GALERI NUR RAUDHAH HIMPUN ATHAR NABI SAW. SEDIA TERIMA INFAQ RUMAH BANGUNKAN KOMPLEKS!
TERLETAKNYA Rumah Kasih Nurul Hasanah yang menaungi anak yatim dan asnaf zakat di Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, Ampang bukanlah sekadar sebuah rumah deretan lot hujung yang kelihatan biasa sahaja.
Siapa sangka di satu bahagian kanan ruang dalamannya dihimpunkan kira-kira 14 koleksi barangan atau Athar Baginda Nabi Rasullullah SAW serta para Sahabat dan isteri yang dinamakan Galeri Nur Raudhah (GNR).
Melangkah masuk ke Galeri Nur Raudhah, aroma wangian suasana sekeliling tidak ubah seperti memasuki Raudhah di Masjid Nabawi mengembalikan nostalgia bagi Kak Fas ketika berada di kota suci Medinah.
Dibahagikan kepada dua bahagian yang dipisahkan oleh dinding melalui lorong dipamerkan artifak barangan peribadi Rasulllulah antaranya seperti Serban, Cebisan Rambut dan Janggut Baginda, Helaian rambut isteri kesayangan Baginda, Khadijah & Fatimah serta Tongkat, Cemeti, mahu pun darah bekam yang dipelihara serta banyak lagi termasuk Kain Kiswah dalam Kaabah mahu pun Kain Penutup Maqam Rasulullulah.
Pendek kata, sesiapa yang melihat sambil mendengar penerangan yang diberikan penyelarasnya, Md Zawawi Ramli akan terpegun dengan artifak-artifak tersedia.
“Semua koleksi Athar Nabi adalah milik pakar etnologi dan artifak Islam dunia iaitu Allahyarham Datuk Prof Dr. Abdul Manan Embong yang juga pemilik Galeri Warisan MAR Terengganu yang diamanahkan kepada saya sebagai pemegangnya,” ujar Md Zawawi ketika ditemui pada sesi lawatan media di Galeri Nur Raudhah baru-baru ini.
Turut hadir isteri penyelaras, Raba’ah Aziz (kiri) dan penyanyi Royce Saayan (kanan) serta Che Gu Siti Hajar yang tidak ketinggalan membuat lawatan ketika itu.
Menurut Md Zawawi, sempena bulan Ramadan, beliau memberi peluang membuka galeri kepada sesiapa sahaja yang berminat melihat Athar Nabi sekali gus mengubati kerinduan kepada Baginda Rasullullah khususnya bagi mereka yang belum ada rezeki menjejakkan kaki ke tanah suci Mekah mahuu pun Medinah.
Dibuka dari 10 pagi hingga 10 malam, Galeri Nur Raudhah boleh dilawati tanpa bayaran sebagai memberi peluang dan laluan kepada umat Islam dan sesiapa sahaja waima bukan Islam sekali pun untuk menziarahi barangan peribadi Rasullullah secara dekat.
Barangkali ada pelawat yang sangsi mengenai koleksi yang dipamerkan apa kah benar ia milik Baginda atau ciplak?
Menjawab persoalan tu, kata Zawawi yang lebih mesra disapa Ustaz, segala artifak pameran mendapat sijil pengiktirafan antik, disahkan di peringkat antarabangsa yang diusahakan oleh Prof Dr. Abdul Manan semasa hayatnya.
“Dan apa yang diwujudkan bertujuan mengajak umat Islam mendekati peninggalan Rasulullah SAW sekali gus menambah menyuburkan lagi perasaan cinta, kasih dan rindu kepada Baginda Nabi,” tambah Ustaz Zawawi.
Berkongsi lanjut mengenai perancangan masa depan Galeri Nur Raudhah. Ustaz membayangkan dapat merealisasikan sebuah Kompleks Pendidikan dan Tamaddun Sejarah di Malaysia khasnya untuk menjadi sebuah Pusat Pendidikan Pengajian Al Quran dan Fardhu Ain serta bidang Pendidikan Pembelajaran yang lain bagi mendaulat dan mengembangkan syiar yang menjadi keungunlan kepada Agama Bangsa dan Negara tercinta.
Sehubungan itu, kata Ustaz beliau akan menerima dengan hati yang lapang dan tangan terbuka sekiranya ada mana-mana individu atau korporat yang berhajat menginfaq sebuah rumah atau premis yang lebih luas bagi membangunkan Galeri Nur Raudhah agar mampu menerima kunjungan lebih ramai pelancong dalam dan luar negara.
“Setekat ini GNR yang kecil ini mampu memuatkan lawatan kira-kira 40 orang dalam satu-satu masa memandangkan ruang tersedia sempit bagi menampung jumlah yang lebih besar,” jelas Ustaz Zawawi sambil memberitahu kos penyelenggaraan dibiayai sendiri daripada hasil jualan yang diperoleh bagi menampung keperluan anak-anak yatim yang tinggal bersama di Rumah Kasih Nurul Hasanah.
Dalam pada itu beliau tidak menolak sekiranya ada sesiapa yang berhasrat menyumbang ke arah pembangunan Kompleks Galeri Nur Raudhah samada sumbangan secara harta mahu pun kewangan boleh menyalurkannya melalui Akaun Galeri Nur Raudhah di MBSB Bank bernombor 1005 0441 0000 0615.
Apa pun sebarang maklumat boleh berhubung terus dengan Ustaz Zawawi di talian 019 3#49955 atau 019 334 9933 (Ra’baah Aziz) atau Pejabat GNR +603 4253 3500.
Selain itu, info lanjut mengenai GNR boleh klik pada laman sesawang di SINI atau tulis melalui emel ke nurraudhahgaleri@gmail.com.
Info mengenai GNR boleh juga diperoleh daripada laman sesawang www,galarinurraudah.org atau melalui emel ke nurraudhahgaleri@gmail.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan