Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DIDIE ALIAS TERIMA TAJAAN PERKAHWINAN ANAK RM500K, RANCANG KONSEP 'MAT KILAU' DI TEMU JELATEK 2 SEPT.


RANCANGAN
asalnya, pelakon dan pengacara versatil, Didie Alias mahu menyempurnakan majlis resepsi perkahwinan  atau ‘sambut menantu’ anak tunggal lelakinya, Muhammad Dhanial di Kuala Lumpur pada bulan Disember nanti.


Terdahulu, Dhanial selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya, Nur Khairunnisa Zulkifli di Tawau, Sabah pada 20 Mei lalu.


“Atas beberapa sebab tertentu serta kesibukan, rancangan untuk majlis perkahwinan di Kuala Lumpur hanya dapat dirangka pada bulan Disember waima bulan itu pun dah cuti persekolahan dan lapang,” cerita Didie atau nama sebenarnya, Nur Fadziah Ali, 52, ketika  ditemui pada acara pelancaran Temu Jelatek The Event Space di Datum Jalatek Shopping Mall,  yang disempurnakan oleh Dato Mahmud Abbas selaku Ketua Pegawai Eksekutif PKNS merangkap  Pengerusi SACC Convec Sdn Bhd, semalam.



Namun tanpa disangka, perancangannya itu dipermudahkan lebih awal apabila dikejutkan dengan tawaran tajaan perkahwinan bernilai RM500,000 oleh Temu Jelatek, milik SACC Convec Sdn Bhd. itu yang bakal diadakan pada 2 September 2023.


“Mami memang terkejut apabila dihubungi oleh Temu Jelatek untuk menaja perkahwinan Dhanial. Inilah rezeki namanya buat Dhanial yang telah menjaga bapanya sehingga akhir hayatnya,” tambah Didie yang sering membahasakan dirinya ‘mami’.


Bekas suaminya, Ridzuan Hashim, 62, terlebih dahulu  dijemput Ilahi pada 4 Mei lalu.


Berkongsi lanjut, Didie memberitahu, Dhanial berhajat memakai sut arwah bapanya berwarna kelabu bersama kemeja biru muda  ketika acara memotong kek pengantin.


“Sut tu ditemui tergantung rapi dalam almari arwah ketika kami mengemas rumahnya.  Ia memang muat dengan Dhanial cuma kena alter seluarnya yang agak sedikit panjang memandangkan arwah lebih tinggi darinya,” ujar Didie yang merancang mengarakkan pengantin ke dewan utama menaiki tren (LRT) dari stesen Setiawangsa ke stesen Jelatek.



Menurutnya, memandangkan dewan Temu Jelatek berada di dalam pusat membeli-belah yang berhampiran LRT Jelatek, tidak timbul masalah pengangkutan.


“Tetamu boleh sahaja datang naik LRT, jadi dengan gimik mengarak pengantin naik tren merupakan salah satu promosi jualan untuk menjadikan Temu Jelatek pilihan ruang acara yang strategik di Kuala Lumpur ini,” akhiri Didie yang turut merancang mengetengahkan konsep ‘Mat Kilau’ pada majlis perkahwinan anaknya itu nanti.



Sementara itu,  Ketua Pegawai Eksekutif SACC Convec Sdn Bhd, Nor Azlina Amran (gambar bawah, kanan) yang turut hadir pada majlis pelancaran Temu Jelatek memaklumkan bersedia menawarkan potongan sebanyak 20% sekiranya tempahan untuk majlis perkahwinan berserta deposit diberikan bermula 1 Julai 2023 sehingga 31 Disember 2023.



“Dan jika tempahan berserta deposit dibuat dari 1 Januari 2024 hingga 30 Jun 2024, kami menawarkan potongan harga sebanyak 10%,” ujar Nor Azlina sambil memberitahu pakej terlajak murah yang diberikan adalah serendah RM39 seorang bagi pakej bufet ‘tepak sirih’ dengan minima sekurang-kurangnya  800 jemputan,


Selain itu, pakej secara ‘dome’ yang dinamakan “Sirih Junjung’ berharga RM49 dengan tempahan minima sekurang-kurangnya 500 pax.


“Pakej penuh itu meliputi  dekorasi luar dan dalam dewan, makanan, pelamin, rostrum, sistem P.A, permaidani merah, kek kahwin, meja pendaftaran dan meja door gift serta LED TV untuk paparan video dan gambar yang ingin dikongsikan kepada tetamu yang hadir,” jelas Nor Azlina.


Menurutnya lagi, permintaan tambahan lain seperti pakaian pengantin, make-up, jurufoto atau photo booth boleh diusahakan sendiri oleh pihak pengantin.



“Namun jika mereka mahu kami uruskan semua pun boleh dengan penambahan kos yang berpatutan memandangkan kami juga mempunyai vendor terbaik untuk segala persiapan dan urusan perkahwinan,” sambung beliau.


Sebagai perancangan untuk perkembangan. ‘Temu’ bakal melabarkan sayapnya sehingga 10 buah di lokasi berbeza khususnya di Selangor.



“Lokasi  Temu seterusnya dijangka dibuka di Bangi pada tahun 2025 dengan kapasiti muatan tetamu sehingga 1,000 orang pada satu-satu masa,” akhiri Nor Azlina.


Terletak di Aras 2, Datum Jelatek Shopping Mall, Temu Jelatek yang berukuran seluas 12,568 kaki persegi berserta kemudahan ruang parkir sehingga 1,149 petak turut dilengkapi bilik VIP, terletak berhadapan dewan bagi memudahkan pengantin atau tetamu kehormat menunggu sementara bermulanya majlis perkahwinan atau acara sosial lainnya seperti majlis hari jadi, ulang tahun perkahwinan, event atau apa sahaja acara dihajati.



#TemuJelatekTheEventSpace #DewanPerkahwinan #DidieAlias #LRTJelatek #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan