GUARDIAN KEMBALI MENCARI 4 WAJAH 'THE FACE OF HEALTHY BEAUTY 2023'
Mempunyai tahap konfiden yang tinggi serta bijak berbicara soal isu semasa mahu pun sebarang persoalan yang ditanya?
Jika apa yang Kak Fas sebutkan di atas tadi sebahagian daripada sifat dalam perawatakan anda, barangkali amat sesuai jika anda merebut peluang untuk bersaing dalam pencarian ‘The Face of Healthy Beauty’ anjuran Guardian Malaysia.
Iya, sejak ia terhenti pada kali pertama dianjurkan pada tahun 2019 disebabkan oleh pandemik COVID-19, ‘The Face of Healthy Beauty’ kembali sekali lagi bagi mencari empat pemenang pada tahun ini.
“Pencarian The Face of Healthy Beauty Guardian BUKAN pertandingan kecantikan tetapi meraikan kecantikan yang sihat dan menggalakkan orang ramai untuk menerima segala keunikan diri mereka luar dan dalam,” ujar Angela Teo, Ketua Pemasaran Guardian Health & Beauty Sdn Bhd pada sidang media Pencarian ‘The Face of Healthy Beauty 2023’ musim kedua yang berlangsung di Pavilion Bukit Jalil baru-baru ini.
BARISAN depan dari kiri: Angela Teo, Aimi, Yasmin dan Karyll. |
Turut hadir tiga daripada empat pemenang tahun 2019 iaitu Yasmin Khalid, 27; Nur Aimi Abdul Ghani, 35, dan Karyll Chee, 27, manakala Nurul Ezzaty Hasbullah, 27, tidak hadir kerana melanjutkan pengajian di luar negara manakala personaliti Nadia Heng (gambar bawah, kanan) bertindak sebagai pengacara majlis.
Bersama mereka juga meraikan majlis adalah sebahagian daripada 12 lagi finalis yang bersaing dalam ‘The Face of Healthy Beauty Guardian 2019’.
Bercakap lanjut, Teo berpendapat 'Healthy Beauty' menyerlahkan individu yang positif, dinamik, lemah lembut tetapi bersemangat, ceria, penyayang dan menginspirasi dengan keyakinan yang lahir dari perasaan yang baik secara holistik.
“Mereka juga mampu memberi inspirasi kepada orang lain untuk menjalani kehidupan yang sihat dan indah melalui perkara yang menggembirakan dan memuaskan hati mereka,” tambah Teo.
Disebut-sebut sebagai yang pertama seumpamanya di Malaysia, pencarian 'The Face of Healthy Beauty' adalah usaha seluruh negara untuk mencari EMPAT individu yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.
Teo menjelaskan, konsep 'Healthy Beauty' adalah teras falsafah jenama Guardian dan ia terhasil daripada wawasan pengguna yang meyakini bahawa kesihatan yang baik adalah asas kepada kecantikan sebenar.
“Kami mendapati bahawa pelanggan kami percaya bahawa kecantikan sebenar datang daripada tubuh badan yang sihat dan mental yang sejahtera,” kata Teo.
Dan terbukti trend ini juga telah membantu Guardian berkembang daripada sebuah stor kesihatan dan kecantikan, kepada sebuah jenama dengan matlamat untuk memberi inspirasi kepada pelanggan menjalani hidup yang sihat dan indah.
“Untuk mencapai misi ini, kakitangan jualan kami telah dilatih untuk menjadi penasihat penjagaan kecantikan dan kesihatan, manakala stor kami terus menawarkan produk terkini dan paling inovatif dari seluruh dunia pada nilai terbaik kepada pelanggan,” sambung Teo.
‘The Face of Healthy Beauty Guardian 2023’ terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan penyertaan yang perlu dihantar secara dalam talian mulai 26 Jun 2023 hingga 6 Ogos 2023 di laman rasminya iaitu di https://theface.guardian.com.my atau klik pada kod QR di semua platform media sosial Guardian dan di stor Guardian.
Nak lebih mudah Kak Fas turunkan laman berkenaan DI SINI jadi klik je ya.
Peserta perlu memuat naik video berdurasi 30 saat, menerangkan ‘Mengapa mereka ingin menjadi The Face of Healthy Beauty?’ disertai dengan satu gambar berukuran penuh dan satu gambar passport.
Satu ratus dua puluh (120) peserta yang disenarai pendek akan dipilih untuk menghadiri peringkat separuh akhir di:
- Plaza Gurney, Pulau Pinang (26-27 Ogos 2023),
- Pusat Membeli-Belah MyTOWN, Kuala Lumpur (2-3 September 2023),
- Paradigm Mall, Johor Bahru (9-10 September 2023) dan
- Vivacity Mall, Kuching Sarawak (16-17 September 2023).
Lima peserta separuh akhir dari setiap wilayah akan berentap di Pusingan Akhir yang bakal berlangsung di Pusat Membeli-Belah Sunway Pyramid di Petaling Jaya pada 21 Oktober 2023.
Mulai 18 September 2023 hingga 8 Oktober 2023, pelanggan Guardian juga boleh mengundi di laman mikro untuk memilih pemenang pilihan mereka pada Pusingan Akhir.
Undian yang diterima untuk setiap finalis akan menyumbang 40% daripada jumlah markah di Peringkat Akhir bagi menentukan empat pemenang yang bakal menerima:
• Kontrak satu (1) tahun dengan Guardian
• Penampilan muka hadapan Katalog Guardian & material jualan lain
• Wang tunai RM10,000 dan Baucar bernilai RM10,000
• Produk daripada penganjur yang mengambil bahagian
• Produk Penjagaan Mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang
Butiran lanjut tentang pencarian, serta terma dan syarat penuh penyertaan boleh didapati di https://theface.guardian.com.my atau klik link yang Kak Fas kongsikan di atas tadi.
Good luck semua!
#GuardianMalaysia #TheFaceOfHealthyBeauty #Pencarian #SeluruhNegara #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan