LALAPORT DIBANJIRI PEMINAT RAI KEMUNCULAN TIGA PELAKON SIRI 'ULTRAMAN'
SEMPENA ulang tahunnya yang ke-60, pengasas siri superhero popular Jepun, ‘Ultraman’ iaitu Eiji Tsuburaya memperkenalkan siri terbaharunya, ‘Ultraman Blazar’ yang bakal disiarkan serentak di Jepun mahu pun di Malaysia pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611).
Sehubungan itu, buat julung kalinya, barisan pelakon daripada francaisnya iaitu Ultraman Trigger, Ultraman Decker serta Ichika Kirino tampil menemui peminatnya di Malaysia hasil kerjasama di antara Astro Malaysia, Tsuburaya Productions dan Lalaport Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam persembahan ‘Live Show & Cast Talk’ Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar yang berlangsung pada 25 Jun lalu di Lalaport Bukit Bintang City Centre, Kuala Lumpur menyaksikan kehdiran barisan pelakon siri francais popular tersebut iaitu Hiroki Matsumoto (Kanata Asumi), Raiga Terasaka (Kengo Manaka) dan Yuka Murayama (Ichika Kirino) bersama dengan wakil Astro (Farah Fauzana, Ketua Kandungan Kanak-Kanak Astro) dan Tsuburaya Productions (Encik Kei Minamitani, Pengurus Eksekutif Jabatan Perniagaan Antarabangsa).
Riuh rendah sekitar perkarangan di mana majlis berlangsung apabila aksi wira baharu, Ultraman Blazer, yang berasal dari objek astronomi ekstragalaksi yang berada jauh dari Bumi, muncul di pentas.
Manakala, kapten kepada SKaRD (Special Kaiju Reaction Detachment) yang ditubuhkan oleh Global Guardian Force (GGF) untuk menentang kemusnahan dilakukan oleh raksasa Kaiju Bazanga.
Gento Hiruma berganding bahu dengan Ultraman Blazar untuk menentang raksasa Kaiju Bazanga yang semakin mengganas di bumi.
Siri ini dibintangi Tomoya Warabino dan Himena Tsukimiya.
Kehadiran selebriti popular, Wafiy juga memeriahkan acara tersebut dalam mempromosikan siri terbaharu Ultraman Blazar bersama-sama dengan Hiroki, Raga, Yuka dan para peminatnya.
Selain daripada itu, acara ini turut menyediakan pelbagai aktivit-aktiviti menarik untuk para pengunjung termasuk kanak-kanak dan ibu bapa seperti kiosk penjualan barangan jenama Ultraman, inflatable playground untuk kanak-kanak bermain, sesi bergambar dan Meet & Greet bersama Ultraman, pameran berkonsepkan kostum Ultraman, paparan patung Ultraman dan Kaiju di pelbagai sudut di Lalaport Kuala Lumpur, tayangan siri-siri Ultraman serta persembahan aksi daripada barisan pelakon yang hadir.
Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka telah mendapatkan tiket tayangan perdana kepada filem terbaharu Ultraman, pas ke sesi Meet & Greet serta barangan eksklusif Ultraman Decker secara percuma apabila mereka menebus kod Astro Rewards pada 24 dan 25 Jun lalu di Ultraman Decker Final Tour: Journey to Blazar.
Jadi, sekali lagi diingatkan, peminat-peminat Ultraman, jangan lupa saksikan siri terbaharu, Ultraman Blazar yang akan ditayangkan pada hari yang sama dengan Jepun, pada setiap hari Sabtu, mulai 8 Julai 2023 ini, jam 8.30 malam di saluran Astro Ceria (611).
Para penonton turut boleh menyaksikan siri ini secara fleksibel melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO serta ulangan pada setiap hari Isnin, jam 4.00 petang.
Untuk maklumat lanjut mengenai Ultraman Blazar, boleh layari laman web ini di https://content.astro.com.my/ atau klik DI SINI.
#Ultraman #UltramanDecker #AstroCeria #EijiTsuburaya #TsuburayaProductions
Tiada ulasan:
Catat Ulasan