'MIC ON SELEBRITI' TAMPILKAN 12 PELAKON REBUT HADIAH BERNILAI RM25K, BERMULA 20 MEI
SETELAH dua musim bersiaran, program pencarian bakat ‘Mic On’ yang mula diperkenalkan pada tahun 2021 dengan misi utama mencungkil pelapis penghibur baharu versatil disuntik format asalnya dengan pembaharuan segar untuk kekal relevan tahun ini.
Penganjuran edisi yang terbaharu bakal menyaksikan pertembungan sengit barisan pelakon popular tanah air yang akan memperlihatkan bakat terpendam dalam bidang nyanyian serta sisi komedi dalam diri mereka.
Dinamakan ‘Mic On Selebriti’ ia akan mengetengahkan 12 barisan pelakon yang akan berentap sesama mereka bagi merebut gelaran juara dengan membawa pulang hadiah bernilai sehingga RM250,000.
Bakal bersiaran selama 10 minggu pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam mulai 20 Mei 2023 secara eksklusif di platform Astro 123 dan MyTV 112, menggabungkan elemen nyanyian dan komedi.
“Penganjuran edisi yang terbaharu bakal menyaksikan pertembungan sengit barisan pelakon popular tanah air yang akan memperlihatkan bakat terpendam dalam bidang nyanyian serta sisi komedi dalam diri mereka.
Menurut Ezzan, beliau percaya kesemua mereka mampu menyahut cabaran ini sekaligus memanfaatkan platfrom yang telah disediakan bagi mengembangkan bakat yang ada untuk menembusi bidang nyanyian pula.
Barisan artis terlibat terdiri dari Zul Huzaimy, Fauzi Nawawi, Johan As’ari, Namie, Chiwan, Ammar, Anas Ridzuan, Sherry Ibrahim, Mona Allen, Elly Arifin, Afifah Nasir dan Amyza Aznan.
Mereka akan dibahagikan kepada TIGA kumpulan dan diletakkan di bawah pengawasan “Manager” yang telah dilantik sepanjang pertandingan berlangsung.
Bagi merancakkan lagi cabaran program ini, kesemua Manager juga akan diberi tugasan mingguan yang perlu dinilai oleh barisan juri.
Manager yang berjaya merangkul persembahan terbaik setiap minggu akan menerima ganjaran istimewa.
“Kami juga berharap semoga penganjuran ‘Mic On Selebriti’ mampu melonjakkan jenama dan karier seni para peserta ke peringkat yang lebih tinggi sekaligus bertahan lama dalam bidang hiburan yang kompetitif dan serba mencabar ini,” tambah Ezzan sambil meluahkan rasa berbesar hati di atas kesudian kesemua selebriti yang terlibat dengan program ‘Mic On Selebriti’ musim ini.
Program ‘Mic On Selebriti’ bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Shiha Zikir dan Jaa Suzuran yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai hos musim ini.
Tiga nama besar yang dilantik sebagai juri tetap program ‘Mic On Selebriti’ ialah Hashridz Murshim atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Acis yang bertindak sebagai pengarah muzik, Dato’ Aaron Aziz serta Erra Fazira.
Sistem pemarkahan program ‘Mic On Selebriti’ pula akan diadili 100% oleh pihak juri tetap berdasarkan tiga komponen utama penilaian iaitu aspek vokal yang mewakili 50%, persembahan sebanyak 30% dan 20% lagi untuk kreativiti.
Uniknya, markah selebriti yang tertinggi akan dicampurkan dengan markah selebriti terendah.
Kumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah akan mara ke pusingan penyingkiran. Selebriti yang akan tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager kumpulan itu sendiri.
Jadi jom tonton dan beri sokongan kepada 12 pelakon ini yang bakal mempamerkan bakat mereka dalam bidang nyanyian dan komedi.
#MicOn #AwesomeTV #MicOnSelebriti #Astro123 #MyTV112 #Erra #Aaron #Shiha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan