Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ANGKASA MUKMIN, HAYYA TRAVEL PILIH BATIK AIR RANCANG PAKEJ UMRAH, BAWA 4 ARTIS OTAI 'HIJRAH'


DALAM usaha menjamin tiada ketirisan atau pun berlakunya penipuan dalam urusan mengendalikan pakej umrah, Angkasa Mukmin Sdn Bhd dan Hayya Travel & Tours Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik dengan penerbangan Batik Air Malaysia bagi mengendalikan tiket penerbangan khusus untuk sektor Umrah.


Satu majlis perjanjian persefahaman antara ketiga-tiganya ditandatangani pada Selasa 20 Jun 2023 semalam, bertempat di Hotel Royale Chulan, The Curve sekali gus memperkenalkan empat artis ‘hijrah’ yang dipilih untuk menyertai jemaah umrah dijangka pada bulan November depan.


Keempat-empat artis terbabit terdiri daripada Ali XPDC, 54,  ( Mohd. Ali Ismail);  DR Sam, 70, (Salim Ibrahim); Iwan Syahman, 62, (Wan Syahman Wan Yunus) dan Mel Wings,  atau nama sebenarnya Ismail Zainudiin, 57 tahun.


DARI kiri: Ali XPDC, Mel Wings, Iwan dan DR Sam.


“Kerjasama ini bertujuan memberikan pengalaman perjalanan yang selesa dan dipercayai bagi para jemaah yang ingin melaksanakan ibadah umrah ke Arab Saudi dengan harga yang mampu,” ujar  Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Angkasa Mukmin, Mohd Yusni Hj Ismail ketika ditemui pada majis MoU berkenaan.


MoU Angkasa Mukmin bersama Batik Air Malaysia.
MoU bersama Hayya Travel Sdn Bhd.


Turut hadir Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato Nadzim Johan; Ketua Pegawai Eksekutif Batik Air Malaysia, Capt Mushafiz Mustafa Bakri, Ketua Pegawai Eksekutif Hayya Travel, Musthofa Mubarak Kamaruzaman bersama Ketua Pegawai Strateginya, Hj Mohd Faiz Mokhtaserta Aidil Abdul Ghafar sebagai pengacara.


DARI kiri: Aidil, Musthofa, Mohd Yusni, Ali, Mel, Iwan, DR Sam, Nadzim dan Mohd Faiz Mokhtar.


Berkongsi lanjut, Mohd Yusni memberitahu, melalui pakej yang diselenggarakan bersama penerbangan Batik Air, para jemaah akan diterbangkan terus ke Arab Saudi tanpa perlu berhenti untuk transit atau ganti pesawat di negara lain.


“Dengan tempoh waktu perjalanan yang kurang ia memberikan keselesaan kepada para jemaah untuk fokus sepenuhnya terhadap persediaan melaksanakan ibadah umrah dengan tenang,’ tambah Mohd Yusni sambil yakin Batik Air mampu menawarkan harga yang sangat kompetitif bagi tiket penerbangan sektor Umrah ini.


Beliau percaya dengan kerjasama dimeterai, ia akan memberikan manfaat terbaik  bagi jemaah umrah yang menginginkan perjalanan yang lancar, selesa dan paling penting dipercayai.


“Besar harapan kami agar dapat membantu lebih ramai umat Islam khususnya rakyat Malaysia melaksanakan ibadah Umrah di tanah suci, Mekah Al Mubarak,” akhiri Mohd Yusni.


Sementara itu, keempat-empat artis veteran yang terpilih menyertai pakej Umrah melahirkan rasa bersyukur  mereka di atas peluang yang diberikan walau pun ada di antara mereka yang sudah beberapa kali menyampurnakan ibadah umrah.


Selain Ali XPDC dan Dr. Sam yang sudah berpengalaman beberapa kali ke tanah haram, hanya Iwan dan Mel Wings sahaja yang baharu pertama kali akan menunaikan ibadah umrah.


“Sebenarnya, ini kali ketiga saya ditawarkan menunaikan ibadah haji di mana sebelum ini atas beberapa faktor tertentu, belum ada rezeki ke tanah suci,” ujar Iwan sambil reda dengan Ketentuan Allah SWT yang belum mengizinkan kepergiannya ke Mekah.

 

Menurutnya,  beliau sepatutnya sudah berada di Mekah tetapi disebabkan visanya sangkut terpaksa dibatalkan.


“Yang kali ini pun belum tahu lagi, saya ikut sahaja, jika ada rezeki insyaAllah sebab sehingga ini belum diberitahu apa peranan kami apabila ditaja,” jelas Iwan sambil berharap agar kali ini harapannya untuk menunaikan umrah terlebih dahulu sebelum Haji terlaksana.


Seperti Iwan, Mel Wings turut  mempunyai cerita seumpama di mana harapannya untuk ke tanah suci sudah tiga kali tergendala.


“Ini kali keempat, masa kali ketiga COVID-19 pula melanda, saya sangkut lagi sedangkan rakan-rakan terdahulu berjaya lepas manakala kali pertama dan kedua tu memang ada halangan. Jadi saya anggap belum ada rezeki,” cerita Mel Wings sambil berharap kali ini dapatlah tunaikan hajatnya itu.


Apa pun katanya, segalanya berserah kepada Allah SWT dan beliau akan ikut sahaja rentak yang  disusun untuknya samada harapannya untuk menunaikan umrah kali ini terlaksana atau tidak. 



Namun seperti Iwan, Mel memasang niat momohon doa di tanah suci kelak untuk berdakwah dengan sempurna dan membawa lebih ramai rakan-rakan artis ke arah menzahirkan lagu-lagu kerohanian.


Baik Iwan mahu Mel, melalui percakapan mereka yang teratur terselit ungkapan ‘dakwah’ secara halus menandakan hati nurani mereka sudah berada  di jalan penghijrahan sebenarnya namun tidak akan meninggalkan bidang seni yang sebati dan menjadi punca pendapatan mereka selama ini.


‘InsyaAllah, bukan bermakna kami akan meninggalkan terus bidang seni tetapi ke arah muzik irama ketuhanan kerana itulah ‘dakwah’ yang berkesan untuk dunia akhirat,” Iwan membayangkan sambil diperakui dan mendapat anggukan dari Mel Wings.



Kak Fas: Turut titip doa agar kesemua barisan artis dipermudahkan dan diberikan rezeki menjadi tetamu Allah SWT tahun ini terutamanya Mel Wings dan Iwan yang dah beberapa kali hasrat mereka ke Mekah tergendala.


#AngkasaMukmin #BatikAir #HayyaTravelTours #IbadahHaji #SaudiArabia #umrah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan