Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'JANJI BERBALOI 149' KEMPEN TV9 MEMANG BERBALOI!


TIGA BELAS
barang dapur pada harga RM1.49 sen.. biar betul?

Memang betul, itulah pembelian pek Janji Berbaloi 149, sebuah kempen dilancarkan TV9 sempena bulan Ramadan yang berlangsung di ST Rosyam Mart, Sungai Buloh baru-baru ini.


Sejujurnya inilah pertama kali Kak Fas menjejakkan kaki ke Rosyam Mart, pasaraya yang diusahakan pelakon bernama Mohamed Noor Shamsuddin atau lebih popular disapa Rosyam Nor yang dah lama Kak Fas kenali sebelum bergelar Penerbit lagi.


Sebaik sahaja tiba di perkarangan ST Rosyam Mart Sq Buloh, kira-kira jam 10.30 pagi sudah kedengaran suara Rosyam bersama selebriti dari rancangan realiti masakan TV9 Dapur Tempur Ra-Ra iaitu juri tetap, Michael Ang memeriahkan suasana dengan celoteh mereka.


Di hadapan pintu utama sudah kelihatan orang ramai beratur panjang sejak pukul 8.30 pagi bagi merebut peluang mendapatkan pembelian pek Janji Berbaloi 149 yang ditawarkan.


Tawaran istimewa berkenaan bermula pada pukul 11.00 pagi dan hanya sah pada 8 April 2023 sahaja. 



Mereka perlu mendapatkan satu kupon tebusan yang hanya sah untuk satu keluarga sahaja dan wajib diserahkan ketika membuat pembayaran di mana hanya 250 pek disediakan.


“Bersempena dengan bulan Ramadan pada tahun ini, TV9 berbesar hati ingin meringankan beban penonton dengan menjual barangan dapur, yang bernilai RM60.00 pada harga serendah RM1.49 sahaja. Ini adalah salah satu tanggungjawab serta inisiatif sosial bagi kami di TV9 dalam menyantuni penonton TV9 melalui kempen Janji Berbaloi 149," ujar Khairunnisa Kamarulzaman, Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9.



Menurut beliau, pada tahun lepas, TV9  telah menjual ayam serendah harga RM1.49, waima pada tahun ini dengan keadaan ekonomi semasa yang menghadapi kenaikan harga barang, pihaknya memilih untuk menjual  13 jenis barangan asas dapur yang berlainan dengan harga keseluruhan barang-barang tersebut hanyalah RM1.49 sahaja. 


"Semoga dengan usaha ini dapat meringankan beban penonton untuk menyambut Ramadan dan Syawal yang akan tiba,” tambah Khairunnisa.



Pek yang ditawarkan oleh TV9 ini merupakan barang-barang yang biasa digunakan bagi menyediakan juadah waktu berbuka dan juadah sahur seperti beras, bawang putih, garam, minyak masak, telur, santan kelapa, tepung gandum, kicap manis, sirap kordial, bawang besar, sos cili, gula dan krimer manis


Tawaran harga yang sangat istimewa itu merupakan tanda penghargaan kepada penonton setia TV9. Kolaborasi ini juga merupakan hasil usaha antara TV9 dan ST Rosyam Mart bagi menyemarakkan lagi kempen Seindah Kasih Media Prima


Selain pembelian pek Janji Berbaloi 149, pengunjung turut berpeluang menemui  Datuk Rosyam Nor selaku wakil ST Rosyam Mart yang turut menjayakan kempen ini mahu pun Michael Ang.


Sementara itu, Rosyam Nor memaklumkan kenapa harga RM1.49 di pilih adalah kerana siaran TV9 adalah di saluran 149, memang tepat dan kena pada nama kempen Janji Berbaloi 149.

Khabarnya, dua lagi cawangan ST Rosyam Mart bakal dibuka. Di mana? Tungguuu ya...


Untuk maklumat yang lebih lanjut, jangan lupa untuk ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my untuk perkembangan terkini tentang program TV9..




#TV9 #JanjiBerbaloi149 #STRosyamMart #SeindahKasihMediaPrima #MichaelAng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan