KEMPEN 'GOLDEN TICKET' SURIA KLCC TAWAR HADIAH BAUCER RM5K SETIAP HARI
KEMPEN 'Golden Ticket' kembali buat kali keempat bermula dari semalam, 2 Jun sehingga 25 Jun 2023 di pusat membeli-belah terkemuka, Suria KLCC.
Wow! Tentu begitu pembuka kata bagi pelanggan setia yang selalu 'shopping' kat mall yang turut menempatkan bangunan berkembar ternama Petronas ini.
Sejak dianjurkan Kak Fas baharu tiga kali berkesempatan membuat cabutan iaitu sekali di Suria KLCC dan dua kali di Alamanda Putrajaya.
Tetapi ketiga-tiga cabutan hanya memberikan rezeki baucer RM50 sahaja. 'No luck' haha...
Apa pun, tahun ini kempen yang sememangnya dinanti-nantikan ini menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik.
Berlangsung menerusi tiga peringkat, bermula dengan Majlis Media pada semalam, 2 Jun ia akan disusuli oleh Tebusan ‘Golden Ticket’ pada hari ini, 3 Jun sehingga 24 Jun dan akan berakhir dengan Majlis Pengharagaan Pembeli yang akan diadakan pada 25 Jun.
Acara tebusan ‘Golden Ticket’ bertempat di pentas utama Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri disediakan untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan.
Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50.
Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e-Baucar yang dimenangi.
Dan bagi setiap cabutan 'Golden Ticket' yang berjaya ditebus, pemenangnya dirai dengan iringan muzik kemenangan ke pentas 'winner' bagi membangkitkan semangat untuk menarik pengunjung sekeliling.
INI bentuk pentas 'pemenang' yang disediakan, 'action' je ambil aura tak menang pun haha... |
Malah pemenang berpeluang sertai sesi fotografi di mana setiap dari gambar para pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar yang bertempat di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.
Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara jam 12pm sehingga jam 8pm, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan untuk setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10am sehingga jam 2pm dan sesi kedua di antara jam 5pm sehingga jam 9pm.
100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.
Tidak kurang dari ganjaran tebusan tiket, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun.
SHERINA |
Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’ tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung.
Bagi memeriahkan tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC juga, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan.
Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan.
“Kempen ‘The Golden Ticket’ adalah upacara tradisi tahunan yang amat berprestij dan sentiasa menantikan kehadiran pelanggan terhormat," ujar Sherina Khairi selaku Pengurus PR & Kommunikasi Suria KLCC Sdn. Bhd. ketika ditemui.
Sepanjang keberlangsungannya sejak tiga tahun lepas, kempen yang sangat bermakna ini telah memberi ganjaran hebat kepada pelanggan setia sehingga mencatat nilai melebihi RM1 juta untuk baucar beli-belah yang berjaya diberikan.
Melihat dari sasaran impak ekonomi, kebanyakan rakan perniagaan Suria KLCC telah mencatat peningkatan dari sudut jumlah pelanggan dan jualan terus,” ujar Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Alamanda Shopping Centre
Di Alamanda, Putrajaya kempen ‘Golden Ticket’ pada 'Wall of Fame' turut menjanjikan pelbagai tawaran dan ganjaran menarik buat para pelanggan sudah bermula sejak 26 Mei lalu dan akan berakhir pada 18 Jun ini.
Seiringan dengan Kempen ‘Golden Ticket’ di Suria KLCC, pelanggan yang berbelanja berbelanja RM500 dan keatas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang menyertai cabutan bertuah untuk memenangi baucar beli-belah Alamanda.
Sebanyak 101 tiket disediakan untuk dicabut setiap hari yang mana setiap cabutan akan membawa cabutan ‘Golden Ticket’ yang utama bernilai RM1,000 bersama 100 cabutan ‘White Ticket’ yang bernilai RM50.
Lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain untuk cabutan keesokan harinya bagi meningkatkan jumlah tiket yang tersedia.
Setiap pelanggan hanya berpeluang memenangi sebuah hadiah untuk setiap hari, selagi stok masih ada.
Mesra Mall
Pusat Beli-Belah Mesra di Kemaman, Terengganu tidak ketinggalan turut menjayakan Kempen ‘Golden Ticket’ untuk 30 hari bermula semalam, 2 Jun sehingga 31 Julai 2023.
Melihat kepada sambutan yang amat memberangsangkan pada kempen tahun lepas, konsep yang sama masih dikekalkan.
Para pelanggan yang berbelanja RM300 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen cabutan bertuah untuk memenangi baucar beli-belah bernilai RM1,000 atau RM30.
Resit tulen daripada mana-mana kedai terpilih di Pusat Beli-Belah Mesra perlu disertakan semasa pendaftaran penyertaan kempen.
'Good luck' semua!
Untuk info lanjut, sila layari:
- Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
- Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre
- Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Tiada ulasan:
Catat Ulasan