Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'SEINDAH KASIH' PAPAR PROGRAM MENARIK RAMADAN. FEDTRI BELUM NAMPAK PENGGANTI KENDALI 'JEJAK RASUL'


SETIAP
kali bulan Ramadan, pastinya akan kendengaran lagu OST Jejak Rasul hasil ciptaan Hafiz Hamidun  dan gubahan Peter Lim yang liriknya ditulis oleh pengacara rancangan itu sendiri, Ahmad Fedtri Yahya.


Sejajar dengan tema ‘Seindah Kasih’, Media Prima Berhad sudah tentu tidak ketinggalan menyiarkan rancangan dokumentari Islam ‘Jejak Rasul’ itu yang ditayangkan di TV3 sejak tahun 1996 pada bulan Ramadan.


Jika pada tahun-tahun lalu sebelum dilanda wabak COVID-19, ‘Jejak Rasul’ sering dilihat jelajah ke luar negara namun sejak ‘lockdown’  pengacaranya, Ahmad Fedtri yang sinonim dengan rancangan tersebut memilih jelajah ke dalam negara sendiri bagi meneruskan topik yang diketengahkan sejak 2021 iaitu Ulama Pewaris Rasul.



Tahun ini, untuk ‘Ulama Pewaris Rasul’ musim ke-3,  dokumentari sejarah Islam Alam Melayu itu diterokai di Pulau Pinang, Pahang, Terengganu dan Kelantan.


“Siri kali ini berkisar tentang kisah perjuangan Alim Ulama dan Pahlawan Melayu yang melawan penjajah Inggeris, contohnya merangkumi kisah perjuangan Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau di Pahang dan Haji Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Terengganu dan Kelantan,”  ujar Ahmad Fedtri Yahya ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen ‘Seindah Kasih’ yang disiarkan secara langsung di TV3 dan Tonton baru-baru ini.



Siaran yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy tersebut turut dimeriahkan dengan 
kehadiran barisan selebriti popular seperti Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Anas Ridzuan, Mimi Lana, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Dato' Chef Ismail, Michael Ang dan Ustaz Tarmizi serta persembahan nyanyian hebat daripada Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini dan Rahmad Mega.


Berkongsi lanjut Ahmad Fedtri yang mengendalikan ‘Jejak Rasul’ selama empat musim iaitu pada tahun 2013, 2019, 2020 dan 2021 hingga kini akui program tersebut sudah sebati dengan dirinya.


“Saya belum nampak lagi sesiapa yang boleh mengendalikan program Jejak Rasul jika saya mengundur diri,” tambah Fedtri yang menganggap ‘Jejak Rasul’ sudah sebati dengan jiwa raganya.


Tambahnya, bukannya mudah untuk memberikan sepenuh tumpuan  kepada kajian jika diri seseorang itu tidak mempunyai ‘roh’ dan semangat juang tinggi untuk mencari dan mendapatkan maklumat tepat.


“Saya belum dapat memberikan jawapan apa kah akan menyerahkan program ini kepada wajah baharu atau saya sendiri yang akan teruskan sehingga mampu,” jelas Fedtri.


Sementara itu, kempen ‘Seindah Kasih’ anjuran Media Prima diperkenalkan sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa dan merosakkan harta benda.


Pelancaran yang disiarkan secara langsung selama satu jam itu memperkenalkan susunan aktiviti dan program-program menarik merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan sepanjang bulan Ramadan di TV3, TV9, Tonton, WOW Shop dan Harian Metro serta Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.


Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda akan mengembara ke serata Semenanjung Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Timur di bulan Ramadan dari 22 Mac hingga 16 April 2023 untuk mengagihkan set iftar dan barangan keperluan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua, golongan ibu tunggal dan juga golongan B40. 


Dan menerusi kempen 'Seindah Kasih', eksklusif di Tonton, perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysia menampilkan Tonton Original: Seindah Kasih The Movie lakonan Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz dan Shasha Abedul yang bakal bersiaran di Tonton pada 12 April 2023. 


Selain itu, Tonton akan mempersembahkan Tonton Soundstage X Seindah Kasih  yang menampilkan penyanyi lagu tema kempen iaitu Bil Musa dan Aqmal Ramdan.


Pendek kata,TV3 dan TV9 menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini. 



Shopee kembali di bulan Ramadan ini dengan rancangan yang diberikan nafas baharu iaitu ‘Shopee Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang’. 


Pastikan temujanji anda menonton program konsep baharu yang bakal menghiasi malam Ramadan anda pada 4 April ini bermula pukul 9.00 malam hingga 10 malam hanya di TV3 dan Shopee LIVE.


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3 & TV9, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia @TV9Malaysia. 




#SeindahKasih #JejakRasul #Tonton #RamadanKasihSayang #TV3 #TV9 #Program

Tiada ulasan:

Catat Ulasan