Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SAMSUNG GALAXY A34 5G, PERANTI MAMPU MILIK DENGAN CIRI MENARIK 'AWE-DAY, AWE-NIGHT'


TERLETAK
dalam kategori peranti mampu milik dan serba boleh, pandangan pertama Kak Fas apabila menerima Samsung Galaxy A34 5G ini tentulah ingin mengetahui apa kah benar bagai yang diwar-warkan iaitu sebuah telefon bimbit yang mampu memberikan pengalaman mudah alih yang mengagumkan kepada lebih ramai rakyat Malaysia ‘Awe-Day, Awe-Night’.


Awe-Day, Awe-Night’ tentulah membawa maksud  ‘Setiap Hari, Setiap Malam’ ya…


Membuka kotaknya yang seperti siri Galaxy A lainnya. mata tentulah tidak sabar mahu melihat peranti di dalamnya. 


Rona ‘Awesome Violet’ yang Kak Fas terima memang memikat, sesuai untuk wanita. Ada tiga lagi warna pilihan lain  iaitu Awesome Silver, Awesome Lime dan Awesome Graphite.


Dari segi desain ia sederhana tetapi tetap anggun dibingkai dalam garisan ringkas dan kemas berukuran 166.5mm  (segi empat memanjang) dan 162.1 pada sudut bulatan malah beratnya yang cuma 199g memudahkan kita membawa dan memegangnya. 


Sesuai untuk kalangan remaja yang baharu mahu mengenali dan memegang sebuah telefon bimbit.


Sebagai seorang wartawan blogger yang sering menghadiri pelbagai acara jemputan tentulah fungsi kamera menjadi keutamaan, jadi pandangan pertama Kak Fas juga tertumpu pada sudut kameranya.



Pada dasarnya, Samsung Galaxy A 34 5G ini mempunyai tiga lagi lens kamera sampingan daripada kamera utamanya iaitu kamera di hadapan, kamera ultra lebar dan kamera makro. Jadi ada empat jumlah kamera kesemuanya tau!


Khabarnya peranti ini mampu merekodkan detik terbaik anda dalam warna terang dan terang walaupun dalam gelap malah dengan menggunakan Auto Framing ia mampu menyesuaikan gambar agar masuk cantik dalam frame.


Bab ni Kak Fas akan bicarakan lagi pada prebiu secara lebih mendalam kemudian ya…


Apa apa pun terlebih dahulu Kak Fas kongsikan apa yang terdapat dalam kotak ‘Awesome’ yang menarik ini ya… jadi tonton video ‘unboxing’ yang sempat disediakan secara rebiu pandangan pertama di bawah sekali.


Ini pandangan pada  luarannya je tau, nak tahu lanjut dalamannya kenalah tunggguuuu!


Tetapi terlebih dahuluu yang penting harganya pun ‘awesome’ iaitu RM1,599 bagi Samsung Galaxy A34 5G dan RM1,899 bagi model A54 5G,  Memang mampu milik bagi seseorang yang mahukan peranti bergaya dan mempunyai ciri-ciri yang tidak kurang hebat seperti jenama lain.


Yang penting nama SAMSUNG itu sudah cukup kuat untuk seseorang itu memiliki peranti yang berkualiti tinggi tetapi pada kadar harga ‘cantik’… mungkin lepas ini ada harga ‘rahmah’ lak mana tahu kan… boleh la para pelajar lak memiliki nya.


Enjoice!



#SamsungGalaxyA345G #SamsungElectronicsMalaysia #Gadget #AweDayAweNight




Tiada ulasan:

Catat Ulasan