksklusif Fipper-Soloz berharga RM99 sepasang boleh di dapati bermula pada 1 April 2023 lalu di butik-butik Fipper terpilih dan laman web mereka www.fipperslipper.com.my.


Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang rasmi Fipper atau Soloz.




#FipperXSoloz #SUKMA21 #ESukan #MalaysiaBookOfRecords #Gamers #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan