Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MESIN 'ONE DOC-PICO 250' INOVASI TERKINI RAWAT MASALAH KULIT


DALAM
pembangunan era teknologi moden khususnya industri kecantikan, pelbagai usaha diketengahkan dalam mempertingkatkan kemajuannya.


Dengan penglibatan generasi Z yang berminat pada bidang kecantikan sudah tentu perlu menjalani latihan yang kondusif untuk mencapai tahap yang boleh diiktiraf sebagai seorang penata rias yang profesional.


Menyahut kehendak mempertingkatkan tahap kemahiran di kalangan penata rias. itu, kumpulaan syarikat 1 Doc yang ditubuhkan pada 2016 merupakan satu-satunya  pusat rawatan yang boleh memberikan latihan profesional apatah lagi dilengkapi dengan peranti PicoPulse™ yang paling meluas di Malaysia.


One Doc merupakan pusat Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia dan  dikendalikan oleh One Doc Academy.


Sistem Latihan Dual Kebangsaan (SLDN) merupakan teknik latihan berasaskan pendekatan industri dan dijalankan melalui usaha kerjasama antara syarikat perniagaan dengan institusi latihan. 


Latihan yang disediakan melalui SLDN ini melibatkan dua persekitaran pembelajaran yang berbeza, dengan 70% tumpuan diberikan kepada latihan praktikal di tempat kerja sebenar manakala lagi 30% melibatkan pengajian teori.


Dan teknologi PicoPulse pula adalah yang terkedepan dan terpantas di dunia untuk menangkis segala macam cela pada kulit seperti jerawat, pigmentasi, dan bekas jerawat.


Terbaharu, One Doc melancarkan mesin rias Pico-Pulse, terkini dan tercanggih yang pernah dibangunkan di Korea untuk pasaran di Malaysia iaitu ONE DOC – PICO 250”.



Majlis pelancaran  Pico 250 serta program latihan untuk pakar kecantikan di Malaysia itu disempurnakan  oleh Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar,  bersama Pengerusi Kumpulan One Doc, Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, bertempat di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.



Dalam ucapan perasmiannya, Sivakumar memaklumkan Kementerian Sumber Manusia sedang mempertimbangkan penambahan teknologi One Doc - PICO 250 dalam silibus NOSS semasa, meliputi Bidang Kecantikan, Bahagian S96, Bidang: Terapi Kecantikan kerana One Doc - PICO 250 merupakan teknologi tercanggih masa kini.



“Kementerian percaya penetapan piawaian dan akreditasi bagi sektor baru muncul dalam era transformasi teknologi kini penting. Piawaian ini dapat menjamin penyediaan latihan yang berkualiti tinggi, bahkan latihan tersebut perlu cukup menyeluruh dan praktikal untuk menampung sesi menata rias yang diiktiraf. 


“Pendekatan modular ini bakal menyediakan asas latihan vokasional yang mantap demi membolehkan Malaysia bangkit sebagai peneraju dan hab kecantikan yang terulung di rantau ini,” ujar Sivakumar.


Menurut beliau, program latihan ini merupakan batu loncatan untuk mengubah Malaysia menjadi destinasi pelancongan kecantikan yang terbaik di dunia setanding dengan Korea. 


“Kita memiliki kelebihan dari segi tawaran kos yang lebih rendah untuk menjadi salah satu tarikan utama lebih ramai pelancong ke negara sekaligus mempertingkat ekonomi Malaysia,” tambahnya. 


Jabatan Pembangunan Kemahiran melalui Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan untuk menerajui pembangunan sumber manusia yang berkemahiran di peringkat global. 


Misi JPK adalah untuk mewujudkan pekerja berpengetahuan tinggi dengan kelebihan daya saing. 


Untuk mencapai matlamat ini, salah satu objektif JPK adalah menyelia dan mengawal selia pelaksanaan latihan kemahiran dalam menghasilkan pekerja berkemahiran yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 


Oleh itu, kerajaan kini aktif bekerjasama dengan organisasi termasuk sektor swasta seperti One Doc demi merealisasikan matlamat ini.


“Saya benar-benar mengiktiraf usaha murni One Doc untuk membawa masuk pengetahuan dan mesin bertaraf dunia dari Korea demi manfaat komuniti industri kecantikan di Malaysia,” tambah YB



Sementara itu, Pengasas/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat One Doc, Dr. Michael On  (gambar atas, dua dari kiri) yang melahirkan rasa terujanya terhadap pelancaran mesin kecantikan One Doc- Pico 250 berharap ia dapat meneruskan misinya mengasah kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan oleh penata rias supaya lebih menyerlah dalam industri kecantikan di samping melengkapkan mereka dengan kemahiran teknologi dan teknik terkini.


“Mesin Pico-Pulse “ONE DOC - PICO 250” merupakan inovasi terkini dalam industri kecantikan dan sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja yang berhasrat untuk melonjakkan kemahiran ke peringkat seterusnya,” kata Dr. Michael Ong.


Menurut beliau, One Doc Academy menawarkan latihan untuk penata rias belajar cara menggunakan “ONE DOC - PICO 250” untuk meneliti analisis kulit dan belajar cara rundingan yang betul daripada pakar rias profesional dari Korea dan perunding tempatan terlatih. 


Latihan ini bakal dijalankan secara fizikal, meliputi sesi teori dan praktikal serta latihan lapangan dalam tempoh tiga bulan. 


Selain daripada belajar tentang cara penggunaan mesin rias Pico-Pulse “ONE DOC - PICO 250”, peserta juga bakal diajar dengan subjek lain seperti elektroterapi wajah, perkhidmatan rias wajah secara manual, serta penggunaan mesin lain untuk menata rias melalui teknik dan teknologi terkini.


Melalui program latihan ini, penata rias dapat mengasah kemahiran dan meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing sekaligus menjadikan mereka lebih cekap menangani cabaran dalam pasaran kecantikan, setanding dengan 80,000 profesional dalam industri. 


Setelah tamat program latihan, penata rias akan menerima pensijilan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM). 


“Melalui pensijilan ini, penata rias bakal memperoleh peluang pekerjaan yang lebih cerah dalam industri kecantikan,” jelas Dr. Michael.



Program latihan ini hanya terdapat di One Doc Academy di Puchong, Selangor dan terbuka kepada sesiapa yang berminat dalam industri kecantikan dan bersemangat untuk mengasah kemahiran dan pengetahuan masing-masing. 


Pakar dari Korea akan membuat kunjungan ke One Doc Academy setiap tahun untuk mengendalikan latihan.


“ONE DOC - PICO 250” dilengkapi dengan 5 ciri baharu iaitu Penetapan Kadar Nadi, Kesan Fotoakustik Berkesan, Persis, Tanpa Kesakitan, dan Pecahan Optik Teraruh Nadi (PIOB). 


Dari segi Penetapan Kadar Nadi, “ONE DOC - PICO 250” merupakan yang terpantas di dunia kerana penetapan kadar nadi mesin ini jauh lebih pendek berbanding dengan yang sebelumnya. Oleh sebab kadar nadinya lebih pendek, mesin ini menawarkan kesan fotoakustik yang berkesan dan mengekang pembentukan pigmen dengan kepersisan yang jitu.


Sekalipun kadar nadi yang ditetapkan adalah yang terpantas, namun proses ini tidak menyakitkan kerana kadar nadi yang singkat kurang menghasilkan haba sehingga mengakibatkan kerosakan terhadap tisu di sekitar. Hal ini mengurangkan risiko komplikasi terhadap pengguna, ini merupakan berita baik untuk pelanggan yang sentiasa ingin kekal cantik mahupun pengguna buat kali pertama.


Ciri Pecahan Optik Teraruh Nadi (PIOB) pula diperkenalkan untuk mengekang pembentukan pigmen dengan lebih mantap, serta menggalakkan penghasilan kolagen sama ada untuk pengguna wanita dan lelaki supaya dapat memperoleh kulit yang lebih anjal, licin dan mulus.


Sesungguhnya, manfaat “ONE DOC - PICO 250” tidak terhitung. 



Mesin ini menggunakan sedikit tenaga untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, mengurangkan pembentukan pigmen dengan kesan peremajaan yang memberangsangkan dalam tempoh yang singkat namun dengan hasil yang jitu, dan kurang masa henti untuk mendapatkan kulit yang lebih menawan. 


Mesin ini sesuai digunakan sama ada untuk lelaki dan wanita tanpa mengira jenis kulit, termasuk individu yang memiliki kulit sensitif atau menghadapi masalah kulit.


Jadi jika anda mempunyai masalah pigmentasi, jerawat yang selama ini menganggu ketrampilan mahu pun keyakinan diri, apa kata cuba rawatan menggunakan mesin Pico 250 ini. Begitu juga jika anda mahu terus menerima latihan kecantikan yang lengkap.


Pendek kata, pelancaran mesin rias “ONE DOC - PICO 250” dan program latihan Pico-Pulse yang disediakan untuk penata rias merupakan suatu langkah besar dalam memajukan industri kecantikan di Malaysia. Mesin rias dan program latihan tersebut dijangka dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan, mempertingkat kualiti industri kecantikan, serta menjadikan Malaysia hub pelancongan kecantikan pilihan.


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman web One Doc Group di www.onedoc.com.my.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan