Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KAU PILIH SIAPA', HIBURAN SANTAI MENGHIBURKAN, ADA SENTUHAN GAYA MAMAT KHALID! DI PAWAGAM SEKARANG!


FILEM
ini diklasifikasikan sebagai filem ‘stress buster’.


Maknanya jika anda rasa stress disebabkan kerja atau apa sahaja yang membelenggu diri apa kata ke pawagam sekarang dan tontonlah ‘Kau Pilih Siapa?’, sebuah filem yang garapan dan auranya persis filem-filem karya Allahyarham Mamat Khalid.


Pendek kata jika rindukan sebuah filem ala-ala sentuhan arwah, Kak Fas syorkan anda menonton ‘Kau Pilih Siapa?’ waima pengarahnya, Saifullah Khaisas adalah anak didik Allahyarham selaku penolong pengarahnya selama lebih kurang 15 tahun.


“Pada asalnya saya mahu serahkan pengarahan filem ini kepada Mamat Khalid tetapi tidak kesampaian apabila sebulan sebelum hajat itu mahu disampaikan Mamat meninggal dunia,” dedah Dato Athy Muthoo selaku penerbit dan pengarah bersama Saifullah dalam pembikinan filem “Kau Pilih Siapa?’ yang kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini, 8 Jun 2023.


DARI kiri: D'Boy Hamdan, Ucop Wilcha, Saifullah, Athy, Seramaymax, Wei Tian dan Ema.


Beliau ditemui pada majlis pra tonton fllem ‘Kau Pilih Siapa?’ baru-baru ini yang turut dihadiri pengarah Safullah serta barisan pelakon antaranya Ucop Wilcha, D’Boy Hamdan, Seramaymax, Wei Tian Tz dan Ema manakala pelakon lain yang tidak hadiri terdiri dari Ava Vanja, Anas Ridzuan, Sathia, Bohari Ibrahim, Chillex dan Weera Audadi dan ramai lagi.


Menurut Athy, beliau kemudian mahu menyerahkannya pada bahu anak Mamat Khalid tetapi dia juga sibuk jadi saya mengambil keputusn menyerahkan tugasan pengarahan bersama Saifullah kerana yakin Saifullah tidak kurang hebat apatah lagi sudah lama bersama arwah.



Selain Saifullah, Athy turut menawarkan watak pelakon utamanya kepada Syed Mohamad Asri, pelakon yang dicipta Mamat Khalid menerusi filem ‘Zombie Kampung Pisang’ sebagai bekas penari kebudayaan bernama Usop sehingga popular digelar ‘Ucop Wilcha’, digandingkan bersama Avaa Vanja yang juga pelakon filem Mamat, ‘Kala Malam Bulan Mengambang’.


Kak Fas akui menonton filem ini memang mampu hilangkan stress. Ia sebuah filem komedi santai dan menghiburkan malah mesej disebaliknya juga tidak kurang penting diambil ikhtibar khususnya ketika memilih pemimpin sebagai calon pilihanraya.


Samada yang mahu menjadi pemmpin atau pun yang mahu dipimpin perlu amanah dan jujur. Jika tidak berkemampuan sebaiknya jangan membiarkan diri dipilih semata-mata mengikuti kehendak orang kampung.


Dan orang kampung pula diingatkan jangan mengambil kesempatan memilih pemimpin yang boleh memberikan mereka habuan buat kepentingan diri sendiri.


Situasi dan mesej seumpamalah yang ditampilkan dalam  ‘Kau Pilih Siapa?’ di mana Ucop yang memegang watak sebagai Pian C, seorang jetua keluarga  terpaksa berjauhan meninggalkan keluarganya di kampung demi menyara kehidupan. 


Pada suatu hari dia terpaksa pulang ke kampung selepas khabar berita bapa angkatnya Pak Kassim iaitu seorang wakil rakyat telah meninggal dunia. 


Sebelum meninggal dunia, Pak Kassim meninggalkan wasiat di mana dia mahu Pian C menjadi calon Wakil Rakyat untuk menggantinya. Penduduk kampung meletakkan harapan yang tinggi untuk Pian C diangkat menjadi wakil rakyat atau yang digelar mereka sebagai ‘Wak Yat’ sahaja.


Terdapat beberapa konflik yang muncul apabila ia dicemburui oleh anak kandung Pak Kassim iaitu Saiful (lakonan Anas  Ridwan) sehinggalah pelbagai helah dirancang untuk menjatuhkan Pian C.



Aksi aksi lucu yang ditampilkan pelakon-pelakon muka baharu khususnya yang dicungkil daripada orang kampung Sungai Pertak, Perak, di mana lokasi penggambaran berlaku tidak mengecewakan.


“Mereka sebenarnya mempunyai bakat jika diberikan peluang, Saya berpuas hati dengan lakonan mereka,” ujar Athy  (gambar bawah) sebagai pengarah bersama Saifullah yang meneruskan cara pengarahan mengikut ‘sifunya’ arwah Mamat Khalid.



“Saya bersama arwah  lama kira-kira 15 tahun sebagai penolong pengarahnya dan banyak menimba ilmu cara pengarahannya. Biarlah saya teruska legasi dan sentuhan Mamat Khalid dalam filem sulong arahan saya ini,” ujar Saifullah (kanan).


Menonton filem ini secara keseluruhannya, Kak Fas yakin ia mampu menggeletik hati penonton yang menyaksikannya waima Kak Fas sendiri pun yang sebenarya sukar. ketawa mampu diketawakan apabila menonton.


Menariknya filem ini bukan sahaja mampu membuat penonton geli hati kerana aksi lucu keterlaluan tetapi lebih kepada skrip dan bualannya yang bersahaja tetapi  terselit mesej yang tersirat disebalik yang tersurat.


“Dalam filem ini abang tidak puas hati kerana tidak dapat membuat lawak kerana memegang watak serius, jadi abang membantu kawan-kawan menimbulkan situasi lawak dan memberi idea sebaik mungjkin,” dedah Ucop Wilcha membahasakan dirinya ‘abang' kepada media ketika ditemui.



Sementara itu, jika anda tidak puas hati dengan babak akhir yang seakan-akan tergantung… jangan khuatir ada sambungannya, janji Athy sambil meluahkan hasrat kesinambungannya nanti diharap dapat dilakukan sebelum pilihanraya umum berlangsung kelak.


Kesimpulannya, “Kau Pilih Siapa?’ menghiburkan, bolehlah berfikir sekarang nak bawa siapa ke pawagam.. sesuai ditonton seluruh keluarga dari pelbagai bangsa memandangkan filem ini kata penerbitnya diterbirtkan AT Movies untuk rakyat Malaysia berbilang kaum.


Ate! Mike pilih siapa? Moh kome kita nengok....!



#KauPilihSiapa? #FilemKomediSantai #ATMovies #UcopWilcha #MamatKhalid #fyp


Tiada ulasan:

Catat Ulasan